Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Kemarau: Rakyat Melaka diminta tidak panik
- Muhyiddin lawat Kemboja esok
- 333,915 penerima BR1M di Pulau Pinang
Kemarau: Rakyat Melaka diminta tidak panik Posted: 18 Feb 2014 03:23 AM PST MELAKA 18 Feb. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron meminta rakyat negeri itu agar tidak panik dengan keadaan musim kemarau yang berlaku ketika ini. Beliau berkata, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan air mencukupi termasuk mengepam air dari Sungai Muar, Johor ke dua empangan di negeri itu. "Kita sedang berusaha mengekalkan bekalan air pada tahap optimum, jadi tak perlu panik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendekatan Wasatiyyah di sini, hari ini. - BERNAMA |
Posted: 18 Feb 2014 03:21 AM PST PHNOM PENH 18 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi sulung ke Kemboja selama tiga hari mulai esok bagi memperkukuh hubungan kedua-dua negara khususnya dalam sektor perdagangan. Dalam lawatan itu, Muhyiddin dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Sok An pada Khamis. Duta Besar Malaysia ke Kemboja Raszlan Abdul Rashid berkata, ini diikuti mesyuarat Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dengan Menteri Pelajaran, Belia dan Sukan, Dr Hang Chuon. Pada Jumaat, beliau dijadual mengadakan perbincangan dengan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Keat Chhon, yang juga penasihat Perdana Menteri bagi kewangan dan ekonomi, katanya kepada pemberita Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA |
333,915 penerima BR1M di Pulau Pinang Posted: 18 Feb 2014 03:13 AM PST GEORGE TOWN 18 Feb. - Sebanyak 333,915 orang akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pulau Pinang bermula 23 Februari ini, kata Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah. Beliau berkata, sejumlah 160,336 penerima yang tidak memiliki akaun bank akan menerima bantuan itu secara berperingkat bermula 23 Februari, diikuti pada 2,8 dan 9 Mac ini. "Bantuan untuk 173,579 penerima lagi akan dikredit terus ke dalam akaun bank mereka dan surat kepada semua penerima telah dihantar menerusi pos bermula hari ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Ishak berkata, sebanyak 202,646 orang terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan layak menerima BR1M RM650, manakala 21,438 orang akan menerima RM450 bagi kategori pendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000. Beliau berkata, seramai 109,831 penerima lagi ialah individu bujang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan yang akan menerima RM300. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |