{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Air semua empangan terus susut

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Paras air di Kolam Tadahan Air Berembang mulai susut ekoran cuaca panas berpanjangan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini menyebabkan takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin menyusut hari ini.

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, sebanyak 14 daripada 15 empangan mencatat penurunan kadar takungan sehingga pukul 8 malam tadi.

Antara yang mencatat penurunan ketara ialah Empangan Langat daripada paras normal 220.96 meter (m) kepada 217.10m; Empangan Genting Klang menurun daripada 94.m kepada 90.26m; Empangan Sungai Selangor (220m kepada 199.65) dan Empangan Timah Tasoh, Perlis (29.10m kepada 27.69m).

Bagaimanapun, hanya Empangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA (KADA) yang membekalkan air kepada beberapa negeri di utara menunjukkan kenaikan paras air daripada 94.50m kepada 94.53m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan tiada hujan dijangka turun di Kuala Lumpur sepanjang minggu ini manakala hujan di beberapa tempat di Selangor.

Keadaan itu dijangka menyebabkan gangguan air yang sedang berlaku di Lembah Klang sejak hujung bulan lalu berlarutan.

Cuaca kering serta penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi, Dengkil baru-baru ini turut menyebabkan bekalan air di 110,087 buah rumah di sekitar ibu negara, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Petaling terjejas.

Sg. Batang Benar kering, 7,000 putus bekalan

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

SEREMBAN 19 Feb. - Sungai Batang Benar yang membekalkan kira-kira 11.3 juta liter air kepada penduduk di tiga kawasan di daerah Seremban kini buat pertama kalinya mengalami keadaan hampir kering-kontang akibat cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Air sungai yang kering dengan cepat itu menyebabkan lebih 7,000 penduduk di Sendayan, sebahagian Rasah dan Mambau terputus bekalan air sepenuhnya sejak tiga hari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan proaktif dengan membuka Bilik Gerakan Bencana Daerah Seremban bagi memastikan usaha secara bersepadu melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan dapat digerakkan untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, kerajaan melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah menggerakkan kira-kira 25 lori tangki dan meletakkan 40 tangki statik di kawasan yang terjejas bagi meringankan beban penduduk mendapatkan bekalan air.

"Kita perlu memandang masalah ini secara serius dan mengharapkan seluruh jabatan dan agensi kerajaan berganding bahu memastikan perkhidmatan membekal air terawat dan bersih kepada orang ramai dapat dilakukan dengan cekap," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, bekalan air di kawasan yang terjejas terputus sepenuhnya kerana bergantung kepada Sungai Batang Benar sebagai punca air untuk dirawat.

Tegasnya, bagi lebih 200,000 penduduk di daerah Seremban yang lain masih menerima bekalan air seperti biasa dengan Loji Rawatan Air Sungai Terip mempunyai keupayaan untuk membekalkan air terawat sehingga 41 hari lagi seandainya cuaca terus kering.

Mohamad berkata, bekalan air di daerah lain tidak terjejas dan tidak memerlukan bilik gerakan bencana daerah dibuka seperti di Seremban.

Tambahnya, daerah Seremban menjadi perhatian utama memandangkan penggunaan air sehari adalah kira-kira 283 juta liter sehari.

"Dalam hal ini, kerajaan berharap orang ramai menggunakan air secara berhemah kerana kita bersama-sama dalam usaha menangani masalah yang berpunca daripada musim panas ketika ini.

"Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan berdiam diri bagi menghadapi masalah bekalan air, sebaliknya sentiasa memikirkan langkah-langkah ke hadapan yang boleh dilakukan demi memastikan rakyat mendapat bekalan air," ujarnya.

Kematian denggi meningkat 213%

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Feb. - Sebanyak 25 kematian akibat denggi dicatatkan sehingga semalam di seluruh negara tahun ini berbanding hanya lapan kes dalam tempoh yang sama pada 2013.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, kes kematian akibat wabak denggi itu meningkat 213 peratus dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu sembilan orang.

Kata beliau, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dalam tujuh minggu pertama tahun ini juga meningkat 302.2 peratus iaitu 13,915 kes berbanding hanya 3,460 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Berikutan situasi denggi yang masih melaporkan kes dan kematian yang tinggi, kementerian akan meneruskan pemantauan rapi dan mengambil tindakan proaktif dalam mengawal keadaan wabak berkenaan di seluruh negara.

"Kementerian juga berharap masyarakat sentiasa menjaga kebersihan premis kediaman masing-masing bagi mengelakkan daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd. Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut Subramaniam, kementerian juga telah mengenal pasti 10 kawasan panas di sekitar Lembah Klang yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes sehingga menyebabkan kes denggi meningkat di kawasan berkenaan.

"Bagi kawasan panas itu, kementerian akan melaksanakan semburan kabus secara kombinasi iaitu menggunakan racun serangga dan temephos bagi membunuh nyamuk dewasa dan larva secara serentak agar kawalan lebih berkesan.

"Kementerian sentiasa akan melakukan pemantauan rapi di kawasan wabak termasuk memastikan pegawai daripada setiap daerah dan negeri turun padang dan membuat pemantauan di lapangan," katanya.

Selain itu, katanya, pada awal bulan depan kementeriannya juga akan mengadakan kempen gotong-royong di 10 kawasan panas berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, katanya, masalah kesesakan di klinik kerajaan khususnya di Lembah Klang sudah berkurangan selepas operasinya dilanjutkan sehingga 10 malam ekoran peningkatan kes demam denggi.

"Masalah kekurangan katil di wad hospital kerajaan juga tidak timbul ekoran peningkatan kes wabak denggi kerana kementerian sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.

Dalam pada itu, Subramaniam turut menasihati orang ramai agar mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan sekiranya terdapat simptom demam denggi.

"Kini sebanyak 50 peratus pesakit yang mendapat rawatan di klinik dan hospital kerajaan akibat wabak denggi merupakan pesakit yang telah mendapatkan rawatan di hospital swasta terlebih dahulu.

"Doktor hospital swasta juga perlu menyarankan kepada pesakit untuk ke klinik atau hospital kerajaan jika mereka menghidap demam denggi, hospital swasta ada kekangan tertentu dan mereka juga ada ketikanya lambat untuk memperoleh keputusan ujian darah," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat