Utusan Online - Agrobiz
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Agrobiz |
Posted: 16 Feb 2014 08:17 PM PST Penggunaan tenaga kerja yang ramai serta kos yang tinggi kini tidak lagi relevan. Penyelesaian terbaik adalah menggunakan mesin. Sate contohnya, adalah makanan kegemaran masyarakat di negara ini dan berpotensi untuk dieksport serta dibangunkan menerusi sistem francais. Namun begitu, proses penghasilan yang memakan masa serta remeh menyukarkan usaha menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak dalam masa singkat. Justeru, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerusi penyelidiknya berjaya menghasilkan mesin khas untuk mengatasi masalah penghasilan sate secara komersial. Menurut Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi, MARDI, Dr. Azman Hamzah, sate merupakan makanan tradisional yang berpotensi untuk dikomersialkan secara meluas sehingga ke luar negara. Jelasnya, bagi menjayakan hasrat tersebut, sistem pemprosesan sate perlu dipertingkatkan dan dipercepatkan dengan kaedah mekanisasi bagi memastikan keselamatan serta pengawalan mutu produk yang lebih baik. Dengan menggunakan kaedah mesin dalam pemprosesan sate, MARDI berjaya membangunkan teknologi lengkap memproses, bermula daripada proses mencucuk, memanggang serta membungkus," katanya ketika ditemui di ibu pejabat MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini. Tambah Dr. Azman, sate merupakan makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia tetapi tetapi usaha mempromosinya tidak selari dengan kadar pengeluaran. Jika masih bergantung kepada kaedah tradisional iaitu mencucuk secara manual pastinya industri ini tidak akan ke mana," katanya. Oleh itu, Dr. Azman mengorak langkah menghasilkan mesin mencucuk sate automatik yang lebih berkesan bagi memudahkan proses penghasilan produk makanan tersebut. Proses mencucuk sate secara manual merupakan tugas yang rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Secara puratanya seorang pekerja yang mahir mampu mencucuk sate pada kadar 1,000 cucuk sehari (lapan jam bekerja)," katanya. Dalam proses mencucuk sate, pencemaran mungkin boleh berlaku kerana daging yang digunakan disentuh secara terus oleh manusia. Bagi mengelak kejadian seumpama itu, sebuah mesin pencucuk sate telah dibangunkan yang mana mampu menghasilkan hampir 1,500 cucuk selama sejam. Selain dapat menghasilkan sate yang lebih berkualiti, kos pekerja juga dapat dikurangkan kerana mesin yang dicipta hanya dikendalikan oleh dua orang tenaga kerja. Mesin itu juga mampu menghasilkan 10,000 cucuk sate sehari dan amat sesuai untuk digunakan oleh pengusaha sate yang menghasilkan sate melebihi jumlah tersebut. Bagaimanapun, bagi pengusaha kecil, MARDI turut menghasilkan mesin pencucuk sate yang lebih kecil yang dikendalikan oleh seorang operator dan mampu menghasilkan sate sebanyak 3,000 cucuk sehari. Menggunakan sistem pneumatik dan elektrik, mesin tersebut digerakkan menerusi kuasa udara mampat daripada pemampat udara berkuasa 2.5 kuasa kuda (hp). Mesin tersebut tidak menggunakan tenaga elektrik secara terus menjadikannya selamat untuk dikendalikan. Berbekalkan harga mampu milik iaitu sekitar RM15,000, mesin tersebut hanya memerlukan seorang operator sahaja dan saiz sate yang dicucuk boleh ditentukan oleh pengusaha sendiri. Sate bersaiz 15 hingga 30 gram secucuk boleh dihasilkan menggunakan mesin tersebut. Dibina menggunakan keluli tahan karat dan acuan sate dibina daripada teflon (bahan gred makanan) menjadikan kualiti produk makanan tersebut terjamin dan tidak tercemar. Pembangunan mesin seumpama itu dilihat dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan makanan. |
Posted: 16 Feb 2014 08:17 PM PST Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD Dr. Ewon Ebin (kiri) bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corp. Sdn. Bhd. Datuk Robin Tan Yeong Chin dan Syed Isa Syed Alwi (kanan) menunjukkan produk yang dihasilkan daripada alga mikro yang dikenali sebagai Haematococcus pluvalis. Penggunaan alga mikro (microalgae) yang dikenali sebagai Haematococcus pluvalis sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk kesihatan dan pelbagai lagi produk telah lama diketahui umum terutamanya di peringkat antarabangsa. Antara produk akhir yang boleh dihasilkan daripada alga tersebut adalah Astaxanthin. yang digunakan sebagai makanan tambahan (dietry supplement) yang menawarkan pelbagai kelebihan seperti agen antioksidan. Pasaran bagi produk alga amat besar berikutan potensi serta permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa, justeru sebuah syarikat, Algaetech International Sdn. Bhd. yang merupakan usahasama antara Berjaya Group Berhad dan LM Greentech Sdn. Bhd. telah melabur sejumlah RM27 juta untuk membina infrastruktur bagi menghasilkan Astaxanthin. Menurut pengasas Algaetech International Sdn. Bhd., Datuk Syed Isa Syed Alwi, projek yang dilaksanakan di Technology Park Malaysia (TPM) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur tersebut bakal menjadi projek penghasilan alga mikro terbesar di Asia Tenggara. Apabila disiapkan kelak, hampir 120,000 kaki persegi kawasan tertutup bagi pengkulturan dan kilang pemrosesan bio bakal digunakan bagi mengeluarkan 3.5 tan bahan sampingan mikro alga Haematococcus pluvalis. Keupayaan tersebut sekali gus menjadikan kawasan ini (TPM) sebagai pusat pengeluaran bahan sampingan mikro alga terbesar di rantau ini," katanya ketika pada majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Ewon Ebin di ibu negara baru-baru ini. Algaetech International Sdn. Bhd. telah lama terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) alga mikro, produksi, dan pengeluaran produk bernilai tinggi berasaskan alga malah syarikat amat dikenali berikutan menjadi pelopor dalam industri tersebut sejak tahun 2004 lagi. Projek ini akan menjadi pelopor bagi Malaysia untuk dikenali di peringkat antarabangsa sebagai salah satu pemain utama industri alga. Malah kami sedang melihat potensi untuk mengembangkan perniagaan ke Brunei dan negara-negara sekitar pada masa terdekat ini. Bersama sokongan kerajaan dan penyertaan syarikat gergasi seperti Berjaya Corporation Berhad, kami sekarang sedang berada di kedudukan yang strategik bagi menjadikan industri alga sebagai realiti di Malaysia," katanya. Penyelidikan secara serius dilaksanakan sejak 2006 yang mana fokus penyelidikan syarikat tersebut adalah untuk menghasilkan strain khas yang dikenali sebagai Haematococcus pluvalis bagi menghasilkan bahan antioksidan yang dikenali sebagai Astaxanthin. Kajian yang dijalankan di seluruh dunia mendapati bahan yang dihasilkan daripada alga tersebut iaitu Carotenoids Astaxanthin memiliki kelebihan 6,000 kali ganda lebih baik daripada vitamin C, dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser, meningkatkan ketahanan serta pemulihan otot serta mengandungi bahan anti penuaan. Menyedari potensi alga begitu meluas di seluruh dunia, syarikat tersebut bakal memasarkan Astaxanthin sebagai makanan tambahan di dalam bentuk pil yang dikenali sebagai Astaxanthin Premia - Ex. Proese membiak alga mikro untuk menghasilkan bahan tersebut memerlukan pemerhatian khusus dan kawalan yang ketat. Oleh yang demikian, pihak syarikat tersebut turut membangunkan teknologinya yang tersendiri dikenali sebagai AIMsys (Algae Intergrated Managment sehingga akhir. AIMsys menggunakan solusi loT (Internet of Thing) MIMOS yang dikenali sebagai Mi-WARIS (MIMOS-Wireless Atmosphere for Intergrated Systems) menerusi penggunaan beberapa penderia yang disambungkan secara wayarles kepada Sistem Solusi Usahawan Agrikultur Pintar MIMOS. Solusi tersebut membolehkan syarikat memantau proses penghasilan alga dengan lebih berkesan dan teratur. Sistem tersebut memusatkan kawalan dan pemantauan menerusi sambungan Internet menjadikan segala kawalan di tapak pengkulturan lebih mudah dan berkesan. Baru-baru ini, Algaetech International Sdn. Bhd. juga turut menerima anugerah Status BioNexus daripada Malaysian Biotechnology Corporation (Biotechcorp). Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Biotechcorp, Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal, pembangunan syarikat-syarikat yang dianugerahkan status BioNexus seperti Algaetech International Sdn. Bhd. diharapkan dapat menjadi asas kepada perkembangan industri bioteknologi di peringkat antarabangsa. Saya sendiri amat berbangga dan berbesar hati melihat syarikat ini (Algaetech Sdn. Bhd.) untuk memulakan projek mereka dan saya yakin projek ini akan menjadi batu loncatan dalam pembangunan industri bioteknologi di negara ini," katanya. Status BioNexus merupakan anuegrah khas yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dalam bidang bioteknologi sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Bagi syarikat yang menerima status tersebut, mereka akan menerima keistimewaan dalam percukaian, insentif serta bantuan berupa geran daripada pihak kerajaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang dilakukan. Dalam pada itu, menerusi sokongan daripada pelbagai pihak seperti TPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Algaetech International Sdn. Bhd.diyakini bakal menjadi salah satu pemain utama dalam penghasilan produk berasaskan alga di Malaysia dan juga persada dunia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Agrobiz To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |