{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Dunia


Pembantu juruterbang rampas pesawat sendiri

Posted:

Pembantu juruterbang rampas pesawat sendiri

Pembantu juruterbang rampas pesawat sendiri

SEBUAH kenderaan polis mengawal pesawat Boeing 767 milik Syarikat Penerbangan Ethiopia yang dirampas pembantu juruterbangnya sendiri.


GENEVA - Seorang pembantu juruterbang Syarikat Penerbangan Ethiopia semalam merampas sebuah pesawat Boeing 767 yang dalam penerbangan dari Addis Ababa, Ethiopia ke Rome, Itali sebelum mendarat di Geneva bagi memohon suaka politik, kata polis.

Seorang jurucakap polis Geneva, Eric Grandjean berkata, pembantu juruterbang berusia 31 itu ditahan selepas turun dari pintu kokpit dengan menggunakan tali sejurus pesawat berkenaan mendarat.

Katanya, suspek memberitahu dia mengambil kesempatan merampas pesawat itu apabila juruterbang pergi ke tandas.

"Pembantu juruterbang warga Ethiopia memberitahu polis dia merampas pesawat berkenaan kerana dia berasa terancam di negaranya dan mahu mencari suaka politik di sini,'' katanya.

Seramai 202 penumpang dan anak kapal berada di dalam pesawat berkenaan ketika rampasan berlaku tetapi tiada penumpang yang cedera.

Ujarnya, suspek menghubungi Lapangan Terbang Geneva dan memberitahu bahawa pesawat itu mempunyai masalah enjin serta perlu mendarat untuk mengisi minyak sebelum mendedahkan bahawa dia merampas pesawat berkenaan.

"Pesawat itu juga diiringi dua jet pejuang di ruang udara Itali dan selamat mendarat di Geneva pada pukul 6.02 pagi waktu tempatan,'' jelasnya. - AFP

Polis Nepal temui bangkai pesawat, tiada mangsa hidup

Posted:

Polis Nepal temui bangkai pesawat, tiada mangsa hidup

Polis Nepal temui bangkai pesawat, tiada mangsa hidup


PESAWAT DHC-6 Twin Otter milik Nepal Airline yang terhempas di daerah Arghakhanchi dan menyebabkan 18 orang penumpang serta anak kapal maut. - Agensi


KATHMANDU - Polis Nepal semalam menemui bangkai sebuah pesawat Nepal Airline membawa 18 orang yang hilang di kawasan pergunungan, barat negara itu tetapi tiada mangsa selamat ditemui, kata beberapa pegawai.

"Pesawat itu melanggar bukit dan polis menemui bangkainya di sebuah kampung," kata ketua pegawai trafik udara Nepal, Bimlesh Lal Karna.

Kapal terbang yang membawa 15 penumpang termasuk seorang bayi dan tiga kru itu terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus selepas ia berlepas dari bandar peranginan Pokhara tengah hari kelmarin.

Polis berkata, ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan ke bandar Jumla yang terletak 353 kilometer dari Kathmandu.

Serpihan bangkai pesawat itu ditemui semasa polis melakukan operasi mencari dan menyelamat di daerah Arghakhanchi kira-kira 226 kilometer dari Kathmandu. - AFP

Kebocoran radiasi dikesan di tapak pembuangan sisa nuklear AS

Posted:

Kebocoran radiasi dikesan di tapak pembuangan sisa nuklear AS

Kebocoran radiasi dikesan di tapak pembuangan sisa nuklear AS


SISA radioaktif disimpan di dalam satu ruangan bawah tanah pada kedalaman 655 meter di tapak pembuangan sisa nuklear di New Mexico. - Agensi


LOS ANGELES - Para penyiasat kelmarin mengambil beberapa sampel di tapak pembuangan sisa nuklear di New Mexico selepas radiasi di kesan pada udara di dalam kemudahan berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa, tiada pencemaran ditemui dan tiada kebocoran radiasi juga dikesan di luar tapak loji milik Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) tersebut.

Kemudahan yang pertama seumpamanya di AS itu digunakan bagi menyimpan sisa radioaktif terutamanya plutonium yang digunakan untuk kajian dan penghasilan senjata nuklear.

Para pegawai berkata, kejadian itu tidak mendatangkan bahaya kepada manusia atau alam sekitar kerana sisa radioaktif berkenaan dibuang di dalam bilik bawah tanah pada kedalaman 655 meter.

Katanya, tiada pekerja berada di bilik bawah tanah berkenaan ketika sistem amaran mengesan radiasi di dalam udara kira-kira pukul 11.30 malam Jumaat lalu.

Ujarnya, semua pekerja juga disahkan bebas daripada pencemaran radiasi tersebut.

Beberapa pekerja juga di minta berlindung di satu lokasi khas sebagai langkah keselamatan dan mereka dibenar meninggalkan kemudahan itu pada pukul 5 petang Sabtu lalu. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat