{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Belajar sepanjang hayat mustahak

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

NORSHIDA Ibrahim (tengah) diberi penerangan mengenai cara pembuatan kek pavlova oleh tenaga pengajar KKS2 sambil diperhatikan oleh Abdul Latif Kaliman (kanan) di Segamat, Johor, semalam. - utusan/MOHAMED SAARI

SEGAMAT 19 Feb. - Proses pembelajaran sepanjang hayat diyakini mampu membantu Malaysia mencapai wawasan menjadi sebuah negara maju.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, masyarakat perlu meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan masing-masing untuk mengukuhkan tahap sosioekonomi, sekali gus membantu negara bersaing di peringkat global.

"Hanya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, rakyat bukan sahaja dapat meningkatkan tahap sosioekonomi, malah dapat membantu negara bersaing di peringkat global yang semakin kompetitif.

"Negara yang mempunyai pekerja berpengetahuan tinggi akan mendahului negara yang tidak mempunyai pekerja sedemikian," katanya semasa merasmikan Program My3L @ Parlimen Segamat 'Jom Masuk Kampung' di Kampung Lubok Kepong di sini baru-baru ini.

Program anjuran Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) dan Pusat khidmat Parlimen Segamat itu turut dihadiri oleh Pengarah KKS2, Mohd. Rahim Mahmood; Penghulu Mukim Gemas, Abdul Latif Kaliman dan Ketua Kampung Lubok Kepong, Mohd. Khalid Ibrahim.

Norshida berkata, kerajaan sedang giat melaksanakan proses transformasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Selain usaha peningkatan pendidikan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT), aktiviti latihan secara berterusan perlu diperluas dan diperkasakan seperti dipraktikkan kebanyakan negara maju termasuk Korea dan Jepun.

"Program ini misalnya akan menjadi salah satu medium yang dapat menarik minat dan menggalakkan lebih ramai rakyat untuk terus menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi pelbagai kursus pendek yang ditawarkan," katanya.

Seramai 100 penduduk menyertai kursus jangka pendek seperti pembuatan pavlova dan durian crepe, motivasi, tahseen al-Quran dan pengurusan jenazah yang dianjurkan.

Transformasi Bandar Diraja Bandar Maharani menelan belanja RM3 juta

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

MUAR 19 Feb. - Majlis Perbandaran Muar (MPM) membelanjakan RM3 juta sejak lapan bulan lalu untuk melakukan transformasi dan pengisian bandar ini sebagai Bandar Diraja Bandar Maharani.

Yang Dipertuanya, Ramlee A. Rahman berkata, proses itu melibatkan usaha menambah baik kemudahan dan infrastruktur, selain kerja-kerja penyelenggaraan, pencahayaan, mencantikkan kawasan tumpuan awam termasuk membina mercu tanda.

"Terdapat lima perkara asas yang kita lakukan sejak Jun tahun lalu. Pertama kita melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan bandar dan sekitarnya secara berterusan. Keduanya ialah kita sedut kekotoran dan bersihkan longkang dan parit.

"Ini kita lakukan bersama pihak konsesi terbabit iaitu SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), sebuah syarikat swasta yang menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di daerah ini," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Ketiga katanya, masih berkaitan kebersihan iaitu dengan mengedarkan tong sampah di bandar, pinggir bandar, pekan kecil, perumahan dan taman bagi mengatasi isu premis tiada tong sampah atau penggunaan tong sampah yang tidak sempurna sebelum ini.

Menurut Ramlee, tong sampah beroda itu yang diseragamkan akan dapat mengatasi masalah tong sampah sering rosak serta sampah berselerak diselongkar binatang dan dapat mengurangkan bau serta menghindari takungan air terutamanya musim hujan.

Usaha yang keempat dilakukan katanya ialah membaiki semua kemudahan asas dan infrastruktur di bawah penyelenggaraan MPM, contohnya membaiki, menurap dan menampal jalan-jalan yang sudah rosak, berlubang dan tidak selamat.

Ramlee berkata, usaha kelima ditumpukan kepada kerja-kerja mengindahkan kawasan landskap dan menambah pencahayaan di kawasan tempat tumpuan awam, taman rekreasi serta kawasan perniagaan.

"Usaha ini menampakkan perkembangan positif, sebagai contoh apabila sistem pencahayaan di Tanjung Emas ditambah, pengunjung semakin ramai, kalau sebelum ini pukul 10 malam sudah lengang tetapi kini masih dipenuhi sehingga pukul 1 pagi," katanya.

Selain itu katanya, kawasan bulatan utama di bandar ini juga diperindahkan dan beberapa mercu tanda baharu dibina dengan kos RM1.1 juta seperti di Jalan Salleh dan Jalan Temenggog Ahmad.

Polis Marin tahan 23 PATI

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

JOHOR BAHRU 19 Feb. - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba keluar dari negara ini melalui laluan tidak diwartakan di Pantai Teluk C, Bandar Penawar, di sini baru-baru ini.

Kesemua yang ditahan dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, terdiri daripada 16 lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak yang berusia antara dua hingga 52 tahun.

Komandernya, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, kesemua warga asing ditahan di kawasan hutan berhampiran pantai dipercayai sedang menanti bot pancung untuk membawa mereka keluar dari negara ini.

"Semasa intipan Operasi Landai yang dilakukan oleh Markas Taktikal Pengerang, mereka berjaya mengesan sekumpulan individu di kawasan berkenaan.

"Hasil soal siasat yang dijalankan, kesemua PATI mengaku hendak pulang ke Indonesia menggunakan bot pancung secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat