Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Posted: 29 Apr 2013 08:47 AM PDT Pelbagai tanggapan mengenai pemandu teksi wanita. Ada yang ragu-ragu, ada juga yang memuji. Ada juga yang mengatakan mereka kurang cekap mengendalikan teksi. Tidak kurang yang mengatakan pemandu teksi wanita lebih berisiko tinggi untuk berhadapan dengan jenayah yang boleh berlaku pada bila-bila masa ketika membawa penumpang. Apa jua kata-kata yang melemahkan semangat, namun sekumpulan wanita ini memilih kerjaya sebagai pemandu teksi kerana berasa ia tetap memberi peluang menambah pendapatan keluarga. Bagi Amirah Saadullah, 46, dia tidak pernah menyesal bergelar pemandu teksi sejak 10 tahun yang lalu. Walaupun pernah mengalami mimpi ngeri akibat nyaris diperkosa, wanita berhati waja ini meneruskan kerjayanya untuk memperoleh sumber kewangan mencukupi bagi menyara anaknya.
"Hasrat di hati hanya mahu menghantarnya hingga ke pintu hotel, tetapi kasihan pula. Kemudian, saya membantu membawa barangannya hingga ke bilik hotel. "Tanpa disangka lelaki berkenaan menolak saya ke dalam bilik dan cuba untuk merogol. Namun, saya berasa sangat bersyukur kerana niat jahatnya itu tidak dapat diteruskan disebabkan saya bertindak melawan bersungguh-sungguh," jelasnya. Sejak itu, dia nyata lebih berhati-hati. Malah, kelebihan mempelajari ilmu silat di zaman persekolahan sedikit sebanyak membantu dirinya untuk mempertahankan diri ketika berhadapan dengan perkara yang tidak diingini. Semangatnya menjadi bertambah yakin apabila bekas suaminya juga adalah guru silat. Ini membuatkan dia berasa lebih bersedia untuk bekerja sebagai pemandu teksi dan pada masa sama, masih mampu menjaga keselamatan dirinya ketika bertugas. "Tidak kurang ada juga penumpang yang berterima kasih kerana bantuan kepada mereka dan melaporkan keprihatinan saya kepada Suruhanjaya Pengangkutan Sepanjang menjadi pemandu teksi, dia masih teringat saat pertama kali mengambil keputusan bekerja di bidang berkenaan. Bekas suami adalah pemandu teksi dan Amirah mendapati teksi milik suaminya itu lebih lama tersadai di restoran sehingga enam hingga lapan jam lantas dia terfikir untuk mencuba membawa teksi itu bagi mendapatkan pendapatan lebih. "Pada mulanya, saya nekad memandu teksi walaupun tidak mempunyai Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) selama setahun. Ketika itu anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang banyak. "Walaupun ketika itu saya menjahit baju selepas pulang daripada memandu, saya tidak pernah berasa penat atau susah. "Biasanya saya memandu teksi seawal jam 6.30 pagi di sekitar Kuala Lumpur dan pada waktu malam pula menjahit baju sehingga jam 1 pagi," kata ibu kepada lima cahaya mata ini. Baginya, selagi dia terdaya memandu teksi tiada salahnya untuk meneruskan pekerjaan berkenaan asalkan ia halal dan dapat membantu menaikkan taraf hidup keluarganya. Jelas wanita yang berasal dari Seremban itu, walaupun pada mulanya dia tidak tahu jalan untuk menghantar penumpang, ia tidak menjadi penghalang, malah dijadikan pengajaran bagi menambah pengetahuannya mengenai selok-belok jalan di sekitar Kuala Lumpur. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
Posted: 29 Apr 2013 08:37 AM PDT Kedua-dua wanita ini baru berjinak-jinak menjadi pemandu teksi. Mereka banyak belajar dan mendengar pengalaman daripada Amirah untuk mengetahui lebih lanjut cabaran sebagai pemandu teksi. Padzilah Shafie, 39, dan Noor Siti Aishah, 48, turut berasa seronok jika dapat bercakap, berkenalan dan melihat pemandangan berlainan setiap hari walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pemandu teksi sebelum ini.
Masih baru dalam bidang berkenaan apatah lagi belum pernah memandu teksi, kedua-duanya bersedia untuk menggalas tugas bagi menambah pendapatan keluarga. Bagi Noor Siti Aishah, walaupun dia mempunyai perniagaan sendiri, disebabkan mahu menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan sambil menjana pendapatan, dia sanggup mencabar diri untuk menjadi pemandu teksi.
Berbeza bagi Padzilah, dia bertuah kerana suaminya juga menyokongnya untuk menjadi pemandu teksi bagi menambah pendapatan. Dia akui tidak gemar memandu dan jarang memegang stereng kereta walaupun memiliki lesen memandu. Namun, disebabkan pernah diberi peluang mengambil alih tugas suaminya sebagai pemandu teksi, sedikit demi sedikit minatnya mula bercambah. "Apabila memandu, minda terbuka dan membuatkan minat saya terarah untuk menjadi pemandu teksi. Saya juga berasa iri hati dengan teman lain yang boleh memandu sedangkan saya tidak boleh. "Justeru, saya ambil keputusan untuk membawa teksi kerana yakin ia dapat memberi pendapatan lebih berbanding menjadi jurujual seperti sebelum ini. "Antara pengajaran yang diperoleh daripada teman lain yang berpengalaman adalah pemandu perlu bersikap ramah," jelasnya yang masih menunggu masa sesuai untuk memandu teksi. Sementara itu, baru-baru ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan peningkatan seramai 300 pemandu teksi wanita pada penghujung April ini hasil inisiatif KOPETIWI dan Enem Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama KPWKM. Malah, kerjasama yang terjalin antara KOPETIWI dan 12 syarikat perniagaan individu di sekitar Selangor itu membantu membuka peluang perniagaan kepada pemandu teksi wanita. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |