{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Lima rumah kedai di Melaka dijilat api

Posted: 30 Apr 2013 02:00 AM PDT

MELAKA: Deretan lima buah rumah kedai dua tingkat di Jalan Temenggong, Bukit Cina di sini dijilat api dalam satu kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.10 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Beliau berkata, empat jentera dari Balai Bomba Jalan Kubu, Bukit Katil dan Ayer Keroh dengan 28 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

"Bomba berjaya mengawal kebakaran sejam kemudian namun kedai agensi penghantaran kargo dan kedai menjual baju musnah 80 peratus manakala tiga lagi kedai berhampiran iaitu kedai permaidani, dobi dan cendol terbakar 50 peratus," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Katanya kebakaran dipercayai bermula di kedai agensi kargo sebelum merebak ke kedai berdekatan.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian sedang disiasat, katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30

35 individu beri keterangan

Posted: 29 Apr 2013 10:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan 35 individu termasuk orang awam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata polis yakin akan mendapat petunjuk yang boleh membantu mengenal pasti motif pembunuhan serta suspek.

"Kita sedang jalankan siasatan dan kita telah memanggil 35 individu ini untuk diambil keterangan...kita yakin daripada keterangan itu kita akan menjumpai petunjuk," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut mengambil kira rakaman kamera litar tertutup serta maklumat awam untuk menyelesaikan kes itu.

Mohd Bakri menegaskan pihaknya sedang mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kes itu yang diharap dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi Jumaat lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat