Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Barang terpakai dapat sambutan Posted: 28 Apr 2013 10:26 AM PDT Bangi: Program jualan amal 'Car Boot Sales' anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung termasuk 25 kereta yang mengambil bahagian sebagai peserta. Pengurus Kedai Amal IRM Datin Norelan Ismail berkata, acara yang diadakan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini pada Ahad terakhir setiap bulan, menjadi lokasi strategik orang ramai membeli barang terpakai.
Menurutnya, acara ini yang berterusan pada masa akan datang mendapat kerjasama Komuniti Pemilik MPV Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang.
ANTARA pengunjung yang membeli pada program 'Car Boot Sales' di Bandar Baru Bangi, semalam. PELBAGAI jenis barangan terpakai ditawarkan peniaga. "IRM turut melakukan kerja amal apabila yuran sewa tapak RM25 yang dikenakan pada peserta disumbangkan kepada tabung kami untuk digunakan dalam program amal lain pada masa hadapan," katanya.
Katanya, IRM mempunyai matlamat mahu mengembangkan acara yang sama di negeri lain jika mendapat kerjasama pihak berkaitan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |