{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


PRU13: Tidak mustahil BN rampas kembali Pulau Pinang - Najib

Posted: 30 Apr 2013 03:02 AM PDT

Kepala Batas: Datuk Seri Najib Razak berkata tidak mustahil Barisan Nasional (BN) akan merampas kembali Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, sudah ada semangat baru di kalangan rakyat dan angin perubahan di negeri ini berikutan kegagalan kerajaan DAP membela nasib penduduk Pulau Mutiara.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Labu, Penaga di sini, sebentar tadi.

PRU13: Kerajaan setuju bina SMJK (CINA) Keat Hwa 3 di Pokok Sena - Najib

Posted: 30 Apr 2013 02:42 AM PDT

ALOR SETAR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa 3 di kawasan Parlimen Pokok Sena, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan dilaksanakan berikutan permintaan masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

"Kerajaan setuju untuk bina sekolah itu kerana permohonan yang banyak daripada masyarakat setempat dan Barisan Nasional sokong dengan apa yang kita kira terbaik untuk masyarakat Cina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena dekat sini, hari ini.

Tanpa menyebut kos dan bila pembinaan sekolah itu akan dimulakan, Najib berkata segala perancangan projek tersebut akan diteliti sepenuhnya calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga penyandang kerusi itu.

"Dr Cheah yang akan cari tanah untuk bina sekolah itu. Segala perancangan atas dia. Tetapi, apapun kita (rakyat) kena pastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke-13 kali ini," kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Sementara itu, Cheah berterima kasih kepada perdana menteri kerana keperluan bagi sekolah itu sudah lama dibangkitkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Pokok Sena.

"Saya akan memastikan segala perancangan akan dibuat seperti urusan mencari tanah dan sebagainya. Kita nak buat (bina) sekolah ini sebab SMJK Keat Hwa 1 dan 2 hanya terdapat di Kuala Kedah dan ini menyukarkan sebahagian keluarga Cina di sini menghantar anak mereka ke sana," jelasnya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat