{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


28 pelajar terhidu gas beracun

Posted: 28 Apr 2013 03:43 AM PDT

ALOR SETAR: Kejadian terhidu gas beracun yang berlaku di Sekolah Menengah Seri Pantai di Kuala Kedah dekat sini pada Selasa lepas, berulang lagi dan kali ini ia melibatkan 28 orang pelajar.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8 pagi semasa perhimpunan apabila beberapa pelajar berasa pening dan loya sebelum ada yang pengsan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk pemeriksaan.

Pelajar tingkatan lima, Siti Nur Fatin Afiqah Azizan, 17, berkata semasa kejadian dia berasa pening dan loya secara tiba-tiba sebelum dia dan rakan-rakan yang lain diminta oleh guru untuk berkumpul di dewan.

"Semasa perhimpunan, saya tidak bau sebarang gas seperti kejadian pertama tapi saya lihat tiga orang rakan pengsan dan ada yang mula mengadu pening kepala dan loya sebelum kami dibawa ke hospital dengan ambulans," katanya semasa ditemui di HSB.

Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan dan Trauma HBS Dr Fatahul Laham Mohamad berkata semua pelajar yang dibawa ke hospital kira-kira pukul 9 pagi itu berada dalam keadaan stabil dan akan ditahan sekurang-kurangnya dua hari bagi menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan lanjutan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/28

Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan

Posted: 28 Apr 2013 03:38 AM PDT

DUNGUN: Kadar kematian penyu akibat terkena peralatan nelayan seperti rawai di perairan Terengganu agak membimbangkan tahun ini.

Jurucakap Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang berkata sebanyak 26 ekor penyu agar dan seekor penyu lipas ditemui mati di pantai negeri itu bagi tempoh Januari hingga hari ini.

Sepanjang tahun lepas hanya 31 ekor penyu agar dan dua penyu karah ditemui mati akibat terkena peralatan menagkap ikan nelayan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagi menangani masalah itu, pusat berkenaan akan mengadakan rondaan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Mengulas perkara lain, jurucakap itu berkata pendaratan penyu agar dan penyu lipas di Terengganu dijangka meningkat tahun ini susulan penemuan lebih 500 sarang bagi tempoh Mac lepas hingga hari ini.

"Lebih 47,000 biji telur daripada sarang-sarang tersebut telah berjaya dieramkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/28

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat