Utusan Online - Agrobiz
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Agrobiz |
Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT Peserta Agrochallenge bergambar kenang-kenangan sebelum meneruskan program lawatan di Vietnam dan Kemboja. MENURUT Setiausaha KUAT, Aminuddin Mohamad, Agrochallenge adalah sebuah program lawatan sambil belajar ke sektor pertanian dalam dan luar negara. Program ini dianjurkan oleh KUAT dan disokong sepenuhnya oleh kementerian dan telah dilaksanakan sejak tahun 2004 lagi. Program Agrochallenge ke luar negara telah banyak kali diadakan dan kali ini kami ke Kemboja dan Vietnam bagi melihat sendiri kaedah pertanian serta polisi yang diamalkan oleh mereka," katanya. Berkonsepkan Seeing is Believing, sebelum ini Agrochallenge bukan sahaja menjelajah dan melihat projek-projek pertanian yang berjaya di dalam negara malah turut telah melawat projek-projek pertanian di luar negara yang lain seperti Thailand (Bangkok, Chiang Mai, Chiang Rai). Antara negara lain adalah seperti Indonesia (Jakarta, Bandung, Surabaya, Makassar), Australia (Melbourne, Sydney) dan lain-lain lagi destinasi pertanian yang menarik. Hampir setiap misi Agrochallenge disertai oleh wakil daripada kementerian termasuk program ke Kemboja dan Vietnam . Kunjungan kali ini turut disertai Jabatan Pertanian Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Selain itu, program tersebut turut disertai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Agrobank dan Tekun Nasional. Jelas Aminuddin, objektif program Agrochallenge ke Kemboja dan Vietnam ialah menyediakan satu landasan terbaik untuk melaksanakan transformasi pertanian negara dengan pelbagai pendedahan projek pertanian di negara-negara tersebut. Selain itu, kita juga boleh melebarkan jaringan kerjasama dan perniagaan di peringkat antarabangsa," katanya. Perjalanan program Agrochallenge bermula di ibu negara Kemboja, Phnom Penh, yang mana peserta seramai 30 orang dibawa mengunjungi Muzium Toul Sleng, sebuah sekolah yang ditukarkan menjadi pusat tahanan dan penyiksaan semasa pemerintahan Rejim Polpot. Keesokannya, peserta dibawa ke perkampungan petani yang dikenali sebagai Kampung Chao Doc yang juga sebuah perkampungan Islam di Vietnam dengan menaiki bot. Sepanjang perjalanan dapat dilihat kawasan pertanian yang dipenuhi dengan sawah padi serta ladang-ladang sayuran di sepanjang sungai. Apa yang jelas, selepas era peperangan dan kekejaman rejim Polpot, rakyat Kemboja membangun semula dengan mengambil pendekatan pertanian. Kemboja mengambil pendekatan tersebut kerana perkara asas yang diperlukan oleh rakyatnya ketika era selepas peperangan adalah makanan. Oleh yang demikian tidak hairanlah Kemboja menjadikan beras sebagai komoditi utama perdagangannya dengan negara-negara luar termasuk Malaysia kerana rata-rata rakyatnya menanam padi sebagai sumber pendapatan utama. Selain dijadikan makanan ruji, hasil perdagangan beras juga mampu meningkatkan sosio-ekonomi rakyatnya dan tidak mustahil sepanjang jalan ke Vietnam apa yang dilihat peserta hanyalah kehijauan sawah padi. Ujar Aminuddin, Kampung Chao Doc tersebut merupakan antara perkampungan yang menjadi perhatian KUAT dalam usaha membantu mereka di sektor pertanian. Apabila melawat ke sini (Kampung Chao Doc) saya dapati mereka agak ketinggalan dari segi teknologi serta amalan pertanian. Tidak seperti di Malaysia, mungkin kerana kekurangan pengetahuan serta teknologi yang sesuai menjadikan sektor pertanian di perkampungan tersebut agak ketinggalan," katanya. Melihat kepada kekurangan tersebut, KUAT bakal menjayakan program khas bagi membantu penduduk tersebut menerusi kerjasama si sektor pertanian. Kami (KUAT) akan ke sini lagi (Kampung Chao Doc) untuk menjayakan beberapa program kerjasama pertanian bagi membantu penduduk di sini meningkatkan ekonomi mereka," katanya. Setelah puas beramah mesra bersama penduduk Islam di sana, perjalanan diteruskan dengan lawatan sepanjang Delta Mekong bagi melihat aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh rakyat Vietnam di sepanjang kawasan tersebut. Setelah bermalam di daerah Chao Doc, perjalanan diteruskan ke banda raya Ho Chi Minh sambil singgah sebentar di pasar berhampiran bagi melihat kerancakan perniagaan sektor pertanian di Vietnam. Tidak dinafikan Vietnam sedikit ketinggalan berbanding Malaysia namun, sektor pertanian mereka berkembang baik. Peserta dibawa melihat sendiri aktiviti jual beli membabitkan produk pertanian seperti buah-buahan, makanan ruji serta produk perikanan. Selain itu, bunga-bungaan juga merupakan antara tarikan utama di Vietnam di mana masyarakatnya amat menggemari tumbuhan tersebut sebagai hiasan. Oleh yang demikian, motosikal merupakan pilihan utama di tambah pula lambakan kenderaan tersebut yang dibawa masuk dari negara China. Kesesakan serta kesibukan bandar raya Ho Chi Minh tidak menjejaskan program Agrochallenge dan peserta seterusnya dibawa melawat ke Southern Horticultural Research Institute (SOFRI). Institut tersebut merupakan antara institusi pertanian yang ternama di Vietnam yang berperanan sama seperti MARDI. Di institut tersebut, peserta diberi penerangan berkenaan polisi, amalan serta tugas-tugas pusat tersebut dalam membantu mengembangkan sektor pertanian di Vietnam. Penerangan diberikan oleh Penolong Pengarah, Akademi Sains Pertanian Vietnam, SOFRI, Nguyen Van Hoa. Menurutnya, Vietnam merupakan negara membangun justeru, sektor pertanian merupakan fokus utama negara itu. Pusat ini berfungsi membantu rakyat Vietnam yang mengalami masalah dalam sektor pertanian dari segi khidmat nasihat serta kemahiran pertanian, ujarnya. - ASHRIQ FAHMY AHMAD |
Manisan penyeri majlis perkahwinan Posted: 29 Apr 2013 02:00 AM PDT Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD Buat masa ini Rohana hanya memiliki dua unit dapur yang dibekalkan oleh MARDI. DIJADIKAN sebagai buah tangan bagi tetamu yang hadir di setiap kenduri kahwin, gula-gula atau manisan Terengganu merupakan antara makanan popular di negeri pantai timur tersebut. Usahawan industri kecil sederhana (IKS) Rohana Md. Noor, 49 menjadikan manisan tersebut sebagai punca pendapatan utamanya. Bermula daripada suka-suka akhirnya Rohana membuka sebuah bangsal berhampiran rumahnya untuk membuat manisan yang semakin mendapat perhatian masyarakat kampungnya. Saya tidak memiliki pelajaran yang tinggi, jadi saya cuba-cuba buat gula-gula ini dan jual kepada pelajar sekolah dan orang ramai sekitar kampung," katanya ketika ditemui dalam program lawatan bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini. Jelas Rohana lagi, gula-gula atau manisan tersebut bukanlah produk baru, malah produk makanan tersebut amat dikenali sekitar Kuala Terengganu. Manisan ini merupakan makanan tradisional orang dulu-dulu, tetapi saya cuba perbaharui dengan menambah pelbagai perisa lain serta kekacang. Resipinya saya peroleh daripada ibu saya dan daripada dia jugalah saya belajar membuat manisan ini," katanya. Menerusi kelainan yang dibuat oleh Rohana, manisannya mendapat perhatian sekitar kampung sebelum ada yang datang dari luar untuk menempah. Sehingga kini, Rohana tidak menang tangan untuk menghasilkan manisan apabila tempahan yang diterima semakin meningkat. Jika dahulu, proses pembuatan manisan tersebut hanya dilakukan di dalam rumah dan secara kecil-kecilan. Namun setelah mendapat bantuan daripada MARDI berupa bantuan pembinaan bangsal, peralatan memasak, rak serta kursus rezekinya semakin bertambah. Menurut Rohana, dia hanya menggunakan gula kabung, kacang serta perisa bagi mendapatkan kelainan. Sehari saya akan mengacau (masak) tiga buah kuali yang mana setiap kulai mampu menghasilkan hampir 30 bungkus manisan. Setiap bungkusan mengandungi 10 biji manisan pelbagai perisa," katanya. Apa yang menjadi kekangan Rohana adalah, bermula proses mengacau adunan manisan yang memerlukan hampir tiga jam, menguli sehingga kepada pembungkusan adalah dilakukan secara manual. Buat masa ini, Rohana dibantu oleh adik-beradik serta anak-anaknya bagaimanapun manisan yang dihasilkan adalah terhad serta tidak mampu memenuhi permintaan yang ada. Rohana pernah menerima tempahan sehingga 1,000 bungkus sehari namun terpaksa menolak dengan cara baik kerana tidak mampu menghasilkan manisan sebanyak itu. Bagaimana pun, dia bercita-cita untuk memiliki sebuah mesin khas yang mampu membantunya mengacau manisan agar masa memasak dapat dipendekkan. Selain membantu menyediakan kemudahan peralatan memasak serta bangsal khas untuk membuat manisan, MARDI turut membantu Rohana dalam urusan pembungkusan produk. Ujarnya, pelekat yang digunakan pada bungkusan tersebut juga turut disediakan oleh MARDI bagi membantu mempromosi produknya. Dia juga menghasilkan produk sampingan yang dikeluarkan mengikut tempahan dan kebiasaannya tempahan diterima apabila menjelangnya musim perayaan. Produk manisan Rohana turut dipasarkan keluar Terengganu, namun dia lebih menumpukan perhatian dengan menghasilkan manisan untuk dijadikan buah tangan majlis kenduri kahwin. Untuk tempahan kenduri kahwin pun kadang kala saya tidak menang tangan, tapi syukurlah usaha saya selama ini semakin membuahkan hasil," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Agrobiz To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |