Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 30 Apr 2013 04:30 PM PDT Dedah sikap PAS "Saya agak terperanjat dengan kenyataan itu. Di mana lagi lima peratus yang dia tidak ceritakan iaitu membabitkan soal negara Islam dan hukum hudud. Bimbang hilang undi sanggup buang perjuangan
Hadir sama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; calon BN Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim dan calon BN DUN Machap, Taib Abu Bakar. PAS tiada kekuatan Muhyiddin juga menyifatkan PAS kini tidak mempunyai kekuatan dan keupayaan sehingga terpaksa bergantung kepada DAP. "Sekarang mereka tertekan hingga sanggup bertentangan dengan perjuangan selama ini. Ini bukan perkara kecil... ini adalah soal pokok dan mana perginya perjuangan mereka untuk menegakkan syiar Islam. "Mereka boleh cakap ini soal remeh... kecil tetapi untuk orang Islam isu ini adalah perkara besar dan tidak boleh kompromi, namun PAS mula kompromi dengan DAP. Saya percaya rakyat akan tolak mereka dengan jelas," katanya. PAS dan DAP dalam satu kenyataan mengakui wujud perbezaan konsep dalam dasar kerjasama kedua-dua parti, namun tidak menghalang mereka daripada terus bekerjasama. Menurut kenyataan bersama PAS dan DAP yang diedar kepada media pada majlis kenduri rakyat di Markas Pilihan Raya Pemuda PAS Parlimen Arau, Perlis semalam, perbezaan itu hanyalah sebanyak lima peratus. Kenyataan yang ditandatangani Hadi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyebut kedua-dua parti mencapai persetujuan pada tahap 95 peratus bagi menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua. |
PM janji ganda usaha naik taraf hidup pekerja Posted: 30 Apr 2013 04:20 PM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menggandakan usaha untuk memastikan peningkatan taraf hidup setiap pekerja jika kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi mandat kukuh pada pilihan raya umum, Ahad ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan BN juga akan memastikan pekerjaan bagi setiap warga serta memastikan akses kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran yang membantu meningkatkan pendapatan mereka. Saya dan rakan akan memastikan bakti pekerja dihargai dengan sediakan persekitaran terbaik untuk mereka dan keluarga" Najib Razak, Perdana Menteri Pengangguran rendah Beliau berkata, 13 juta pekerja Malaysia juga mempunyai banyak sebab untuk bersyukur, antaranya kadar pengangguran negara yang rendah iaitu hanya 3.3 peratus pada Januari lalu berbanding negara maju seperti Sepanyol yang mencatatkan 26.2 peratus, kawasan Euro (12 peratus), Perancis (10.7 peratus), Amerika Syarikat (7.9 peratus) dan Australia (5.4 peratus). Perdana Menteri berkata, kos kehidupan di negara ini juga terkawal dengan angka tunjuk inflasi untuk Januari tahun ini 1.3 peratus, sementara kadar kemiskinan relatif menurun kepada 1.7 peratus dan pendapatan perkapita meningkat kepada AS$9,700 pada tahun lalu. "Semua ini hasil kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat atas segala dukungan serta sokongan lebih 13 juta tenaga pekerja Malaysia," katanya. Bagi membantu pekerja mendapat manfaat penciptaan peluang kerja baru, iaitu 3.3 juta pekerjaan yang diunjurkan di bawah pelaksanaan program transformasi ekonomi negara menjelang 2020, kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion di bawah Belanjawan 2013 bagi melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional. Modenkan perundangan Katanya, dalam memodenkan perundangan berkaitan perburuhan, kerajaan menambah baik Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menaikkan syarat kelayakan umur Skim Pencen Ilat daripad belum mencapai umur 55 tahun kepada belum mencapai umur 60 tahun supaya selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |