{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


PRU13: Masyarakat FELDA diminta terus sokong BN untuk kesinambungan kejayaan - Muhyiddin

Posted: 29 Apr 2013 02:53 AM PDT

LABIS: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta masyarakat FELDA supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) untuk penetapan usaha memacu kejayaan masyarakat itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata kemajuan yang dinikmati masyarakat Felda hari ini adalah kesinambungan usaha kepimpinan BN sejak organisasi itu ditubuhkan.

"FELDA hari ini menjadi organisasi yang boleh dibanggakan. Saya tidak pernah ragu-ragu terhadap warga FELDA kerana mereka ialah pendukung kuat BN.

"Jadi, adalah wajar masyarakat FELDA terus menyokong BN kerana saudara-saudari berada di sini juga kerana BN. Kehidupan yang lebih baik kerana BN dan dapat manfaat yang lebih baik pun sebab BN," katanya.

Muhyiddin yang akan mempertahan kerusi Parlimen Pagoh berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup Program Jaringan Kolaborasi Strategik dan Pembangunan Persekitaran Lestari di Gugusan Felda Maokil di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat FELDA pada hari ini semakin membangun dengan penempatan mereka mempunyai sistem jalan raya yang baik dan peneroka memiliki rumah yang selesa berbanding dahulu.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, walaupun ada cubaan pembangkang untuk meracuni fikiran masyarakat Felda, namun beliau yakin mereka tidak terpedaya dengan tipu helah itu.
"Pembangkang berkempen dengan membuat janji yang sedap didengar tetapi tidak menjelaskannya secara terperinci.

"Jadi, saya harap masyarakat Felda jangan tertipu. Kita kena bijak menilai demi masa depan generasi anak muda," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut memuji program kolaborasi strategik yang bertujuan membangunkan persekitaran lestari di kawasan komuniti itu.

Selain meningkatkan pendapatan, katanya, warga FELDA perlu memberi penekanan kepada usaha memelihara alam sekitar dan mencantikkan kawasan persekitaran.

Program tiga hari itu adalah kerjasama antara FELDA, Universiti Teknologi Malaysia, Landskap Johor dan Kolej Komuniti Muar.

Turut hadir, calon BN bagi DUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed dan calon DUN Jorak, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh. - BERNAMA

Tarik balik permit teksi individu, jika dijual atau dipajak - SPAD

Posted: 29 Apr 2013 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi amaran akan membatalkan permit teksi milik individu jika pemiliknya menjual atau memajak lesen berkenaan kepada pihak lain.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya juga tidak akan melayan permohonan semula individu terbabit bagi mengelakkan perkara berkenaan berulang.

"Kita tidak mahu ada pemandu yang menjual lesen ini atau sewenang-wenangnya pajak kepada pihak lain, termasuk syarikat teksi," katanya pada sidang media selepas menyerahkan permit teksi individu kepada 300 pemandu teksi terpilih termasuk 30 pemandu teksi wanita di Lembah Klang, di sini, petang ini.

Syed Hamid berkata, pemberian lesen teksi individu itu sejajar hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menambah baik pendapatan serta meningkatkan taraf hidup pemandu teksi, khususnya di Lembah Klang.

"Oleh itu, saya minta kepada pemandu teksi jangan sesekali menjual atau memajakkan lesen mereka kepada pihak lain.

"Kalau boleh biarlah kita simpan lesen itu untuk kemudahan anak-anak kita pada masa depan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata SPAD memperuntukkan 10 peratus pemberian permit teksi individu kepada pemandu wanita bagi menggalakkan lebih ramai golongan terbabit menceburi kerjaya itu di negara ini.
Katanya, SPAD juga melonggarkan syarat permohonan permit berkenaan kepada wanita yang berminat untuk memohonnya.

"Kalau syarat biasa pemandu perlu mempunyai pengalaman lima tahun, tapi untuk wanita kita longgarkan kepada dua hingga tiga tahun saja.

"Hari ini kita dah beri kepada 300 pemandu termasuk 30 pemandu teksi wanita," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat