{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


PRU13: Jangan sabotaj bagi pastikan BN menang cemerlang - Najib

Posted: 28 Apr 2013 02:03 AM PDT

RAWANG: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya masalah dalaman parti seperti sabotaj mesti dibendung bagi memastikan BN mencapai kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat momentum rakyat kepada BN adalah baik dan kedudukan parti itu semakin meningkat termasuk berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada BN di banyak tempat.

"Cuma saya ingatkan masalah dalaman mesti kita bendung, jika tidak, ia boleh menggugat pencapaian kita. Saya dah kata bahawa kemenangan dua pertiga itu masih boleh dicapai dengan syarat tidak ada unsur dalaman yang boleh merosakkan pencapaian kita.

"(Masalah dalaman) Maknanya sabotaj atau mereka tidak bekerja dan sebagainya. Jika kita bersatu hati dan bekerja bersungguh-sungguh, tidak ada sebab BN tidak boleh menang dengan cemerlang kali ini," katanya kepada pemberita selepas berjumpa warga Kampung Baru Sungai Terentang di sini hari ini.

PRU13: Hanya tiga orang tahu warna dakwat kekal - SPR

Posted: 28 Apr 2013 01:56 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin warna dakwat kekal yang akan diguna pada pilihan raya umum ini masih kekal rahsia dan tidak mungkin ditiru kerana hanya tiga orang sahaja yang tahu mengenainya.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, selain beliau, hanya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan seorang lagi individu yang tidak boleh didedahkan namanya tahu warna sebenar dakwal kekal itu.

"Jadi kita percaya tidak akan terkeluar warna dakwat itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR, di sini hari ini.

Kamaruddin berkata warna dakwat yang unik dan lain daripada yang lain juga membolehkan pegawai SPR mengenal pasti jika ada pengundi yang dicalit dengan dakwat lain.

Katanya, bahan yang diguna untuk membuat dakwat itu juga adalah lain daripada kebiasaan, sekali gus tidak memungkinkan untuk ditiru.

Menjawab kegusaran orang ramai mengenai dakwat yang mungkin mengotorkan kertas undi dan menyebabkannya menjadi undi rosak, Kamaruddin berkata jika kertas itu benar-benar rosak, SPR akan mengeluarkan kertas undi yang baharu.

Bagaimanapun katanya pengundi perlu mengisi borang yang disediakan terlebih dahulu.
Kamaruddin berkata, dakwat itu juga adalah jenis mudah kering, malah SPR akan turut menyediakan tisu untuk mengelap kesan dakwat.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membenarkan mana-mana pihak mencalit sebarang dakwat sebelum mengundi bagi mengelakkan timbul masalah lain.

Hanya pegawai SPR dibenarkan mencalit dakwat di jari pengundi, tegasnya. - BERNAMA

ZIM ZIM NM 28/04/2

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat