{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lurah bilut - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lurah bilut - Google Blog Search


<b>felda lurah bilut</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 25 Apr 2013 12:28 AM PDT

Ketika Lurah Bilut mula diteroka untuk dijadikan tanah rancangan Felda, tidak siapa menyangka bahawa syarikat yang ditubuhkan kerajaan itu bakal menjadi sebuah syarikat perladangan yang terbesar dan terkemuka di dunia.

Ketika langkah pertama para peneroka yang membanting tulang empat kerat di Lurah Bilut dahulu, tidak siapa menyangka bahawa segala hasil titik peluh dan darah mereka akan terus mewangi sehingga ke persada antarabangsa.

Dan ketika komuniti kecil warga Felda Lurah Bilut mula berjasa pada bumi bertuah ini, tidak siapa menyangka bahawa program kerajaan untuk rakyat tersebut mampu mengubah nasib kehidupan mereka sehingga mampu memiliki ladang di Indonesia.

Dengan lahirnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH), nama Felda kini berada di negara termaju dunia, Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, negara-negara di Benua Eropah serta Asia Barat seperti Turki dan sebagainya.

Tidak pernah termimpi untuk para peneroka di Lurah Bilut tentang syarikat yang mereka usahakan itu akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat multi-nasional antarabangsa terkemuka dan berstatus multi-bilion seperti Bunge Limited, Procter & Gamble, Behn Meyer & Co, Taiko Clay Chemicals dan banyak lagi.

Bunge adalah sebuah firma pengeluar produk pertanian terbesar di Benua Eropah yang berpengkalan di New York dan mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi serta pasaran yang luas di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, negara-negara Asia Pacific, Afrika, Timur Tengah dan kepulauan Caribbean.

Menurut sumber yang diperoleh, FGVH kini memiliki sebuah loji memerah dan menapis minyak canola dan soya di Becancour, Kanada.

Usahasama FGVH dengan Bunge diramal akan memantapkan lagi harga dan nilai pasaran saham syarikat perladangan negara itu yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mac atau April ini.

Procter & Gamble (P&G) pula merupakan sebuah syarikat antarabangsa terkenal yang menjalinkan kerjasama berkaitan produk oleokimia, khususnya membabitkan mengenai penyelidikan bio-diesel yang kini berjalan lancar di Cincinnati, Amerika Syarikat.

Bayangkan sekiranya FGVH dan P&G menghasilkan produk bahan api diesel yang bakal menggantikan bahan bakar diesel sedia ada yang kian mahal harganya di pasaran, pastinya ia akan membuahkan hasil yang paling berbaloi.

Behn Meyer & Co. pula merupakan sebuah syarikat terkemuka di peringkat dunia yang menjalinkan kerjasama dengan FGVH berkaitan produk pertanian, khususnya baja pelbagai nutrien, di rantau Asia Tenggara dan Eropah.

Itu semua adalah beberapa nama-nama besar syarikat  yang memainkan peranan penting di dalam dunia perniagaan di peringkat antarabangsa yang dilihat mampu melonjakkan keuntungan FGVH pada masa ini.

Ada banyak lagi usahasama dengan syarikat-syarikat besar dan FGVH bijak memilih rakan kongsi strategiknya memandangkan aset perladangan terbesar negara itu dibantu oleh pakar-pakar runding perniagaan dari dalam dan luar negara.

Untuk menjamin penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia itu memberi kelebihan terhadap peneroka Felda yang terbabit syarikat itu telah melantik tiga bank asing dan dua bank tempatan untuk mengendalikan proses tersebut.

Bank-bank asing tersebut ialah Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank, manakala bagi bank tempatan pula Felda diwakili oleh Maybank Berhad dan CIMB.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya FGVH menegaskan bahawa syarikat itu mampu dan komited untuk menjanjikan pulangan yang baik serta sangat berbaloi kepada Felda pada setiap tahun.

Mengukuhkan lagi jaminan bagi kepentingan Felda dan para peneroka, Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjamin bahawa mereka akan tetap terus mendapat apa saja kemudahan serta kelebihan yang mereka terima sebelum ini.

Dengan segala sokongan dari pihak pengurusan tertinggi Felda, FGVH, para peneroka dan kerajaan, segala 'durian runtuh' yang membabitkan penyenaraian di Bursa Malaysia itu bakal dinikmati bersama dalam ertikata "win-win situation".

Terbaru, Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob juga turut menyatakan komitmen mereka untuk turun padang bagi memperjelaskan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negeri itu mengenai penyenaraian FGVH tersebut.

"Dua siri penerangan melibatkan peneroka di beberapa buah tanah rancangan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan apabila mereka mula menyedari rasional penyenaraian FGVH.

"Selepas mendapatkan penerangan sebenar, mereka tidak lagi terkeliru dengan dakwaan pembangkang yang mendakwa kononnya aset serta tanah peneroka akan hilang jika syarikat Felda itu disenaraikan kerana tanah terbabit dijadikan cagaran," kata Menteri Besar Pahang itu baru-baru ini.

Lihatlah, meskipun dianggap 'orang luar' yang tiada kepentingan di dalam Felda pun sudah sanggup menerangkan tentang 'durian runtuh' yang bakal diperoleh para peneroka, sudah tentulah penyenaraian itu bakal memberikan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang terbaik buat semua warga Felda.

Khabarnya, warga pelabur pula tidak sabar menantikan penyeneraian Felda itu kerana ia adalah yang terbesar dan terbaik untuk tahun ini.

Sewajarnya selepas mendapat penjelasan yang membetulkan persepsi buruk yang ditohmah segelintir pihak, warga peneroka akan 'lekas celik' dan positif, serta memberikan sokongan padu kepada agenda yang bakal membuahkan hasil yang lumayan itu.

Hakikatnya, itulah Felda kini dan masa depannya yang lebih gemilang.

Bermula dari Lurah Bilut, kini Felda mengembangkan sayapnya di merata pelosok dunia dan megah bangga membawa nama Malaysia sebagai syarikat perladang yang bukan calang-calang reputasinya.

Bagaimanapun, segala 'kemanisan' yang dilihat mampu melonjakkan nama Felda di persada dunia itu tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya tidak wujud kerjasama dari semua pihak, khususnya dedikasi dan sokongan padu dari kakitangan Felda sendiri.

Justeru, adalah wajar bagi semua pihak yang terbabit menjayakan transformasi Felda ini untuk sikap yang lebih positif dan berazam memberikan sokongan tidak berbelah bagi mendatangkan keuntungan kepada seluruh warga syarikat perladangan terbesar bertaraf dunia itu.

Sayanglah jika peluang keemasan ini dipersiakan hanya kerana segelintir minoriti yang cemburu dengan kejayaan Felda itu!

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat