{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


PAS kena main

Posted: 28 Apr 2013 05:32 PM PDT

- Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez minta bukan Islam usah undi PAS
- PAS kecewa, terkejut kenyataan dibuat secara melulu, tidak kena masa
Batu Pahat: PAS melahirkan rasa terkejut dan pelik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez, yang meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi PAS.Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, menyifatkan kenyataan Fernandez mengecewakan kerana ia dibuat secara melulu dan tidak kena pada masanya.
"Kesangsian dan keraguan Fernandez sepatutnya menjadi kayu pengukur terhadap kesepakatan dalam pakatan pembangkang serta memberi gambaran selama ini mereka bersama dengan PAS hanya 'mesra di luar tapi gelora di dalam'," Mohd Riza Kamaruddin, Aktivis PAS

Katanya, pendirian Fernandez membawa pembangkang selangkah ke belakang, sekali gus dibimbangi menjejaskan sasaran mereka menguasai lebih banyak negeri, termasuk Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Kami amat terkejut dan kecewa dengan pendirian Fernandez itu. Adalah tidak wajar beliau membuat permintaan sebegitu ketika PRU-13 semakin hampir.

"Pada saya, dia tidak mengikut arus. Sepatutnya dia harus bersyukur kerana masyarakat Johor, tidak kira Melayu, Cina dan India adalah masyarakat saling menghormati dan hidup harmoni.
"Dalam pembangkang khususnya di Johor, kami sudah ada kesepakatan tetapi Fernandez mencetuskan syak wasangka dan kebimbangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Rayu bukan Islam

Kelmarin, Fernandez yang juga pemimpin nombor dua DAP Johor itu membuat kejutan apabila dilaporkan merayu pengundi bukan Islam supaya tidak mengundi PAS.

Fernandez berkata, bukan Melayu perlu memikirkan dengan teliti sama ada mereka mahu memperjudikan masa depan mereka bersama PAS berikutan ikrar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk terus memperjuangkan agenda negara Islam jika pembangkang menang PRU-13.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, berkata pihaknya tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Fernandez berhubung kenyataannya.

Di Kuala Lumpur, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan Fernandez sebagai 'pelik', menentang arus dan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, Fernandez tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan semangat setia kawan dalam pembangkang, apatah lagi mencurigai antara satu sama lain.

"Kita rasa pelik dalam semua parti komponen berdepan dengan usaha untuk melawan BN, namun ada juga pemimpin yang menentang arus. Sepatutnya kita bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain tanpa perlu ada rasa curiga," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Aktivis PAS, Mohd Riza Kamaruddin, berkata kenyataan Fernandez juga membawa maksud warga Muslim dalam PAS dan PKR tidak mengundi calon DAP.

"Kesangsian dan keraguan Fernandez sepatutnya menjadi kayu pengukur terhadap kesepakatan dalam pakatan pembangkang serta memberi gambaran selama ini mereka bersama dengan PAS hanya 'mesra di luar tapi gelora di dalam'," katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman menggesa PAS keluar daripada pakatan sekiranya tidak mahu terus diperkudakan DAP.

PM jamin masa depan Selangor lebih baik

Posted: 28 Apr 2013 04:01 PM PDT

Klang: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak membahayakan masa depan generasi akan datang dengan melakukan eksperimen mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Perdana Menteri berkata beliau memberi jaminan bahawa Selangor di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pasti akan menjadi sebuah negeri yang lebih maju.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata kerajaan pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan pelbagai janji termasuk isu air.

"Kita buat manifesto, saya tak panggil manifesto sebab Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) kata manifesto bukan janji.

"Kalau bukan janji, apa guna buat manifesto, sebab itu saya masukkan nilai tambah, tak panggil manifesto tetapi aku janji kepada rakyat.

"Saya tahu rakyat akan adili saya dan kerajaan BN dan lebih daripada itu, akhirat nanti, Tuhan akan adili saya," katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat Parlimen Klang di Pandamaran Jaya di sini lapor BERNAMA, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.
Najib memberi jaminan bahawa Selangor akan mempunyai masa depan jauh lebih baik di bawah kerajaan BN kerana janji mereka adalah janji ditepati.

Katanya, beliau tidak mahu dianggap sebagai munafik kerana golongan munafik adalah orang yang berjanji tetapi tidak mengotakannya.

Ketika Najib bertanya lebih 5,000 orang yang menghadiri majlis itu sama ada mereka mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mereka menjawab 'tidak'.

Justeru, Najib meminta mereka mengundi calon BN jika mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu di Kuantan Perdana Menteri berkata BN akan terus membela dan memperjuang kebajikan semua pasukan keselamatan bagi jaminan masa depan yang lebih baik.

Najib berkata, kebajikan setiap anggota terutama yang berpangkat rendah tetapi dipelihara dan dijaga sebaiknya oleh kerajaan BN.

"Tidak mengapa ada pihak (pembangkang) yang tidak mengambil peduli anggota tentera tetapi kerajaan BN akan sentiasa bersama mereka," katanya berucap pada program ramah mesra bersama 5,000 anggota tentera dan keluarga di Markas 4 Briged Mekanize Kem Batu 10 di sini, semalam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat