Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 27 Apr 2013 02:38 PM PDT London: Arsene Wenger langsung tidak menghiraukan bekas pemainnya di Arsenal, Robin van Persie apabila menegaskan Michael Carrick sepatutnya menjadi Pemain Terbaik Tahunan. "Saya lebih senang memilih Carrick. Dia boleh bermain di Barcelona dan boleh menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka," kata Wenger.
Penyerang Belanda berusia 29 tahun itu sudah pasti akan menerima layanan kasar sebaik kembali ke Stadium Emirates sebagai juara bersama United malam ini.
VAN Persie. "Luis Suarez pula memusnahkan peluang meraih ganjaran itu! Anda juga ada Gareth Bale tetapi Carrick adalah pemain yang kurang diberi tumpuan di England.
"Saya akan memilih Carrick kerana Robin sudah mendapatkannya musim lalu. Berikan saja kepada pemain yang berbeza. Dia melakukan hantaran berkualiti." Wenger turut menegaskan beliau tidak mempunyai masalah jika pemainnya mengucapkan tahniah kepada United kerana kejayaan mereka sebelum perlawanan utara London malam ini.
|
Posted: 27 Apr 2013 02:31 PM PDT London: John Terry berjanji kepada peminat Chelsea dia tidak akan menyertai kelab lain di England. Kapten Blues itu menegaskan dia sudah pasti di Stamford Bridge musim depan, biarpun itu bermakna dia akan berada di bangku simpanan selama setahun.
Menyedari dia tidak akan kekal selamanya di kelab itu, Terry percaya masih banyak yang mampu disumbangkan untuk kelab yang disertainya sejak 18 tahun lalu.
"Secara jujurnya, jika saya tidak bermain tidak bermakna saya boleh mengetuk pintu pihak pengurusan dan meminta supaya kontrak saya dibincangkan.
"Rafa berkata dia berada di sini sehingga musim panas. Sama ada beliau akan kekal jika kami menang Liga Europa saya tidak tahu tetapi perkara itu tidak akan menjejaskan beliau.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |