Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Pelagak ngeri maut ketika beraksi Posted: 29 Apr 2013 02:14 PM PDT Kolkata: Seorang pemegang rekod dunia Guinness kerana melakukan lagak ngeri menggantung dirinya dengan rambut untuk jarak paling jauh, terbunuh ketika beraksi, kata pihak berkuasa semalam. Anggota polis India, Sailendra Nath Roy, sedang cuba menyeberangi Sungai Teesta di Bengal Barat menggunakan wayar setinggi 180 meter kelmarin.
Insiden itu menyebabkan dia gagal bergerak.
"Selepas 20 minit, dia kaku dan akhirnya diselamatkan polis," katanya.
Selepas dimasukkan ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, Roy disahkan mati dan doktor percaya dia mengalami serangan jantung. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30 |
Budak 9 tahun dibenar pandu Ferrari sempena hari jadi Posted: 29 Apr 2013 10:09 AM PDT New Delhi: Dakwaan difailkan ke atas seorang lelaki yang membenarkan anak lelakinya - berusia sembilan tahun - memandu kereta Ferrari, kata polis semalam. Mohammed Nisham didakwa membahayakan nyawa dengan membiarkan anaknya itu memandu.
Ketika budak itu memandu, seorang lagi anak Nisham berusia tujuh tahun duduk di tempat penumpang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |