Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Dibebaskan selepas disoal
- Budak tiga tahun maut nahas, ahli keluarga cedera
- Buruh berdepan hukuman penjara seumur hidup
Posted: Dibebaskan selepas disoalOleh NUR AISHAH AMIN dan ZULHILMI JALIL
SEPANG – Sekumpulan 13 pengikut Al-Arqam yang diusir kerajaan Arab Saudi kelmarin diberkas sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang semalam. Sembilan lelaki dan empat wanita itu ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebaik mendarat pada pukul 1 petang dari Lapangan Terbang Jeddah bersama 22 lagi pengikut Al-Arqam. Bagaimanapun mereka yang turut diusir itu tidak ditahan. Kesemua 13 pengikut Al-Arqam dibebaskan selepas diambil keterangan dengan syarat setiap orang mempunyai seorang penjamin. Difahamkan, kesemua mereka terpaksa membeli tiket sendiri untuk pulang ke Malaysia selepas mendapat pengampunan dari kerajaan Arab Saudi atas kesalahan visa dan dokumen perjalanan. Mereka tidak diiring pihak berkuasa ketika penerbangan. Menurut sumber, pengikut ajaran yang difatwakan sesat berusia antara 20 hingga 60 tahun itu ditahan selepas didapati memiliki bahan-bahan yang boleh mengaitkan diri mereka dengan ajaran tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Budak tiga tahun maut nahas, ahli keluarga cedera Posted: Budak tiga tahun maut nahas, ahli keluarga cederaORANG ramai melihat keadaan kereta Perodua Myvi yang terbalik hingga mengorbankan Nik Muqri Danish di Kuantan kelmarin. KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki terbunuh apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu bapanya terbabas lalu merempuh sebatang tiang elektrik di Kilometer 26, Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini kelmarin. Kemalangan pukul 4 petang itu mengakibatkan Nik Muqri Danish Nik Faiza, 3, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala bapanya, Nik Faiza Nik Mat, 32, bersama lima lagi penumpang lain hanya cedera ringan. Difahamkan, sebelum kejadian mereka sekeluarga baru pulang dari berkelah di Sungai Mas dekat Sungai Lembing dan dalam perjalanan pulang ke sini. Menurut Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, sebelum kejadian mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Sungai Lembing ke Kuantan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Buruh berdepan hukuman penjara seumur hidup Posted: Buruh berdepan hukuman penjara seumur hidupKOTA BHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki heroin dan syabu dua minggu lalu. Mohd. Rozlam Salleh, 42, dari Tanjung Stan, Kubang Kerian, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Rozlam didakwa memiliki lima botol berisi heroin seberat 7 gram di sebuah rumah di Kubang Kerian pada pukul 6.30 pagi 19 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) dengan penjara seumur hidup atau lima tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |