Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 27 Apr 2013 03:03 PM PDT London: Sikap warga Britain yang ketagih mendapatkan pakaian murah secara tidak langsung 'mengorbankan' kira-kira 1,000 nyawa pekerja Bangladesh sejak lapan tahun lalu. Siasatan media menunjukkan, dalam tempoh sama, berpuluh-puluh ribu pekerja lagi cedera dalam banyak kilang yang menyediakan bekalan pakaian untuk rangkaian kedai di Britain.
Kelmarin, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan kira-kira 50 mangsa yang masih hidup dari bawah runtuhan bangunan lapan tingkat menempatkan kilang yang membekalkan pakaian untuk jenama terkenal di Britain, Primark Menurut beberapa penganalisis, tragedi Plaza Rana itu sepatutnya boleh dielakkan jika pihak yang berkenaan mengambil langkah perlu.
WARIS seorang daripada mangsa runtuhan bangunan kilang pakaian berdoa tidak jauh dari lokasi bencana itu berlaku di Savar, semalam. TANGAN satu daripada mayat yang belum dapat dikeluarkan dari bawah runtuhan. "Banyak insiden kecil yang berlaku dan kurang diberi perhatian," katanya. Beberapa bulan lalu, kebakaran di kilang Tazreen Fashion membunuh 112 orang pekerjanya.
Kenyataan itu dibantah pengkritik kerana inisiatif berkenaan hanya meliputi bencana kebakaran, bukan keselamatan bangunan. Aktivis pertubuhan War On Want, John Hilary berkata pihak berkuasa wajar bertindak bagi menghalang kejadian sama berulang.
|
Jurutera kilang pakaian ditahan Posted: 27 Apr 2013 03:00 PM PDT Savar: Polis Bangladesh berkata, dua jurutera yang meluluskan reka bentuk bangunan lapan tingkat menempatkan kilang pakaian yang runtuh Rabu lalu ditahan untuk disoal siasat. Sumber polis berkata, Imtemam Hossain dan Alam Ali ditahan pihak berkuasa semalam.
Sebelum runtuh, bangunan itu menjalani proses ubah suai dengan untuk menempatkan tiga tingkat tambahan secara haram. Terdahulu, dua pemilik satu daripada beberapa kilang pakaian di bangunan itu ditahan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |