{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Rentak kerjaya agak perlahan

Posted: 29 Apr 2013 05:33 AM PDT

Pendatang baru dunia lakonan, Cristina Suzanne Stockstill tidak pernah percaya bahawa wajah jelita adalah tiket ekspres untuk dia menempa nama dan populariti.

Sebaliknya, wanita yang mesra disapa Cris ini menganggap kecantikan paras kacukan Melayu Jerman yang dimilikinya itu bukan cagaran utama yang menjamin kestabilan kerjaya seni.

Pada fahaman Cris, kalau cakap soal cantik atau jelita, terlalu ramai wanita yang mempunyai kelebihan itu dalam bidang penuh glamor ini, tetapi ia bukan aset yang kekal bertahan.

Justeru, dia lebih senang memperdagangkan bakat dan karisma daripada bergantung harap pada kecantikan yang belum tentu berpanjangan untuk terus hidup dalam lapangan ini.


"Kalau cakap pasal cantik, terlalu ramai perempuan cantik di luar sana, tidak kira golongan selebriti atau orang biasa, tetapi itu semua tidak kekal.


"Kalau ada yang menggunakan kecantikan semata-mata untuk berjaya dalam bidang ini, terpulanglah kepada mereka, tetapi saya memilih untuk menjual bakat yang serba sedikit ini," katanya kepada Rap, baru-baru ini.

Jelas anak kedua daripada tiga beradik ini, atas prinsip itu juga dia tidak perlu berasa terancam atau terburu-buru untuk menonjol ke depan demi mengejar populariti.

Kata Cris, biarlah rentak kerjayanya tampak lambat dan perlahan, namun kehadiran di persada lakonan bukan sekadar picisan, tetapi punya impak tersendiri.

"Saya rasai rentak kerjaya agak perlahan selepas hampir tiga tahun berkecimpung, tetapi biarlah lambat dan bertatih sikit asalkan kehadiran saya memberikan impak.

"Tiada apa yang saya hendak kejar atau terburu-buru untuk popular dan dikenali. Biar ia (kerjaya) berjalan berperingkat-peringkat. Yang penting, saya hanya mahu relaks dan nikmati pengalaman ini sebaik mungkin," katanya.

Menariknya mengenai Cris, bagi yang mengenali wanita ini secara dekat pasti ramai yang terpikat dengan pembawaan dirinya yang ringkas dan menyenangkan itu.

Lantas, apabila diusik tidakkah pakej itu bertentangan dengan budaya umum dunia hiburan yang penuh ranjau dan hipokrasi, Cris berkata, perkara itu adalah cabaran yang wajib diterima bagi sesiapa pun menyertai bidang ini.

"Ia boleh diibaratkan seperti saya datang (ceburi) dalam bidang ini dengan kontrak yang tidak bertulis. Kalau hendak diikutkan satu demi satu memang pening juga, tetapi mahu tidak mahu saya perlu terima.

"Persepsi orang akan tetap timbul untuk bercakap itu dan ini mengenai kita tetapi saya adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Kalau gaya dan pendekatan saya tidak menepati jangkaan orang (warga industri), saya tidak boleh buat apa," katanya.

Mendengarkan respons itu, Cris ditanya tidakkah atmosfera industri seni ini merimaskan diri dan prinsipnya, namun wanita berusia 28 tahun ini punya cara sendiri untuk menghadapinya.

"Saya tidak suka berasa tertekan kerana orang lain. Pada awal kemunculan dulu, terlalu banyak pendapat orang minta saya buat itu dan ini untuk berjaya, tetapi saya lebih senang lakukan cara sendiri.

"Saya tidak perlu jadi orang lain atau hidup dalam kepura-puraan demi memuaskan hati semua. Mungkin ketika bekerja saya harus lebih fleksibel dan menyesuaikan diri mengikut keadaan, tetapi di luar waktu kerja, saya adalah saya.

"Bagi saya, bidang ini seperti juga cabang kerja lain adalah profesion semata-mata. Jadi, ketika bekerja saya perlu komited dan jaga prestasi sebaik mungkin, tetapi tidak perlu terbawa-bawa kerja dalam kehidupan sebenar," katanya yang dicungkil bakat menerusi program Pilih Kasih musim kedua pada 2010.

Ukur baju di badan sendiri

Jika segelintir besar muka baru akan menerima seberapa banyak tawaran lakonan demi mengukuhkan nama dan profil, lain pula pandangan Cris berhubung aspek itu.

Model kelahiran Johor Bahru, Johor ini lebih senang mengambil tawaran kerja mengikut kemampuan diri. Baginya, tidak kira besar atau kecil habuan menanti, yang penting adalah menjaga prestasi diri.

"Sehingga kini, saya tidak perlu ambil sebanyak mungkin tawaran untuk jana pendapatan besar atau popular. Malah, saya sebenarnya lebih selesa untuk mencari tawaran kerja yang boleh tampung keperluan saya membayar bil bulanan dan perbelanjaan harian.

"Saya bukan jenis yang pakai barang mahal atau menjalani hidup di luar kemampuan diri. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri," katanya yang masih belum berpunya.

Tambah Cris, amalan gaya hidup ringkas dan sederhana yang diamalkan itu memberikan banyak kelebihan dalam pergaulannya sesama rakan artis.

Katanya, dengan cara itu dia tidak perlu bimbang mengenai soal persaingan, perasaan iri hati mana-mana pihak atau kemungkinan didekati golongan berpengaruh seperti dihadapi kebanyakan artis wanita lain.

"Saya suka tampil selekeh dan ringkas sebab yang saya jual ketika bekerja adalah bakat dan pesona, bukan apa yang saya dalam diri sebenar.

"Pada saya, pendekatan itu banyak beri kelebihan kerana saya dapat elakkan diri daripada konflik, perasaan iri hati atau persaingan dengan aktres lain.

"Saya juga terselamat daripada didekati golongan VIP kerana mana ada orang tertarik dengan penampilan saya begini," katanya diselangi hilai tawa.

Menutup perbualan kami, Cris yang mula dikenali selepas drama Bicara Hati ini berkata, dia tidak sabar untuk mendengar reaksi khalayak mengenai filem pertamanya berjudul Kil yang akan ditayangkan pada hujung Mei ini.

Dalam filem arahan Nik Amir Mustapha itu, Cris menggalas watak utama, Zara di samping Redza Minhat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/29

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat