{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Tekanan 2 'skuad merah'

Posted: 29 Apr 2013 01:53 PM PDT

» Selangor wajib menang, Kelantan bakal muncul juara kumpulan
andai atasi lawan di laman sendiri, malam ini
Kuala Lumpur: Degupan jantung dua gergasi - Selangor dan Kelantan - harus memuncak, malam ini.Pasukan bergelar Red Giants dan The Red Warriors (TRW) itu kini bukan sahaja mengharapkan sokongan peminat sendiri untuk merakamkan kemenangan penting, malah menagih doa peminat bola sepak seluruh negara untuk mereka mencipta sesuatu yang baru dalam kancah Piala AFC, musim ini.

Dengan imbuhan RM350,000 diterima pemain skuad TRW, semalam ia harus menyuntik semangat baru buat anak didik Bojan Hodak bangkit melakar kemenangan ke atas Ayeyawady di laman sendiri untuk muncul juara Kumpulan G.

Tiada pilihan

Selangor yang seri 0-0 ketika menentang Lions X11 dalam saingan Liga Super tempoh hari, tiada pilihan kecuali menang dengan apa cara sekali pun apabila berdepan satu lagi wakil Singapura, Tampines di tempat lawan.
Bukan menang saja, malah anak didik Irfan Bakti Abu Salim menagih simpati East Bengal untuk menewaskan kelab Vietnam, Xuan Thanh Saigon.

Tidak dinafikan tekanan harus memuncak kepada dua wakil negara ini yang bakal mengibar Jalur Gemilang buat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Sathia tiada rancangan turun trio serentak

Posted: 29 Apr 2013 01:42 PM PDT

Kuala Lumpur: Jurulatih Tentera, B Sathianathan tiada rancangan menurunkan tiga bekas penyerang kebangsaan serentak dalam aksi Liga Super yang diharungi oleh pasukan sekarang ini.

Walaupun usia mereka sudah melebihi 30-an - Hairuddin Omar, Shukur Adan dan Nizaruddin Yusof - masih dianggap memiliki sentuhan berbisa serta pengalaman.

"Memang saya ada perancangan menurunkan mereka serentak tetapi terpaksa tangguh dulu kerana belum tiba masanya. Selain itu saya sedang menilai keupayaan mereka terutama persefahaman bermain sebagai satu pasukan yang dianggap lebih penting," kata Sathia, semalam.

Hai-O, Marlon pemusnah

Katanya, Hai-O dan Shukur sudah menunjukkan keserasian dengan penyerang utama pasukan, Marlon Alex James yang menjadi penjaring terbanyak pasukan dengan 13 gol setakat ini manakala Nizaruddin juga mula menunjukkan keserasian walaupun bukan sebagai penyerang utama," katanya.

Sathia tidak menafikan ada kemungkinan menyaksikan tiga penyerang kebangsaan itu beraksi serentak dalam perlawanan menentang T-Team di Kuala Terengganu, Jumaat ini.

Namun, dia masih menaruh keyakinan kepada Marlon dan Hairuddin menjadi tenaga pemusnah dalam setiap perlawanan akan datang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat