{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Agihan permit teksi individu dijangka selesai Mei ini - Syed Hamid

Posted:

Agihan permit teksi individu dijangka selesai Mei ini - Syed Hamid

Agihan permit teksi individu dijangka selesai Mei ini - Syed Hamid

29/04/2013 9:09pm

KUALA LUMPUR - Pengagihan permit teksi individu kepada pemohon yang layak dijangka selesai Mei ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata lebih 12,000 permohonan diterima bagi 1,000 permit yang ditawarkan, menyebabkan setiap permohonan diproses dengan teliti untuk memastikan hanya individu yang layak sahaja mendapat permit ini.

Antara kriteria yang dinilai SPAD ialah sama ada pemohon mempunyai rekod jenayah atau kesalahan trafik serius selain disiplin.

Penerima permit diminta tidak menyalahgunakannya atau berdepan risiko permit ditarik balik, kata Syed Hamid ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran kelulusan permit individu kepada 300 pemandu teksi di sini, hari ini.

"Yang terima permit ini ada keistimewaan. Saya tak nak sesiapa pergi kepada syarikat-syarikat teksi dan jual (permit) teksi kepada mereka. Saya nak lihat Teks1M (Teksi 1Malaysia) jadi penanda aras kepada perkhidmatan teksi di seluruh dunia, malah lebih baik daripada teksi London Black Cab," katanya.

Syed Hamid turut kecewa kerana kurangnya pemohon wanita kerana SPAD memperuntukkan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan permit untuk pemandu teksi wanita.

Seorang penerima, Rasidin Kamari, 49, yang berpengalaman memandu teksi selama 15 tahun, menyifatkan pemberian permit ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap nasib pemandu teksi.

"Kalau bawa teksi syarikat, kena bayar lebih kurang RM1,000 kepada mereka setiap bulan berbanding teksi sendiri, tak sampai banyak tu," katanya.

Lim Chan Seng, 51, pula berterima kasih kerana kerajaan menunaikan janjinya memandangkan dengan pemberian permit itu, beliau tidak lagi risau tentang membayar sewa bulanan kepada syarikat.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian permit individu sebagai satu langkah memartabatkan industri teksi negara yang dilaksanakan SPAD melalui program Transformasi Industri Teksi.

Semua penerima permit akan menggunakan teksi baharu Proton Exora serta geran RM5,000 dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bantuan pinjaman kewangan dari Bank Simpanan Nasional (BSN). - Bernama

35,000 orang sambut PM Najib Razak di Skudai, Johor

Posted:

35,000 orang sambut PM Najib Razak di Skudai, Johor

35,000 orang sambut PM Najib Razak di Skudai, Johor

29/04/2013 9:57pm

SKUDAI - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan mesra di Kolej Universiti Selatan sebentar tadi disambut dengan penuh gilang-gemilang oleh kira-kira 35,000 orang ramai daripada pelbagai masyarakat di sekitar negeri ini.

Selain paluan gendang Cina dan kompang yang menyemarakkan suasana, hadirin turut mendendangkan beberapa buah lagi dan melaungkan kata-kata 'Semangat BN'.

Pada majlis tersebut, beliau terlebih dulu melancarkan bangunan pendidikan antarabangsa yang baharu di kolej berkenaan.

Hadir sama ialah isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman, calon calon Dewan Undangan Negeri (DUN Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar; calon DUN Skudai, Lim Ah Chy dan calon DUN Permas, Datuk Seri Khaled Nordin. - KOSMO!

Kakak Mamat Sepah cedera parah dalam kemalangan

Posted:

Kakak Mamat Sepah cedera parah dalam kemalangan

Kakak Mamat Sepah cedera parah dalam kemalangan

29/04/2013 6:24pm

KOTA TINGGI - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Anita Murad, 36, yang juga kakak kepada pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Mamat Sepah cedera dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini.

Dalam nahas kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa bersama dua rakannya iaitu Setiausaha Pergerakan puteri UMNO Bahagian Tenggara, Nor Alohan Abd Ghani, 36, dan ahli jentera parti Barisan Nasional (BN), Zaliza Mohd. Dahan, 35, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulaijaya sebaik saja selesai membantu kempen pilihan raya bagi Parlimen Tenggara di sini.

Akibat daripada kemalangan itu, Nor Alahan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sementara Anita dan Zaliza hanya cedera ringan di beberapa anggota tubuh badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Mohd. Nor Rasid, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang datang dari arah Kulaijaya cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal sebelum bergesel dengan sebuah motokar jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pergeseran itu, kereta Gen 2 itu berpusing dan terhenti di tengah jalan sebelum dirempuh oleh mangsa yang gagal mengelak dan melanggar penghadang jalan.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Mamat Sepah ketika ditemui berkata, dia yang terkejut dengan insiden itu namun bersyukur semua mangsa termasuk kakaknya terselamat.

Sementara itu, calon BN Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut meluangkan masa kira-kira satu jam melawat kesemua mangsa yang juga anak buahnya.

"Harapan saya semua pihak akan mendoakan kesejahteraan mangsa dan tidak mematahkan semangat juang kita pada pilihan raya ini," katanya. - KOSMO!

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat