Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 27 Apr 2013 01:45 PM PDT Bangkit bergaya selepas tewas dua kali berturut-turut Kota Bharu: Selepas tewas dua kali berturut-turut, Kelantan kembali menceriakan peminat setia mereka apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi. Pada aksi malam tadi, penyerang import skuad The Red Warriors (TRW) , Dickson Nwakaeme meletakkan pasukan itu di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti minit ke-31 hasil terjahan kasar pemain T-Team, Hasan Basri ke atas Indra Putra Mahayuddin di dalam kotak penalti. Farhan cetus impak Bersambung babak kedua, kemasukan penyerang Kelantan, Norfarhan Mohamad menggantikan Dickson mencetuskan impak positif apabila dia meledak gol kedua pasukan selepas menanduk masuk hantaran lintang daripada kapten, Badhri Radzi pada minit ke-60. T-Team yang tertekan selepas ketinggalan dua gol berjaya merapatkan jurang menerusi penyerang import, Ibric Yuksel pada minit ke-80. Namun, Indra Putra melenyapkan harapan T-Team menyamakan kedudukan apabila melengkapkan gol ketiga Kelantan minit-minit akhir permainan. |
Sathia lega Gladiators bangkit semula di Paroi Posted: 27 Apr 2013 01:43 PM PDT Kuala Lumpur: Kemenangan 2-0 ke atas PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin harus cukup melegakan B Sathianathan. Apa tidaknya, kemenangan itu memastikan Tentera tidak tercicir jauh dalam pemburuan mahkota kejuaraan Liga Super selain membuktikan pemain mampu bangkit selepas persembahan buruk di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan mereka tewas 3-1 kepada Lions XII.
Pasukan wajah baru "Saya akui kemenangan dalam perlawanan malam ini (malam kelmarin) amat penting, terutama dalam membina semula keyakinan pemain selepas memperagakan persembahan buruk di Stadium Jalan Besar. Malah, ia membolehkan kami kekal bersaing dalam memburu kejuaraan liga," katanya. Dalam perlawanan itu, kapten Gladiators Hairuddin Omar meletakkan pasukan di hadapan pada minit ke-34 sebelum penyerang import Marlon Alex James mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-73. "Walaupun menang 3-0 dalam perlawanan pusingan pertama, tetapi saya minta pemain lupakan kemenangan itu dan menganggap PKNS sebagai pasukan berwajah baru dan sukar dijinakkan," kata Sathianathan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |