Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Penceramah PKR maut dalam nahas di Shah Alam Posted: 28 Apr 2013 11:55 AM PDT Oleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM 29 April - Seorang penceramah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di sini malam tadi. Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, yang memandu sebuah Proton Wira, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini. "Siasatan mendapati mangsa di serang sakit jantung ketika sedang memandu. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan jenazah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk di bedah siasat,'' katanya. Tambahnya, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT Oleh ILAH HAFIZ AZIZ KUALA LUMPUR 28 April - Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya kelmarin, berkemungkinan akibat sindiket jenayah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan ketegasan mangsa. Seorang penguat kuasa kanan Kastam yang enggan dikenali berkata, ini berikutan skop kerja mangsa yang berkaitan dengan bidang import dan eksport. Menurutnya, Shaharuddin sudah banyak kali menggagalkan cubaan menyeludup barangan komersial dari pelbagai negara terutama China melalui laut dan sempadan negara. "Dalam jabatan (Kastam), Allahyarham terkenal dengan sifatnya yang tegas. Perkara ini memang diakui pegawai dan anggotanya yang sememangnya gentar apabila beliau bersuara. "Allahyarham juga tidak sesekali berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan terutama sekali dalam aktiviti import dan eksport. Setiap arahan penguatkuasaan wajib dipatuhi semua anak buahnya kerana jika ingkar mereka akan dikenakan tindakan. "Ketegasannya itu mungkin menyebabkan timbul rasa tidak puas hati kepada sindiket yang rugi selepas banyak kali 'projek' mereka digagalkan. Saya percaya kematian beliau berpunca daripada mereka yang tergugat hingga memaksa mangsa dibunuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, Allahyarham mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya iaitu ketika kenderaan dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan. Ditanya mengenai kematian mangsa mempunyai hubungan dengan operasi cukai penyeludupan kereta dari Langkawi yang dilakukan secara besar-besaran baru-baru ini, pegawai itu menganggapnya sebagai tiada kaitan kerana jenayah tersebut dilakukan secara individu. "Operasi itu dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Shaharuddin mungkin terlibat secara langsung tetapi saya tidak merasakan ia menjadi punca pembunuhannya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |