{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Syed Hamid bantu jentera BN

Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
utusanjohor@utusan

Noor Ehsanuddin

KOTA TINGGI 27 April - Calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid mendapat suntikan semangat apabila turut ditemani oleh penyandang kerusi kawasan tersebut, Tan Sri Syed Hamid Albar berkempen di sekitar bandar ini.

Syed Hamid bukan sahaja menemani beliau, malah memperkenalkan Noor Ehsanuddin sebagai calon baharu yang paling layak menggantikan tempatnya mewakili pelbagai lapisan masyarakat di kawasan berkenaan.

Turut bersama dalam rombongan berkenaan ialah calon BN, Asiah Md. Ariff yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama.

Rombongan tersebut mengadakan walkabout di sekitar kawasan bandar dengan menemui orang ramai dan para peniaga serta beramah mesra dengan golongan usahawan yang mengikuti kursus pengurusan kewangan di Kota Kechil.

Sebelum itu, Noor Ehsanuddin turut melepaskan Larian Mesra Belia di hadapan pasar raya Kipmart, di sini.

Dalam sidang akhbar kemudian, Syed Hamid memberitahu, sambutan dan sokongan rakyat Kota Tinggi terhadap calon BN amat baik.

"Saya yakin Datuk Noor Ehsanuddin adalah calon terbaik dan mendapat sambutan serta sokongan padu daripada orang ramai. Asiah pula memang telah dikenali di sini dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Noor Ehsanuddin berkata, sekiranya dipilih beliau akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan lagi kesejahteraan dan ekonomi masyarakat.

Beliau juga bekas Pengarah Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebenarnya Kota Tinggi mempunyai banyak aset termasuk dalam bidang pelancongan apabila mempunyai banyak tempat bersejarah dan lokasi serta pantai yang menarik.

"Selain itu, saya akan memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan meningkatkan kemahiran dan ilmu penduduk supaya dapat menjadi tenaga kerja mahir dan separa mahir khususnya di projek minyak dan gas di Pengerang.

"Selain itu, sektor agropelancongan juga akan diberi perhatian, lagipun di sini ramai yang sudah mengusahakan perkhidmatan inap desa," katanya sambil memuji keenakan makanan di Kota Tinggi.

Ali Mazat selesa dengan imej kampung, senang didekati

Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT

Ali Mazat Salleh

UTUSAN: Felda Taib Andak mencipta populariti tersendiri apabila Mawi dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasi musim ketiga (AF3). Jadi, adakah saudara pernah mengundi perjuangan Mawi ketika bertanding dalam program realiti tersebut?

Ali Mazat: Pada ketika nama Mawi muncul, saya merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan. Saya sendiri yang menguruskan rombongan penduduk Felda Taib Andak menonton persembahannya di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Bukan itu sahaja, saya dan penduduk berjaya memasang skrin besar untuk sama-sama menyaksikan persembahan final AF3 di kawasan lapang di sini dan kami tidak lokek untuk mengundi Mawi bagi memastikan kemenangannya pada malam tersebut.

Malah, kami sekampung turut mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kejayaan Mawi itu dan berbangga nama Felda Taib Andak mula dikenali. Hingga kini, jika saya ke Kuala Lumpur, kalau berkelapangan, saya akan berjumpa Mawi di restoran sambil berbual-bual perkembangan semasa masing-masing.

Keperibadian Mawi sebagai anak kampung yang naif dan lucu dalam program AF merupakan antara faktor menyumbang kemenangannya. Mungkin itu adalah strategi Mawi.

Adakah saudara juga seperti itu dan sejauh mana personaliti sebegitu membantu untuk menambat hati pengundi DUN Bukit Permai?

Dunia politik dan seni adalah dua bidang yang berbeza. Setiap satu mempunyai audiens yang berbeza, sekali gus memerlukan strategi berlainan untuk menambat hati pengundi.

Akan tetapi, saya tidak nafikan ada ahli keluarga dan rakan rapat pernah mengatakan saya seorang yang lucu dan suka bergurau. Mungkin dengan cara itu, ia lebih mudah untuk menjalin hubungan silaturahim. Bagaimanapun, apabila bekerja, saya selalu fokus dan mahukan kesempurnaan dalam setiap aspek.

Lazimnya, ahli politik dan ahli perniagaan terutamanya lelaki tidak memikirkan sangat perihal fesyen. Cukup sekadar kemas dan sesuai mengikut majlis.

Saya akui fesyen tidak begitu penting dalam hidup saya. Paling penting, pakaian itu bersih. Bukannya untuk menyedapkan mata orang lain tetapi selesa dengan empunya badan.

Bagi individu yang tidak mengenali secara dekat, mungkin ramai yang tidak percaya bahawa saudara merupakan bekas jurutera di sebuah syarikat terkenal.

Sejak zaman universiti lagi, ramai rakan yang sifatkan saya seorang yang sombong dan bengis hanya kerana memiliki raut muka sebegitu. Namun lama kelamaan, mereka sudah boleh menyesuaikan diri untuk berkawan dengan saya.

Sekarang, apabila menjadi ahli politik, saya cuba untuk 'melebihkan' senyuman bagi mengelakkan tanggapan buruk pengundi mahupun rakan politik.

Seandainya saudara bukan seorang jurutera, apakah pekerjaan atau bidang yang mungkin diceburi?

Selain bidang kejuruteraan, saya juga meminati bidang latihan atau menjadi pakar motivasi. Bidang ini memberi peluang kepada saya untuk berkongsi kisah hidup dari 'zero to hero'. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi itulah hakikatnya.

Saya suka membina semangat anak-anak muda yang perlukan motivasi untuk mengubah diri mereka menjadi insan yang berjaya, sekali gus berkhidmat kepada nusa dan bangsa.

Siapa tokoh pemimpin sama ada dari luar atau dalam negara yang mempengaruhi karier politik saudara?

Saya sukakan ketokohan yang dimiliki oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kerana pendiriannya yang teguh. Beliau juga bijak mentafsirkan keperluan politik orang kampung dan kehendak politik orang bandar.

Saya juga mungkin dipengaruhi oleh kepimpinan bapa saya yang suatu ketika dahulu aktif berpolitik ketika Tun Musa Hitam bergelar Ahli Parlimen Panti (kini DUN Panti).

Imej saudara boleh dikatakan seperti orang kampung moden. Sejauh mana ia membantu saudara untuk mengekalkan kemenangan BN di DUN Bukit Permai?

Saya seorang yang berpijak di bumi nyata. Bagaimana saya dibentuk, begitulah yang akan saya kekalkan. Beralih angin ke arah politik tidak bermakna saya perlu beretorik.

Saya akan membawa watak diri saya yang sebenarnya iaitu Ali Mazat bin Salleh. Tidak perlukan suntikan imej ahli politik lain kerana saya merasakan ia bersesuaian dengan suasana politik di DUN Bukit Permai.

Selagi ia selesa di mata saya dan pengundi, selagi itulah saya akan kekal begini dan ia lebih mendekatkan jurang antara pemimpin dan rakyat.

BN cari tapak satukan 2 hentian bas

Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT

MUAR 27 April - Projek menyatukan dua hentian bas ekspres dan harian di Jalan Maharani di sini akan diteruskan bagi menggantikan terminal pengangkutan awam sedia ada yang kini sentiasa sesak dan mengganggu aliran trafik di bandar ini.

Penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, perancangan asal projek berkenaan ialah dengan memindahkan kedua-dua hentian tersebut di laluan kedua Muar di Sabak Aur, Jalan Salleh di sini.

"Bagaimanapun, disebabkan banyak pihak tidak setuju cadangan berkenaan atas alasan jauh dari pusat bandar, kerajaan sedang mencari lokasi baharu yang lebih sesuai bagi penempatan projek terminal bas awam tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan penduduk bandar ini pada majlis memperkenalkan calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Muar dan Dewan Undangan Negeri Maharani di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jalan Mariam, di sini hari ini.

Yang turut hadir calon BN DUN Maharani, Datuk Zulkhairi Ahmad dan para pemimpin masyarakat pelbagai kaum di sekitar bandar ini.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar