Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
waran tangkap pengerusi hindraf Posted: 29 Apr 2013 01:27 PM PDT KUALA LUMPUR 29 April - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar (gambar) ekoran kegagalannya menghadiri perbicaraan kes menerbitkan surat berbaur hasutan yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi memberitahu pemberita, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain mengeluarkan perintah tersebut selepas penjamin Uthayakumar mengemukakan sijil cuti sakit pada prosiding hari ini. Menurut Azlina, penjamin itu menyerahkan sijil cuti sakit bagi pihak Uthayakumar bertarikh 2 April hingga 17 Mei 2013 kepada mahkamah. "Ketika disoal oleh mahkamah kenapa sijil cuti sakit tidak diserahkan pada 2 April, penjamin itu menyatakan, dia menerima sijil cuti sakit itu pada 4 April lalu dan mendapat arahan daripada Uthayakumar supaya mengemukakannya kepada mahkamah hari ini," kata beliau. Azlina kemudian memohon sapina diserahkan kepada doktor yang mengeluarkan sijil cuti sakit berkenaan untuk meminta penjelasan lanjut. Uthayakumar, 49, yang juga seorang peguam bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi merebut kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas di Selangor. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dibicarakan di mahkamah tersebut atas tuduhan menerbitkan satu surat berbaur hasutan di laman web 'Police Watch', empat tahun lalu. Surat itu, bertarikh 15 November, 2007 adalah daripada Hindraf dan dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown di No. 10, Downing Street, London. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya. Perbicaraan kini di peringkat bela diri. |
Dua peguam gagal cabar kesahihan penahanan Posted: 29 Apr 2013 02:21 AM PDT Oleh NORLIZAH ABAS PUTRAJAYA 29 April - Dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) gagal meneruskan saman RM200 juta terhadap Perdana Menteri dan lima pihak lagi dalam usaha mencabar kesahihan alasan penahanan mereka selama 514 hari. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan M. Manoharan dan P. Uthayakumar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman mereka dan Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya. Rayuan akhir kedua-dua peguam tersebut ditolak secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif. Beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, serta Datin Paduka Zaleha Zahari turut memerintahkan kedua-duanya membayar kos RM5,000. Dengan keputusan itu, Manoharan dan Uthayakumar tiada peluang untuk mempertikaikan sebab-sebab mereka ditahan selama 514 hari di Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting, Taiping, Perak. Mereka ditangkap polis pada 13 Disember 2007 dan perintah tahanan bermula hari yang sama. Manoharan mewakili kedua-duanya manakala Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria dan Azizan Md. Arshad mewakili enam responden termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |