{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Senyuman guru besar

Posted: 29 Apr 2013 02:12 PM PDT

Banyak kejayaan dicatat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Batu Pekaka, Kuala Ketil yang disifatkan antara sekolah tertua di Daerah Baling sejak berwajah baru pada 2004.

Usaha baikpulih yang dijalankan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menelan belanja RM1 juta itu memberi keselesaan kepada 230 murid sekolah yang beroperasi sejak 1948.


Senyuman terukir di wajah Guru Besar, D Subramaniam, ketika menceritakan wajah baru sekolah yang memberi kesan besar kepada semangat murid, guru dan ibu bapa.

"Pembinaan dua bangunan baru memberi keselesaan dan kemudahan kepada murid kerana lebih selamat berbanding bangunan diperbuat daripada papan yang kini dijadikan bilik kaunseling, pemulihan dan sumber manusia serta bilik Bahasa Inggeris Khas Self Access Learning (SAL)," katanya.


Nama sekolah berkenaan semakin harum apabila menjadi satu-satunya sekolah terbaik antara 10 sekolah jenis kebangsaan (T) dalam daerah Baling, Kedah berikutan pencapaian dalam akademik dan ko-kurikulum yang membanggakan.


Sekolah paling tua di daerah berkenaan dibina di atas tanah berkeluasan 5.3 hektar untuk memenuhi keperluan pendidikan kepada anak pekerja ladang terutama getah dan sawit.

Banyak sejarah dicatatkan sekolah itu kerana ia adalah satu-satunya sekolah Tamil yang mempunyai bilangan murid paling ramai sejak ditubuhkan hingga sekarang berbanding sekolah Tamil yang lain iaitu kurang 50 murid.


Subramaniam berkata, sekolah terbabit melahirkan ramai cendiakawan termasuk bekas Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Paul Mony selain doktor, peguam dan ahli perniagaan berjaya.

Beliau berkata, terbaru calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M L Maran juga adalah bekas pelajar sekolah berkenaan.


"Kita juga berasa bangga apabila murid mampu mencapai kelulusan 100 peratus dalam subjek seperti Bahasa Inggeris, matematik, sains dan Bahasa Melayu (Pemahaman) pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi mereka hanya mencapai 60 peratus bagi Bahasa Melayu (Penulisan).


"Malah, terdapat antara seorang hingga dua murid berjaya memperolehi keputusan 7A pada setiap tahun sejak 2005 lalu, tetapi pencapaian mereka semakin baik apabila lima murid mencatat keputusan cemerlang 7A tahun lalu.


"Ini membuktikan pencapaian murid sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, dua bekas murid yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Ketil berjaya mencapai keputusan 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu," katanya.


Menurutnya, 112 murid murid yang belajar di sekolah itu menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kerana hidup miskin kerana ibu bapa bekerja di ladang.


"Selain itu, empat orang murid menerima bantuan melalui e-kasih kerana kehidupan keluarga mereka berada di bawah paras kemiskinan," katanya.


Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Murali Raj, 36, berkata sokongan kerajaan dan ibu bapa menjadikan sekolah berkenaan terpilih sebagai sekolah cemerlang termasuk dalam akademik dan sukan.


Menurutnya, keprihatinan kerajaan tanpa meminggirkan bantuan kepada sekolah Tamil membuktikan arus kemajuan bergerak seiring dengan kemajuan negara bagi memastikan anak berketurunan India tidak ketinggalan dalam pelajaran," katanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, September tahun lalu ketika membentangkan Bajet 2013 mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk penambahbaikan prasarana sekolah.


Sebanyak RM900 juta disalurkan kepada sekolah di bawah KPM manakala RM100 juta untuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


Sekolah yang terbabit dalam bantuan berkenaan termasuk sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah berasrama penuh.


Ia bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa kepada murid dan guru.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat