Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT KEBANYAKAN wanita memang tidak kisah mempunyai banyak koleksi beg tangan dan kasut. Ibarat teman baik wanita, aksesori ini sentiasa mendampingi wanita. Gaya lebih terserlah dengan pilihan aksesori yang dengan rekaan yang moden ini. Masing-masing akan menggayakan aksesori berbeza ketika ke pejabat, bersantai atau majlis rasmi. Namun, anda tidak akan ketandusan idea untuk bergaya kerana setiap musim fesyen ini akan hadir dengan koleksi rekaan baru. Justeru, tidak hairanlah jika kebanyakan jenama fesyen yang berada di pasaran sentiasa cuba memberikan kepuasan kepada pencinta fesyen dengan menampilkan ciri-ciri dan gaya rekaan yang memikat. Dengan himpunan kasual atau formal, Alfio Raldo misalnya menampilkan rekaan dengan material berkualiti. Rekaan jenama ini turut memberikan kebebasan untuk bergaya mengikut keselesaan dan majlis. Bagi mereka yang inginkan sentuhan sederhana, koleksi ini mampu mengujakan penampilan anda. Himpunan eksklusif Alfio Raldo memberikan kejutan kerana rekaan gaya yang moden dan terkini. Tahun 2013 disajikan dengan fesyen terkini yang lebih menarik dengan warna-warna terang yang ceria. Dengan fesyen terbaru warna ceria ini, si pemakai tidak perlu lagi membuat suai padan warna baju untuk kasut dan tas tangan. Jahitan dan hiasan beg tangan tampil sofistikated seperti butang emas. Kasut atau sandal yang kelihatan klasik masih mampu memberi kelainan pada gaya. Untuk padanan yang sempurna, rekaan itu juga datang dilengkapi kasut dan beg yang sedondon. Pesona warna terang termasuk merah, biru, kuning atau hijau manakala warna pastel yang dipadan dengan warna terang sesuai untuk semua peringkat umur. Rekaan dari Itali, Taiwan dan Hong Kong ini turut menyerlahkan gaya klasik dan matang. Gaya kontemporari ini juga menampilkan konsep glamor dan moden. Dengan penyelidikan, Alfio Raldo menampilkan koleksi dengan harga yang berpatutan. Selain terdapat cawangan utama yang terletak di Pusat Perindustrian Sg Chua, Kajang, Selangor, orang ramai boleh melayari www.alfioraldo.my. |
Wani popularkan kosmetik halal Posted: 27 Apr 2013 12:51 PM PDT Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH kaunter FCC yang terletak di Parkson, Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan. PERTAMA kali bertemu dengan usahawan kosmetik, Ili Zawani Ismail, penulis berasa kagum dengan pencapaiannya dalam usia yang muda. Ili Zawani yang mesra disapa sebagai Wani mampu berbangga apabila berpeluang menjadi Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn. Bhd sejak berusia 19 tahun lagi. Wani, 27 bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan. Segalanya bermula ketika Wani sedang menduduki tahun akhir jurusan perakaunan, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Kolej Universiti Sunway. "Bapa memerlukan seseorang yang dipercayai untuk menguruskan syarikat yang baru dibuka dan beliau meletakkan tanggungjawab tersebut pada saya. Pada mulanya, saya rasa tertekan kerana tidak yakin dengan kemampuan diri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dan juga ilmu dalam perniagaan. Apatah lagi tanggungjawab yang besar ini digalas pada tahun akhir pembelajaran saya. Tapi kata-kata semangat dan nasihat daripada orang sekeliling yang sudah berpengalaman memberi motivasi dan kekuatan pada saya untuk mengambil cabaran ini dan buktikan bahawa saya mampu menjalankannya dengan baik," ujarnya. Baginya, walau dalam apa keadaan ekonomi sekalipun, wanita masih memerlukan barangan kosmetik bagi penjagaan diri sepanjang masa. "Saya melihat kosmetik halal sudah menjadi pilihan utama di kalangan masyarakat khususnya yang beragama Islam. Saya sangat teruja apabila produk antarabangsa yang berkualiti tinggi tapi ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan seperti kosmetik halal dari Istanbul, Turki, Farmasi Colour Cosmetics (FCC) diterima di Malaysia," katanya. "Sebagai ketua, saya perlu menggunakan pendekatan yang berlainan kepada setiap pekerja supaya mereka berkeyakinan diri dan menonjolkan kelebihan masing-masing dalam pekerjaan yang dilakukan sekali gus memberi keputusan yang cemerlang dalam kerja dan Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pasukan yang saya ada sekarang," ujarnya. Walaupun wujudnya persaingan dalam perniagaan, Wani menganggap ia lumrah dalam perniagaan. Bagi Wani, situasi ini memberi saingan yang sihat kerana syarikat yang sedang berkembang seperti kami akan belajar untuk memperbaiki diri dari pelbagai aspek dan maju setapak lagi ke hadapan. Walau bagaimanapun, masa Wani untuk keluarga tetap ada cumanya dari segi kuantiti tak banyak, tapi berkualiti. "Pada hujung minggu jika tidak ada kerja, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah untuk berehat setelah seminggu penat bekerja. Selain itu, saya juga sering membantu ibu dan bapa dengan aktiviti sukarela di Madrasah Tazkiyah yang terletak di USJ 1, Subang Jaya, Selangor," katanya. Jika terdapat kelapangan waktu yang lebih panjang, Wani suka melancong ke luar negara untuk menambah pengalaman dan meluaskan pandangan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |