{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Arena

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Arena


Usah pandang remeh!

Posted: 29 Apr 2013 02:14 PM PDT

Bertemu dengan pasukan lawan yang sudah tersingkir awal, Tampines Rovers bukan bermakna ia laluan mudah buat Selangor mencipta kemenangan dalam perlawanan yang cukup penting bagi menentukan nasib mereka untuk mara ke pusingan kedua Piala AFC 2013.

Situasi itu diakui sendiri jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang mahu anak buahnya memberikan aksi terbaik jika mahu mengutip tiga mata penuh dalam aksi terakhir Kumpulan D menentang kelab Singapura itu di Stadium Jalan Besar malam ini.


Skuad Gergasi Merah itu yang menduduki tangga ketiga kumpulan dengan mengumpul lima mata perlu menang ke atas Tampines sambil mengharapkan pasukan di tangga kedua Xuan Thanh Sai Gon tumpas kepada East Bengal bagi menempah tiket ke pusingan seterusnya.

Biarpun dihimpit dengan jadual padat di peringkat domestik dan antarabangsa, Irfan tetap yakin pemain-pemain akan turun dengan penuh semangat seperti yang dipamerkan ketika mengikat pendahulu Liga Super, LionsXII 0-0 Sabtu lalu.


"Kami sudah beraksi dalam 10 perlawanan bulan ini. Kami mencuba untuk merancang sebaik mungkin bagi mengharungi perlawanan di peringkat domestik dan Piala AFC kerana kami kekurangan pemain berkualiti.


"Tapi kami tetap akan mencuba yang terbaik dalam setiap perlawanan seperti yang kami lakukan ketika menentang LionsXII dalam liga," katanya.

Sementara itu rakan sejawatnya di Tampines, Nenad Bacina memberikan amaran kemenangan ke atas Selangor tetap menjadi buruan meskipun ia tidak akan mengubah kedudukan mereka di tangga tercorot kumpulan.


"Kami tahu nasib kami dalam Piala AFC tetapi ini bukan bermakna kami akan menggunakan perlawanan ini untuk suka-suka. Kami beraksi di laman sendiri dan semestinya akan cuba mengutip tiga mata penuh agar kami dapat menamatkan musim sekurang-kurangnya dengan satu kemenangan," kata Nenad yang menyaksikan anak buahnya mengikat Selangor 3-3 pada pertembungan di Stadium Shah Alam bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30

Bale pemain terbaik

Posted: 29 Apr 2013 09:59 AM PDT

Pemain sayap Tottenham Hotspur Gareth Bale muncul pemain ketiga dinobat sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) dan Pemain Muda Terbaik pada musim sama, semalam.

Pemain antarabangsa Wales berusia 23 tahun itu yang turut memenangi anugerah sama pada 2011, sudah menjaringkan 19 gol pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, di belakang penyerang Manchester United Robin van Persie yang mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 25 gol serta pemain kontroversi Liverpool Luis Suarez (23 gol).


"Satu penghormatan yang amat bermakna. Menerima sokongan daripada rakan adalah satu perkara yang amat saya hargai. Amat bertuah dapat memenangi anugerah ini sekali lagi," katanya.

"Apabila anda melihat kepada senarai pencalonan, banyak nama yang hebat tapi saya tidak dapat memenangi anugerah ini tanpa bantuan rakan sepasukan. Mereka amat hebat, begitu juga dengan pengurus," katanya.


Kepantasan, ketajaman dan penyudah sempurna menyaksikannya sekali lagi terpilih memenangi anugerah itu, malah kemampuannya beraksi di bahagian sayap kiri ke bahagian tengah membantu Spurs yang menduduki tangga kelima liga mencuri ruang untuk meraih tiket ke saingan Liga Juara-Juara.


Bale hadir sendiri untuk menerima anugerah itu, menewaskan Suarez di tempat kedua, pemenang musim lalu Van Persie dan rakan sepasukan di Manchester United Michael Carrick serta gandingan Chelsea Eden Hazard dan Juan Mata.

Bale menyertai Cristiano Ronaldo, Thierry Henry, Alan Shearer dan Mark Hughes yang meraih anugerah itu sebanyak dua kali. Ronaldo (2007) serta Andy Gray (1977) masing-masing pernah memenangi dua anugerah pada tahun sama.


Penyerang utama Spurs itu muncul antara pemain yang paling digeruni pada saingan liga dan Liga Europa dengan pengurus Andre Villas-Boas pernah berkata, sepakan percuma yang diambil sensasi Wales itu hampir menyamai kualiti Ronaldo.

Spurs mungkin bakal menerima habuan lumayan sekiranya terpaksa melepaskan pemain itu terutama jika gagal meraih tempat ke Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat