{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


KR1M dapat sambutan rakyat

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

Oleh SAPEE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my

AHMAD Said (kiri) meneliti produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Taman Permai Jaya, Kemaman, Terengganu, kelmarin. - BERNAMA

KEMAMAN 28 April - Pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Taman Permai Jaya dekat sini membuktikan kerajaan sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan apa yang dianggap baik bagi membela nasib dan memenuhi keperluan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kewujudan KR1M yang disasarkan sekurang-kurangnya satu bagi setiap Parlimen ternyata mendapat sambutan orang ramai kerana mereka mendapat barangan keperluan dengan harga lebih rendah.

"Kita mahu semua rakyat menikmati kemudahan yang kita sediakan ini kerana di KR1M barangan yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran, sekali gus dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan," katanya selepas perasmian KR1M Taman Permai Jaya di sini semalam.

KR1M Taman Permai Jaya merupakan kedai rakyat ketiga secara rasmi dibuka selepas KR1M pertama di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu diikuti di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai, Dungun.

Ahmad Said berkata, KR1M merupakan bukti keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, sekali gus memberikan keselesaan kepada mereka.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, kerajaan juga bercadang menambah dua buah lagi KR1M di negeri itu pada tahun ini dalam memberikan kemudahan kepada masyarakat.

"Dalam tahun ini, dua buah lagi akan diwujudkan iaitu di Marang dan Kuala Nerus. Kita harap semua Parlimen selepas ini akan mempunyai KR1M, malah kemungkinan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

"Pembukaan akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan secara berperingkat sehingga semua kawasan Parlimen mempunyai sekurang-kurangnya sebuah KRIM," katanya.

Menurut beliau, barang-barang yang dibekalkan setanding dengan di pasar raya dan kerajaan tidak berkompromi terhadap keselamatan dan kualiti produk dijual.

RM500,000 disalur baiki pasar Jelawat

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

BACHOK 28 April - Kira-kira 1,000 peniaga kecil di pekan Jelawat dekat sini bersyukur kerana dapat menjalankan perniagaan dengan lebih selesa berikutan bantuan sebanyak RM500,000 yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk membaik pulih kemudahan asas di pasar berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sebelum ini peniaga terbabit terpaksa menghadapi pelbagai masalah termasuk lantai pasar rosak dan atap pula bocor.

Apabila hujan lantai di pasar turut becak dan ada peniaga kerugian apabila barangan jualan rosak terkena air hujan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ramah mesra ke pasar berkenaan di sini hari ini.

Awang Adek yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bachok berkata, peruntukan berkenaan diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melakukan lawatan ke pekan berkenaan dalam siri lawatan ke Kelantan sebelum ini.

Beliau berkata, kerja membaik pulih pasar berkenaan diuruskan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri dan secara rasminya siap sepenuhnya semalam.

Menurutnya, pekan berkenaan adalah nadi ekonomi penduduk Bachok dan semakin menjadi tumpuan ramai berikutan kewujudan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST).

Kemenangan BN di Kelantan dan Bachok pastinya akan membantu memesatkan lagi usaha untuk memajukan pekan Jelawat sebagai kawasan pertumbuhan baharu pusat perniagaan yang produktif," katanya.

Awang Adek berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membangunkan daerah ini termasuk pekan Jelawat berikutan kegagalan kerajaan Pas negeri melakukan perubahan di sini.

Projek pembangunan pasar ini yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat adalah fasa pertama dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik supaya keadaan di sini bertambah ceria sesuai dengan slogan Bachok Baharu Bachok Maju sekiranya menang pada 5 Mei ini," katanya.

RM211 juta bantu 21,860 peniaga

Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT

KOTA BHARU 28 April - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyediakan peruntukan sebanyak RM211 juta bagi membantu kira-kira 12,860 peniaga kecil di negeri ini untuk meningkatkan perniagaan masing-masing.

Pengurus TEKUN negeri, Che Othman Che Will berkata, peruntukan ini telah diberikan kepada peniaga yang memerlukan modal untuk berniaga tanpa memerlukan sebarang cagaran atau jaminan sejak tahun 2008 hingga sekarang.

Menurut beliau, peminjam ini adalah mereka yang terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk peniaga kedai runcit, bengkel membaiki motor, kedai makan, kedai gunting rambut, pasar malam dan pasar tani.

"Dengan adanya pinjaman ini, rakyat akan lebih mudah menjana pendapatan kerana mereka hanya perlu mempunyai kedai atau tapak perniagaan serta lesen berniaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis Himpunan Komuniti Usahawan TEKUN Nasional Parlimen Pengkalan Chepa di sini semalam.

Pada majlis tersebut, sebanyak 16 peminjam menerima bantuan kewangan yang melibatkan hampir RM120,000 daripada TEKUN Nasional.

Tambah Che Othman, untuk tahun ini sahaja, TEKUN Nasional memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk seluruh negara bagi membantu peniaga menambah modal perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka.

"Negeri ini adalah antara tiga negeri teratas yang konsisten dalam pembayaran balik pinjaman, sekali gus memberikan peluang kepada mereka untuk meminjam semula pada masa depan," katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Siti Nafisah Musa, 51, berkata, pinjaman TEKUN Nasional itu merupakan satu program yang amat baik kerana mudah serta tidak memerlukan syarat yang ketat seperti dikenakan oleh institusi kewangan.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana memberikan peluang kepada golongan yang memerlukan seperti kami untuk memulakan perniagaan," katanya yang sudah tujuh tahun berniaga.

Seorang lagi penerima, Rosliza Ibrahim, 41, berkata, dia gembira kerana inilah kali pertama mendapat cek pinjaman daripada TEKUN Nasional yang akan membantunya untuk memajukan perniagaan serta menambah pendapatan keluarga.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat