Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Advertorial: Terbongkarnya Kejahatan Posted: 28 Apr 2013 12:03 PM PDT Saat diumumkan francais 'Star Trek' akan dilanjutkan dengan filem ke-12nya, teka-teki terus bermula untuk watak antagonis yang bakal bertarung kebijaksanaan dengan Kapten James T. Kirk dan krew Enterprise dalam 'Star Trek Into Darkness'. Awalnya, ramai peminat meneka barangkali pengarah J.J Abrams akan memperkenalkan salah seorang penjahat kesayangan Star Trek iaitu Khan Noonien Singh. Diperkenalkan dalam episod 'Space Seed' (1967) dalam musim pertama siri televisyen 'Star Trek: The Original Series', watak tersebut diperkembangkan dalam filem 'Star Trek II: The Wrath of Khan' (1982). Watak Khan Noonien Singh dilakonkan arwah Ricardo Montalban. Laporan awal media mengatakan pelakon Benicio del Toro telah ditawarkan watak penjahat itu malah pernah bertemu Abrams untuk berbincang. Namun dia kemudiannya menarik diri. Pelakon kelahiran Mexico, Demian Bichir juga pernah dikaitkan dengan watak Khan. Akhirnya, watak itu jatuh kepada Benedict Cumberbatch. Tetapi bukan sebagai Khan, sebaliknya satu watak baru telah dicipta iaitu pengganas misteri John Harrison. Cumberbatch bukanlah nama baru dalam industri. Antara karya-karya lakonannya termasuk filem 'War Horse', 'Atonement' dan 'The Hobbit'. Tetapi ramai hanya mula memberi perhatian kepada pelakon Inggeris ini melalui drama 'Sherlock', di mana dia menghidupkan kembali watak ternama rekaan Sir Arthur Conan Doyle, penyiasat terulung Sherlock Holmes.
Di kalangan teman-teman pelakon 'Star Trek Into Darkness', babak-babak emosi antara Pine dan yang paling di nantikan mereka. Malah Pine sendiri merasakan Cumberbatch berjaya mencipta detik-detik istimewa yang akan termaktub di dalam sejarah Star Trek. "Pembawaan wataknya begitu tepat dan terperinci. Sebagai seorang peminat dan pelakon saya kagum melihatnya. Persembahannya menyeramkan dan menakutkan. Dia telah mencipta detik-detik istimewa yang akan terus diperkatakan di kalangan peminat Star Trek sampai bila-bila." Tarikh Tayangan Di pawagam 16 May 2013 (3D) VIDEO: |
Posted: 28 Apr 2013 08:48 AM PDT Selepas dua tahun menyepi, pelakon Siti Elizad nampaknya sudah bersedia untuk membuat 'comeback', sekali gus kembali merancakkan persada hiburan tanah air. Jika sebelum ini, pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohd Sharifudin atau lebih mesra disapa Ejad hanya berani menerima watak pembantu dan penampilan khas dalam drama kerana masalah kesihatan, kini tidak lagi. Antaranya watak pembantu dalam drama bersiri Opah generasi baru untuk RTM, penampilan khas dalam filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham terbitan Excellent Pictures dan drama bersiri Lelaki Yang Dicintai. Malah, Ejad, 28, mengakui dia sudah bersedia dari segi mental mahupun fizikal untuk menyahut cabaran beraksi sebagai watak utama dalam drama mahupun filem. Sebelum ini, Ejad berehat panjang kerana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan 'cyst' pada November tahun lalu. "Alhamdulillah, saya sudah sihat sepenuhnya untuk kembali ke lokasi penggambaran. Terus terang, bidang seni sudah sebati dalam diri sejak dulu. Saya juga tidak terfikir untuk bersara daripada bidang lakonan ketika ini. Tawaran berlakon masih ada dan saya juga tidak mampu menolak tawaran yang datang kerana ia rezeki daripada Allah. "Justeru, selepas berehat panjang kerana masalah kesihatan sebelum ini, saya percaya sudah sampai masanya saya kembali berlakon dan mengubat rindu pada bidang lakonan. "Malah, saya juga ingin beritahu kepada produser dan pengarah drama mahupun filem di luar sana, saya sudah bersedia untuk berlakon kerana masih ada orang yang fikir saya masih belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan sebelum ini," katanya. Bagaimanapun, kata Ejad, dia juga masih dalam proses menurunkan berat badannya yang naik mendadak kerana menjalani rawatan susulan dan pengambilan pil hormon selepas pembedahan berkenaan. "Saya juga perlu menjaga aspek pemakanan dan mengawal diet kerana tidak mahu nampak berisi depan kamera. Pada masa sama, saya juga ingin menurunkan berat badan sebanyak tiga hingga empat kilogram lagi dalam misi untuk buat 'comeback' dalam bidang hiburan tanah air," katanya. Pada sesi fotografi bersama RAP yang berlangsung di Studio Balai Berita, baru-baru ini, Ejad tampil jelita dengan rambut pendek separas bahu yang turut menyerlahkan lagi penampilannya. Wajahnya nampak cukup berseri-seri dengan sentuhan solekan daripada kakak iparnya sendiri yang juga jurusolek artis terkenal, Lisa Amri yang sudah berkecimpung sekian lama dalam bidang persolekan. Selain solekan, Lisa juga mengubah penampilan Ejad dengan mengenakan aksesori jenamanya sendiri, rzlisajewelry khusus untuk sesi fotografi petang itu. "Walaupun ada ramai jurusolek artis di luar sana, saya tetap selesa dengan sentuhan Lisa sejak dulu. Walaupun dia kakak ipar, saya juga perlu membuat temu janji dengan Kak Lisa untuk mana-mana sesi fotografi kerana jadualnya juga padat selaku jurusolek untuk produksi. "Pada pandangan saya, sentuhan Kak Lisa memang mengikut 'trend' solekan terkini kerana dia juga berpengalaman luas dalam bidang persolekan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |