Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Livina X-Gear kecil tetapi luas Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT Oleh FADZIL ZAINOL Nissan Livina X-Gear tampak cantik dan bergaya untuk sebuah kenderaan lasak. KALAU anda sering mengangkut barang yang banyak menggunakan kereta, termasuk ketika membeli-belah atau berpindah rumah, penulis mencadangkan model Nissan Livina X-Gear. Walaupun kenderaan pelbagai guna (MPV) ini bukanlah model terbaharu di dalam pasaran (sudah dua tahun dipasarkan di Malaysia), namun penulis merasakan Livina X-Gear masih menepati keperluan dan gaya hidup masyarakat Malaysia. Kelebihan utama model ini adalah ruang butnya yang besar, keselesaan ruang dalaman, dan pada masa sama sesuai untuk kegunaan yang lasak. Bagaimanapun, penulis yang telah menguji pandu MPV ini, mendapati ciri-ciri dalamannya agak asas dan tidaklah begitu istimewa seperti kereta-kereta keluaran terkini. Kawalan penghawa dinginnya masih lagi manual, teknologi audio tampak biasa dan tiada but kawalan di stereng. Kereta ini mungkin tidak sesuai kepada golongan muda yang gilakan gajet-gajet terkini. Kepada pemandu dan penumpangnya, walaupun mereka mungkin tidak menikmati kelebihan tersebut, namun unsur ergonomiknya agak sempurna. Bukaan pintu yang luas dan rendah memudahkan masuk keluar penumpang atau barang-barang, keselesaan ruang kaki dan permukaan cermin yang luas yang membolehkan pandangan ke luar yang selesa. Namun reka bentuk luarnya juga nampak garang dengan disertakan penahan objek di atas bumbungnya dan juga gril berkrum di bahagian hadapan kereta. Selain itu, di bahagian bawah pintu kereta dan tayar dilengkapi dengan pelindung berplastik yang mengurangkan risiko bercalar jika bukaan pintu terkena objek luar. Daripada segi pemanduan, kawalannya agak licin meskipun nampak berat atau sesudah dimuatkan barang dengan penuh. Batang rangkanya yang tidak terlalu tebal memudahkan pemandu mengesan kehadiran kereta di sudut sukar. Hal itu turut dibantu dengan permukaan cermin yang luas. Tetapi MPV ini nampaknya seperti kurang sesuai dipandu di atas jalan yang tidak bertar (off-road). Serapan hentakan pada jalan lubang kurang dirasai. Tetapi, kestabilannya ketika mengambil selekoh masih baik. Kadar penggunaan bahan apinya (Ron95) adalah sederhana dengan muatan penuh tangkinya 52 liter atau RM100 jika diisi penuh. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh melalui lebuh raya , menghabiskan kira-kira satu perempat meter penunjuk baki minyak. Kereta ini didatangkan dengan lima jenis warna iaitu putih, perak, jingga, hitam dan kelabu. Beberapa ciri keselamatan atau teknologi yang disertakan stereng berkuasa elektrik, beg udara, lampu kabus. Mereka yang berminat dengan kereta saiz kecil tetapi inginkan but luas, ruang dalaman serta bukaan pintu yang selesa, Livina X-Gear mungkin pilihan yang praktikal. |
Tan Chong anjur '4x4 adventure' Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT KUALA LUMPUR 28 April - Edaran Tan Chong Motor akan menganjurkan acara 'adventure 4x4' yang diberi nama 'The Nissan Jurassix Park 2013' di Miri, Sarawak dari 24 hingga 26 Mei untuk mempamerkan kemampuan barisan model 4x4 Nissan. Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong, Datuk David Chen berkata, acara itu terbuka kepada orang ramai dan pemilik Nissan Navara, Frontier dan X-Trail di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata, semasa acara utama, pemilik Nissan akan diberikan peluang untuk memahami kemampuan dan ciri-ciri trak 4x4. Peserta-peserta yang berminat boleh mengunjungi Facebook Nissan Malaysia atau laman web bagi maklumat lanjut. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |