Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Terap budaya integriti dalam P&P Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT Oleh Norizan Abdul Muhid Datuk Sufa'at Tumin (tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2013 antara Instiitut Pendidikan Guru di Auditorium Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Guru disaran membudayakan elemen integriti dan etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai satu usaha membina serta memelihara generasi masa depan yang berpekerti mulia. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis. ''Dalam Institut Pendidikan Guru (IPG), pembudayaan menuntut pemimpin bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain pula menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. "Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini. Yang turut hadir Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr. Lee Boon Hua dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh. Pertandingan yang bertemakan 'Integriti Asas Kelangsungan Generasi' itu kali keempat diadakan dan disertai 50 bakal guru mewakili 25 IPG. Menurut Boon Hua, guru berperanan besar dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi Malaysia yang mengamalkan integriti dalam menjalankan tugas sama ada sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. "Guru berperanan menerapkan nilai murni yang berkaitan integriti supaya budaya yang mulia ini tersemai dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi." tegasnya. Malah, katanya, sebagai role model kepada murid-murid dan masyarakat, sudah tentu guru-guru perlu menunjukkan nilai integriti yang tinggi untuk dicontohi. ''Sebagai bakal pendidik, pengetahuan tentang integriti ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai salah satu cabang ilmu yang merentas kurikulum," tambahnya. Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh penuntut IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Hulu Terengganu, Muhammad Iqbal Zahamuddin manakala naib juara pula menjadi milik Ronald James dari IPG Keningau dan Syafiq A.Ghani dari IPG Perlis menduduki tempat ketiga. Sementara itu, Muhammad Iqbal ketika ditemui berkata, usahanya menyertai pertandingan itu buat kali ketiga tahun ini akhirnya membuahkan hasil. "Walaupun pernah dua kali gagal, saya menjadikannya sebagai pendorong untuk membaiki kelemahan. "Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat persediaan menyertai pertandingan ini,'' kata pemuda kelahiran Pahang itu. Kemenangan itu melayakkan Muhammad Iqbal membawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan. Pemenang tempat kedua menerima RM2,000 manakala tempat ketiga pula menerima RM1,000. |
Posted: 28 Apr 2013 12:59 PM PDT peserta pertandingan 'cubic-rubic' bersiap sedia untuk memulakan pertandingan sempena Karisma 2013 di SMK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu baru-baru ini. KEMAHIRAN berfikir merupakan salah satu elemen yang perlu dikuasai oleh muridseperti mana digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Melalui kemahiran ini, murid dapat menguasai pelbagai kemahiran supaya mereka berjaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan dapat berfikir secara kreatif di luar konteks akademik. Selaras dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Kemaman, Terengganu baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kokurikulum (Karisma) 2013. Karnival yang berlangsung selama empat hari itu bukan sahaja membuka peluang kepada murid menonjolkan kemahiran dan potensi diri dalam bidang-bidang akademik malahan juga bidang kokurikulum. Pengetua sekolah itu, Roslina Zakaria berkata, sebanyak 76 acara dipertandingkan dengan melibatkan hampir semua murid sekolah berkenaan di sepanjang Karisma berlangsung. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah pertandingan robotik, bercerita, tulis esei, pidato, kaligrafi, gubah bunga, hias pizza, koir, nyanyian, sukan, pasukan beruniform dan lain-lain. Katanya, selain penglibatan hampir semua murid dan guru SMKSI, karnival itu juga menarik minat ibu bapa dan masyarakat di sekitarnya melalui pelbagai pameran yang diadakan, program pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. "Melalui program seperti ini, kita berharap dapat mencungkil potensi murid dalam pelbagai bidang dan kemahiran melalui aktiviti yang diadakan sekali gus meningkatkan daya kreativiti dan inovatif mereka," katanya. Menurut beliau, Karisma yang telah diadakan kembali selepas tiga tahun tidak dapat dilaksanakan itu merupakan usaha bersepadu untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat toleransi yang tinggi. Katanya, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai latar belajar murid daripada pelbagai kaum, semangat toleransi ini perlu dipupuk di samping jati diri dan kemampuan bersaing secara sihat dalam mencapai impian masing-masing. "Apa yang penting Karisma ini mampu melahirkan murid yang cemerlang seimbang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |