{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Visa haji diperketat

Posted: 13 Jul 2013 03:51 PM PDT

Arab Saudi larang golongan tua, pesakit kronik elak penyebaran MERS-CoV

Riyadh: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan peraturan baru tidak mengeluarkan visa haji kepada golongan tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik tahun ini bagi mengelak penyebaran Sindrom Pernafasan Asia Barat - Virus Korona (MERS-CoV).

Menurut pengumuman Kementerian Kesihatan negara itu, peraturan itu akan berkuat kuasa pada musim haji tahun ini dan musim umrah berikutnya.
Kami juga mahu mendapatkan maklumat mengenai usia warga emas yang tidak diberikan visa kerana mengikut takrifan Tabung Haji golongan terbabit adalah dalam kalangan mereka berusia 75 tahun ke atas," Anis Zuhani Ahmad, Pengurus Besar Hal-Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji

Bagaimanapun jurucakap kementerian, Khalid Al-Mirghalani tidak menetapkan had umur namun berkata, golongan tua yang lemah dan tidak sihat dari segi perubatan tidak akan dipertimbangkan mendapat visa.

Beliau memberitahu Arab News, Kedutaan Arab Saudi di luar negara akan mematuhi arahan tegas kementerian yang dihantarnya menerusi Kementerian Luar itu.

Di Kuala Lumpur; Pengurus Besar Hal-Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Anis Zuhani Ahmad, berkata sehingga kini pihaknya belum menerima surat daripada Kerajaan Arab Saudi mengenai arahan terbaru itu.

"Kami juga mahu mendapatkan maklumat mengenai usia warga emas yang tidak diberikan visa kerana mengikut takrifan Tabung Haji golongan terbabit adalah dalam kalangan mereka berusia 75 tahun ke atas," katanya.
Selain itu, Arab Saudi juga tidak akan mengeluarkan visa haji dan umrah kepada mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, jantung dan buah pinggang.

"Jemaah lain dikecualikan adalah pesakit kecacatan imun, penyakit serius, wanita hamil dan kanak-kanak," kata jurucakap itu.

Virus baru korona itu menjangkiti 66 orang, termasuk 38 kematian sejak September tahun lalu di negara pentadbiran diraja itu.

Kementerian Kesihatan negara itu katanya, mengambil semua langkah pencegahan bagi memerangi penyebaran penyakit itu dengan bantuan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa termasuk pihak berkuasa daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebagai tambahan kepada syarat itu, katanya kementerian menggariskan peraturan kuarantin di negara ini.

Ia termasuk sijil sah vaksinasi meningitis, 10 hari sebelum jemaah berangkat ke bandar suci Makkah dan Madinah serta vaksinasi polio oleh jemaah dari negara di mana penyakit itu berleluasa.

Ada juga syarat pilihan vaksin ke atas influenza sebagai langkah berjaga-jaga ke atas serangan selesema, tambahnya.

Katanya, kementerian menegaskan jemaah supaya menjaga kebersihan diri dengan betul. Mereka juga perlu memastikan masakan bersih, simpanan, pengangkutan dan kaedah hidangan bagi mengelak cirit-birit, muntah, keracunan makanan, disentri, demam kepialu dan taun. - AGENSI

Bina 72 unit pangsapuri

Posted: 13 Jul 2013 03:45 PM PDT

Ringan beban penduduk, atasi masalah air pasang besar

Jertih: Penduduk yang menghadapi masalah air pasang besar setiap kali musim tengkujuh di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut akan ditempatkan di pangsapuri empat tingkat yang dibina kerajaan berharga RM10.3 juta.

Peletakan batu asas projek pembinaan 72 unit pangsapuri di tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out Tok Saboh di sini disempurnakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu saja." Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembinaan pangsapuri tiga bilik seluas 66.8 meter persegi itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik sebagaimana yang didakwa parti politik tertentu.

Beliau berkata, apa yang dilaksanakan itu adalah dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada pada peringkat Persekutuan atau negeri, selaras syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memiliki kehidupan lebih baik.

"Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu saja.

Penuhi tuntutan
"Pilihan ini tidak boleh diabaikan kerana setiap rakyat mahu merasa lebih selamat dan selesa, jadi tugas kerajaan ialah terus penuhi tuntutan itu," katanya.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Muhyiddin berkata, oleh sebab kerajaan negeri memiliki sumber kewangan kukuh, rumah berkenaan dicadangkan diberikan secara percuma kepada rakyat miskin dan miskin tegar.

Katanya, pemberian secara percuma itu adalah durian runtuh untuk anggota masyarakat miskin dan miskin tegar di Kuala Besut dan mereka harus bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada BN yang bermurah hati memelihara kebajikan rakyat.

"Saya hendak cabar PAS menyatakan apa yang kita buat untuk membantu orang susah ini sebagai tidak Islam. Perumahan yang kita buat adalah kerja amal yang dituntut Islam.

"Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan institusi memelihara syiar Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi menyerlahkan rasa terima kasih kepada kerajaan BN dengan memberi sokongan padu kepada Tengku Zaihan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat