{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Cukai jualan rumah naik

Posted: 15 Jul 2013 04:39 PM PDT

Saya amat tertarik dengan isu ini.

Saya tidak nampak sebarang kenaikan cukai jualan rumah hatta sebanyak 200% ataupun diwujudkan cukai-cukai lain akan menangani isu kenaikan dan spekulasi harga rumah.

Kerajaan melalui jabatan2 atau agensi2 yang berkaitan perlu faham masalah dan punca sebenar isu ini.

Cukai jualan adalah isu hasil kerajaan. Katakanlah cukai tersebut dinaikkan kepada 30% apa kesannya kepada penjual? Tidak ada langsung. Penjual akan menaikkan harga rumah tersebut lebih 30%, mungkin 50% sebelum menjualnya. Saya bagi kira2 mudah.

Contoh pengiraan; harga cadangan asal jualan (harga yang telah mengambilkira kos2 berkaitan dan keuntungan penjual) ialah RM100k. Penjual (sifatnya semua tahu-mahu untung) akan menaikkan (mark up) sebanyak 50% menjadi RM150k. Penjual akan menjual dengan harga jualan sebenar RM150k. Kemudian kerajaan mengenakan cukai jualan 30% daripada harga jualan RM150k iaitu RM45k. Maka RM150k-RM45k akan menjadi RM105k.

Dalam contoh diatas kesimpulannya dapat dipecahkan kepada tiga pihak berkaitan:
1. Kerajaan akan akan mendapat tambahan hasil sebanyak RM15k daripada sepatutnya RM30k kepada RM45k.
2. Penjual akan mendapat tambahan keuntungan jualan sebanyak RM5k daripada yang sepatutnya dia dapat.
3. Pembeli akan menanggung beban tambahan sebanyak RM50k daripada harga asal RM100k kepada RM150k.

Dalam contoh di atas, pihak manakah yang mendapat manfaat langsung di atas sebarang kenaikan cukai oleh kerajaan. Nampaknya pihak yang mendapat manfaat ialah pihak kerajaan dan Penjual sahaja. Penjual manakah yang akan menanggung cukai tersebut melainkan ianya diserap ke dalam harga sebelum jualan. Pihak Pembeli yang dijadikan golongan sasar berkepentingan di dalam isu ini akhirnya tetap menjadi mangsa malah lebih parah lagi.

Pihak kerajaan perlu lebih telus untuk membantu pembeli yang kurang berkemampuan. Saya tidak nampak dengan tindakan menaikkan sebarang cukai akan membantu golongan pembeli yang sederhana ini dalam apa jua keadaan.

Tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk betul2 membantu pembeli rumah ataupun tanah oleh kerajaan ialah mewujudkan satu sistem pangkalan data bersepadu antara pejabat tanah, LHDN, PBT dan mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan. Sistem ini harus menghadkan jumlah munasabah pemilikan aset rumah dan tanah oleh individu (bukan syarikat). Jadi sistem ini akan membatalkan urusan pemilikan aset yang melebihi jumlah yang dihadkan tadi dari awal lagi. Bagi individu yang telah lama memiliki aset melebihi had sebelum wujudnya sistem ini,maka kerajaan perlu menggunakan Akta Pengambilan Balik Tanah untuk melupuskan aset tersebut ke jumlah yang dihadkan oleh kerajaan.

Ini barulah dipanggil ketelusan membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki aset sendiri dan bukannya sepanjang hayat terpaksa menyewa. Tindakan ini akan mengelakkan spekulasi oleh individu kapitalis. Apa tujuan memiliki tanah atau rumah sehingga berpuluh2 unit atau beribu2 ekar sekiranya bukan berniat untuk mengaut keuntungan mudah di atas kemampuan golongan berpendapatan tinggi memiliki lebih dari keperluan? Ini bukanlah keperluan tetapi pembolotan dan perampasan hak orang lain secara bathil dan rakus aset oleh golongan bertaraf elit.

Inilah bentuk penindasan secara halus/ghaib yang kemudiannya dicanang sebagai isu nasional tanpa melihat isu akar.

Kerajaan perlu lebih telus di dalam sebarang tindakan supaya rakyat melihat keputusan kerajaan bukan sekadar bermanis mulut sahaja yang akhirnyanya rakyat sederhana jua yang menanggung akibat. Niat kerajaan bagus mahu menjaga kebajikan rakyat tetapi janganlah akhirnya rakyat bertambah derita.

Bonus Aidilfitri belum dibincang

Posted: 15 Jul 2013 04:35 PM PDT

Putrajaya: Kerajaan belum membincangkan mengenai bonus kakitangan awam sempena Aidilfitri bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus.

Berlandas pencapaian

"Itu kita belum bincang. Ini terpulang kepada kerajaan kerana selalunya bonus diberi pada hujung tahun. Kita berlandaskan kepada pencapaian kita.

"Ini baru setengah tahun. Jadi, terpulang kepada kerajaan," katanya selepas melancarkan Dasar Negara Bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan, di sini semalam.

Permintaan CUEPACS

Ali diminta mengulas permintaan CUEPACS supaya kerajaan memberi sekurang-kurangnya setengah bulan gaji sebelum Aidilfitri sebagai bonus kakitangan awam. CUEPACS sebelum ini turut meminta kerajaan mempertimbangkan bonus dua setengah bulan gaji tahun ini.
Berkuat kuasa 1 Julai lalu, semua kakitangan awam menerima satu KGT membabitkan kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.

Ali berkata, kerajaan perlu melihat sama ada isu bonus terlalu awal untuk dibincangkan kerana kerajaan sudah memperuntukkan RM2 bilion untuk KGT pada tahun ini.

"Selain itu, bulan ini kita menyemak semula enam skim (perkhidmatan awam) dan 81 lagi pada November. Ini membabitkan perbelanjaan dan semuanya adalah demi kepentingan kakitangan awam," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat