{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Perang nafsu makan

Posted: 18 Jul 2013 04:25 PM PDT

Laman sosial jadi medium pengguna kongsi juadah sahur, berbuka

Bagaikan pesta makanan. Situasi itulah antara yang boleh kita lihat dalam kebanyakan laman sosial pemilik akaun facebook (fb), instagram dan twitter yang memuat naik atau memuat turun gambar beraneka juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.

Jika sebelum puasa, pengguna tegar laman sosial itu lebih banyak memuat naik gambar wajah, aktiviti dan produk, kini pengguna instagram, umpamanya bertukar angin lebih cenderung mempamerkan aktiviti mereka sepanjang berbuka puasa dengan hidangan makanan yang dihias di dalam pinggang.
Kita sepatutnya mengambil gambar yang penting dan bermakna untuk diri kita, namun bagi segelintir orang, makanan menjadi perkara utama buat mereka sehingga menjadi obses." David Bouley, Tukang masak terkemuka New York

Keghairahan orang ramai tidak kira tua muda untuk memuat naik gambar menerusi Instagram terutama suri rumah memang mengasyikkan. Apatah lagi kebanyakan hidangan adalah hasil air tangan masing-masing walaupun ada tidak terkecuali menayangkan gambar makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Berkongsi resepi

Lebih menarik minat, ada yang menyertakan sama resipi makanan yang dihidangkan. Minat berkongsi-kongsi resipi ini dilihat begitu ketara dalam Instagram pada era moden ini.

Tidak kurang juga sempat mengambil gambar hidangan sahur masing-masing untuk memecahkan kesunyian hening pagi semata-mata untuk memperlihatkan aktiviti yang dilakukan, atau ketika sedang berbuka puasa di rumah, hotel atau restoran.
Sama ada sekadar ikut-ikutan atau menjadi tabiat, fenomena yang berlaku dalam instagram ini menghangatkan suasana Ramadan dan menjelangnya Syawal yang semakin hampir tidak lama lagi.

Boleh kecur air liur ketika menatap kebanyakan 'wall' dihiasi gambar juadah yang jarang ditemui ketika bukan bulan Ramadan seperti kuih-muih, minuman dan lauk-pauk beraneka warna begitu memikat.

Menu seperti jongkong dan puteri mandi, bubur lambuk, air katira, air kelapa muda, tebu, sup bear box, ayam percik putih, perut lembu cicah air asam, ikan bakar cicah kerutuk tulang, gulai itik serati, ayam golek berempah BBQ dan singgang Daging Urat Keting, antaranya yang dapat disaksikan dalam laman sosial mereka.

Kehangatan masing-masing berkongsi selera sahur dan berbuka memperlihatkan Ramadan itu dilalui dengan begitu menarik apabila wujudnya rangkaian sosial ini. Ilmu berkenaan masakan juga dapat dikongsi bersama selain disifatkan mampu mengeratkan silaturrahim dan lebih penting memberi ilham kepada orang ramai untuk menyediakan hidangan untuk keluarga.

'Sakit mental'

Apapun itulah realitinya, pada era siber ini ramai yang memuat turun dan memuat naik apa saja gambar mereka. Kajian pakar psikologi, mendapati kecenderungan individu mengambil dan menyiarkan gambar makanan mereka disifatkan sebagai 'sakit mental' dan dikaitkan dengan masalah psikologi membabitkan mereka yang mengambil gambar makan yang dihidang atau dimasak lantas foto terbabit dimuatkan pula dalam instagram.

Ketua Psikiatri Hospital Kolej Wanita Universiti Toronto, Dr Valerie Taylor, dilaporkan sebagai berkata, kegilaan orang ramai melakukan aktiviti itu bukan saja menjengkelkan malah petanda kepada masalah psikologi.

Katanya, beliau sendiri mempunyai pengalaman melihat beberapa pelanggan begitu obses dengan hidangan mereka sehingga tidak mahu bersosial secara normal dan menjadikan makanan sebagai teman sosial dengan memaparkan aktiviti seperti apa yang mereka makan, bila dan melakukan perkara sama berulang kali.

Kegilaan ini dikenali juga sebagai foodstagramming, trend mengambil gambar makanan dan memuat naik foto itu ke dalam Instagram atau Twitter.

Tabiat terbabit menjadi menjadi sangat popular sehingga menyebabkan sesetengah restoran tidak membenarkan pelanggan mereka mengambil gambar makanan yang disediakan atas sebab cahaya kamera dan tindakan itu boleh mengganggu pelanggan lain.

Hanya berkongsi makanan

Dalam kes membabitkan foodstagramming Januari lalu, tukang masak terkemuka New York, David Bouley melarang pelanggan mengambil gambar makanan di dalam restorannya.

Dalam Sidang Kemuncak Obesiti Kanada di Vancouver, baru-baru ini, Taylor menjelaskan berkenaan gangguan pemakanan dan peranan makanan dalam kebudayaan dan kehidupan moden.

"Trend foodstagramming yang berleluasa ketika ini sangat membimbangkan. Kita sepatutnya mengambil gambar yang penting dan bermakna untuk diri kita, namun bagi segelintir orang, makanan menjadi perkara utama buat mereka sehingga menjadi obses," katanya.

Penyiaran banyak gambar makanan memberi kesan buruk terhadap orang ramai dan boleh menaikkan berat badan. Kenyataan itu dikaitkan dengan kajian Universiti Southern Carlifornia, pada tahun lalu yang menunjukkan orang ramai yang meluangkan masa melihat gambar makanan secara dalam talian akan mempengaruhi otak dan menyebabkan mereka makan terlalu banyak.

Apa juga pandangan berkaitan tabiat itu, rata-rata pengguna Instagram yang ditemubual menolak dakwaan berkenaan sakit jiwa itu atas alasan gambar yang dimuat turun dalam laman sosial adalah sekadar kenangan ketika berada di lokasi istimewa atau pun hanya untuk berkongsi kelazatan makanan bersama teman tersayang seperti keluarga jauh dan sahabat.

Teori 8 gelas air

Posted: 18 Jul 2013 04:16 PM PDT

Ada orang kata, jangan minum air banyak-banyak bimbang perut menjadi kembung. Pesanan orang tua ini sering kali dijadikan pedoman terutama buat ibu bersalin ketika dalam tempoh berpantang kerana dikhuatiri badan naik mendadak ibarat belon selepas tamat tempoh itu.

Sedangkan Apa yang lebih mengelirukan, ada pula pendapat yang menyarankan minum lapan gelas air sehari untuk kesihatan dan kesegaran tubuh. Hakikatnya, air sangat penting dalam kehidupan manusia dan hampir 75 peratus air berada dalam otak manusia. Minum air yang sudah dimasak dengan kerap baik untuk membuang segala toksin.

Malangnya, masih ramai yang tidak faham istilah minum air sebanyak lapan gelas sehari dengan lebih kerap. Pandangan itu diambil begitu saja tanpa memahami kaedah meminum air dengan tepat.
Jika pengambilan air tidak dilakukan secara berterusan kerana badan dan otak menjadi lemah. Ini kerana mereka yang minum air, walau hanya setengah gelas pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong teori lapan gelas sehari kerana sepatutnya kuantiti air diambil sekerap mungkin.

Dibimbangi apabila ramai percaya lapan gelas air sudah mencukupi, hanya kuantiti itu diambil pada waktu pagi dengan andaian jumlah lapan gelas itu sudah mencukupi. Jadi, tidak perlu lagi meneruskan minum air pada sebelah petang mahupun malam.

Ia mengundang bahaya jika pengambilan air tidak dilakukan secara berterusan kerana badan dan otak menjadi lemah. Ini kerana mereka yang minum air, walau hanya setengah gelas pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Oleh itu, jadikan minum air sebagai hobi. Pastikan minum air sebagai aktiviti harian walaupun diakui ia menyebabkan anda begitu kerap membuang air. Ia hanya beberapa hari kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian.
INFO: Air

1) Jangan minum lapan gelas air sekali gus dan tidak mengulanginya sepanjang hari.

2) Kuantiti minum air bergantung kepada cuaca dan aktiviti anda.

3) Lebih banyak anda kehilangan air sepatutnya lebih banyak yang perlu diminum.

4) Jika minum terlalu banyak tanpa membuang air dibimbangi mengalami keracunan air atau situasi elektrolit tidak seimbang.

5) Air adalah penahan selera secara semula jadi.

6) Ingat, kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga.

Gejala kekurangan air dalam tubuh

Letih dan kurang tumpuan terutama - bagi tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air untuk mengeluarkannya.

Pening - Salah satu fungsi air adalah membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Oleh itu, walaupun mengalami kekurangan air sedikit, ia berpotensi menyebabkan pening.

Sembelit - Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.

Air kencing kotor - Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia adalah penapis bahan buangan dari darah. Tanpa air, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.

Mulut berbau - Cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan sisa makanan berisiko membiarkan bakteria di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk.

Mulut kering - Situasi ini kerap berlaku apabila kurang minum kerana air liur adalah pelincir mulut. Penyahhidratan hanya mengurangkan jumlah air liur.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat