Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 26 Jul 2013 05:03 PM PDT Jika ingin berbelanja barangan keperluan sempena Aidilfitri, pastinya hanya satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan bagi penduduk ibu kota, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Sejak Ramadan baru menjejakkan kakinya, deretan gerai jualan sudah mula tumbuh dan mereka berniaga dari awal Ramadan sehingga takbir raya mula berkumandang.
Dalam lautan manusia yang membanjiri Jalan TAR, mata tertumpu kepada kelibat golongan lelaki muda yang tidak henti memanggil pelanggan selain setia melayan kehendak pelanggan mereka. Jika dulu susah untuk melihat golongan lelaki muda berniaga apatah lagi terpaksa menjual tudung, baju kurung dan kain, dek kerana persepsi yang menyatakan ini semua pekerjaan untuk wanita selain lelaki tidak berapa mengerti cita rasa sang hawa. Tapi kini semuanya sudah terbalik, malah mereka sendiri tidak segan untuk menggayakan tudung yang dijual selain mampu memberi pendapat baju terbaik untuk dipakai. Timbul persoalan di hati, adakah mereka memilih untuk bekerja di sini sekadar suka-suka sambil ingin mencuci mata atau kerana ingin mencari duit lebih sempena raya.
Sabri si penjual kasut Bagi lelaki dari Kedah ini, Mohd Sabri Abdul Rahman, 30, berniaga di bazar Ramadan bukanlah satu pekerjaan yang asing baginya kerana dia sudah melakukan pekerjaan ini hampir lima tahun. Niatnya hanya ingin menambah duit raya selain menolong rakan berniaga menjual pelbagai jenis kasut tidak kira lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. "Saya bekerja di kedai makan, biasalah adat merantau di tempat orang, kena lakukan pelbagai pekerjaan. Cuma untuk Ramadan saja saya tolong kawan bekerja di bazar Ramadan Jalan TAR. "Memang penat kerana berniaga dari pagi hingga ke subuh, tapi saya suka kerana suasana di sini selain memikirkan pendapatan yang lumayan," katanya. Perkara yang agak memenatkan apabila terpaksa berniaga sebegini adalah ketika membuka dan menutup gerai jualan kerana terpaksa menggunakan kudrat sepenuhnya. Malah selama hampir lima tahun jugalah Sabri terpaksa mengorbankan suasana gembira bersama keluarga di hari raya pertama kerana kesibukannya berniaga. "Selalunya dalam raya kedua atau ketiga baru saya balik kampung, walaupun lambat tetapi tetap kena balik kerana hari raya adalah hari untuk bersama kaum keluarga. "Segala kepenatan terasa hilang apabila dapat berjumpa dengan ahli keluarga. Inilah cabaran yang perlu saya hadapi dalam mencari rezeki. Bagi saya semua ini adalah pengalaman yang menyeronokkan," katanya. Permulaan tiga sekawan Apabila berkunjung ke bazar Ramadan Jalan TAR, jangan memandang rendah mereka yang berniaga di sini kerana tidak semuanya mempunyai pekerjaan yang biasa-biasa, ada juga yang bekerja profesional tetapi sanggup untuk berniaga di sini. Inilah yang berlaku kepada tiga sekawan yang bekerja sebagai dalam bidang kejuruteraan. Mereka sanggup bercuti sebulan semata-mata untuk cuba berniaga di Jalan TAR. Abdul Hafiz Abdul Hadi, 28, menyatakan ini adalah percubaan kali pertama mereka berniaga di bazar Ramadan Jalan TAR dan baru merasai sendiri keperitan dan cabaran berniaga pada bulan puasa. "Penat sebenarnya berniaga di bulan Ramadan. Kami terpaksa bergilir-gilir berniaga kerana perjalanan perniagaan di Jalan TAR ini tidak pernah sunyi. Seawal pagi hinggalah larut malam, masih ramai yang mengunjungi Jalan TAR. Jika sebelum ini mereka mempunyai banyak masa terluang namun sejak berniaga di bazar Ramadan, jika dapat melelapkan mata selama 3 atau 4 jam sudah cukup memuaskan. Bagi rakannya, Fazli Nordin, 30, menyatakan tujuan mereka berniaga di sini adalah untuk mencuba bidang lain selain bidang pekerjaan mereka. "Perniagaan menjual baju Melayu ini hasil perkongsian saya dengan tiga lagi rakan. Kami cuba kembangkan pengalaman dalam bidang kejuruteraan untuk masuk ke bidang perniagaan pakaian. "Pembekal baju Melayu juga terdiri daripada rakan-rakan kami. Ibaratnya kami mahukan perniagaan ini tidak sekadar memberi keuntungan kepada kami empat orang saja, malah kepada rakan lain." Sementara itu Mahad Akmal Hadi, 30, menyatakan kelainan ketara di antara bekerja dalam bidang kejuruteraan dan berniaga sendiri sebegini adalah perjalanan keluar masuk duit. "Duit masuk setiap hari dan kita boleh nampak perjalanan perniagaan melalui keuntungan yang kami dapat. Dari situ kita boleh terus mencongak sama ada untuk mengambil stok baru atau melihat jika ada kerugian dan sebagainya." Saudagar songkok Barangan wajib yang selalu dijual setiap kali menjelang Aidilfitri adalah songkok dan samping untuk golongan lelaki. Terdapat pelbagai jenis songkok dan corak samping telah dijual kini.
Bagi Mohd Raziman Rahim, 26, pekerjaannya bukanlah si pembuat songkok atau penenun samping. Dia hanyalah seorang juruteknik biasa tapi Raziman akan bertukar pekerjaan menjadi saudagar songkok dan samping setiap kali menjelang tibanya Ramadan. Ditanya keuntungan yang diperoleh pada bazar Ramadan yang lepas, secara jujur jejaka ini menyatakan ia boleh mencecah RM100,000. "Ini kali kedua saya berniaga sebab pada percubaan kali pertama saya mendapat keuntungan yang tidak disangka. Lagipun permintaan tinggi terhadap songkok dan samping menjadikan saya yakin dengan perniagaan ini. "Barangan yang saya jual juga mengikut musim dan jika tidak habis saya boleh memulangkan semula kepada pengedar." katanya. Seperti juga peniaga yang lain, Raziman terpaksa mengambil cuti selama sebulan bagi menumpukan perhatian terhadap perniagaan ini selain terpaksa mengorbankan keceriaan beraya, bertakbir bersama keluarga. Anak jati dari Jengka, Pahang ini menyatakan akan pulang beraya pada hari kedua Syawal kerana kebiasaannya suasana di malam raya adalah waktu yang paling sibuk di Jalan TAR. |
Posted: 26 Jul 2013 04:58 PM PDT Ibu bapa perlu jujur terangkan isu seks Mereka yang menjadi ibu bapa pasti melalui pengalaman anak-anak kecil mula bertanya mengenai kelahiran seorang bayi. Persoalan berasal dari mana hingga bagaimana bayi boleh ada, adalah pertanyaan biasa didengar apabila mereka melihat ibu mengandung. Semua pertanyaan berkenaan ada kaitan dengan seks iaitu soal jantina yang mahu atau tidak perlu dijawab oleh ibu bapa.
Perbetul maklumat Beliau berkata, penting bagi ibu bapa merebut peluang mendidik anak mengenai perkara berkenaan dan membetulkan maklumat salah yang mungkin mereka peroleh daripada sumber lain. "Kanak-kanak hari ini menjadi lebih bijak dan ingin tahu berbanding sebelum ini. Senario ini tidak menghairankan memandangkan banyak maklumat yang mudah diakses.
Beliau menasihatkan ibu bapa yang ingin membicarakan perkara berkenaan supaya fokus supaya maklumat yang disampaikan tidak disalah erti. Isu tumpuan Tumpuan perbincangan, katanya bergantung kepada umur dan kematangan kanak-kanak. Ibu bapa boleh memilih untuk memberi tumpuan kepada isu perlindungan kanak-kanak. "Isu boleh dimulakan dengan kes penderaan seksual, mengelakkan kehamilan remaja dan mencegah penyakit kelamin, atau pengendalian perubahan kedewasaan (bukan saja dari segi fizikal tetapi juga emosi)," katanya. Dalam sesetengah kes mungkin anak-anak tidak membangkitkan persoalan mengenai seks, namun ibu bapa perlu mencari peluang yang betul memperkenalkan subjek berkenaan sebelum terlewat, sebelum mereka mendapat maklumat salah daripada sumber lain. Persediaan mental dan emosi penting sebelum penerangan diberikan kerana topik seks adalah satu perkara yang kompleks membabitkan fakta biologi, pantang larang sosial, agama dan moral. Namun, jangan memandang rendah akal dan keupayaan untuk kanak-kanak memahami fakta yang diberikan. Berikut tip mudah yang boleh digunakan ibu bapa untuk membicarakan mengenai seks; Yakin dan tenang Menjawab soalan anak secara semula jadi atau selamba. Ini akan membantu ibu bapa mendapatkan kepercayaan anak anda, membuat dia atau dia berasa seperti anda adalah seseorang yang tahu apa yang anda cakapkan. Jangan gopoh atau ketawa pada setiap persoalan yang dikemukakan walaupun nadanya pelik dan memalukan. Seeloknya, berlatih bersoal jawab dengan pasangan masing-masing terlebih dulu supaya mudah menjawab persoalan yang dikemukakan anak-anak. Penjelasan yang mudah dan ringkas Kebanyakan kanak-kanak di bawah usia enam tahun akan berpuas hati dengan penjelasan yang am seperti "sperma lelaki menyertai telur wanita dalam rahim, yang terletak di perut, dan bayi mula berkembang." Anda juga boleh menjelaskan bahawa apabila seorang lelaki dan wanita suka antara satu sama lain, mereka suka untuk menjadi sangat rapat antara satu sama lain. Ini akan membantu memberikan tanggapan dalam fikiran mereka bahawa hubungan seks adalah satu tindakan kasih sayang. Tetapi tidak perlu menerangkan konsep berkasih sayang kepada anak-anak kecil kerana mereka tidak akan dapat memahaminya. Namun, sebaiknya bercakap, apabila mereka mencapai usia lapan tahun ke atas kerana mereka akan mempunyai lebih banyak soalan yang berkaitan dengan perubahan fizikal yang disebabkan oleh hormon dan pengaruh daripada rakan-rakan, atau sumber-sumber lain. Seeloknya, sedia dengan maklumat yang tepat kerana ini membantu anak menerima perubahan tubuh mereka dan membantu mereka membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai fizikal mereka. Gunakan buku
Maklumat ini membantu untuk mengisi jurang kefahaman dan menjawab sebarang pertanyaan atau keraguan mereka yang mungkin mereka tidak pelajari di sekolah. Mendengar dengan teliti Pastikan anda benar-benar memahami persoalan yang dikemukakan seperti dari mana dia datang sebelum memutuskan bagaimana untuk bertindak balas. Berikan dorongan dan sokongan dengan mengemukakan persoalan "Mama tahu adik mungkin tertanya-tanya bagaimana bayi masuk ke dalam perut ibu." Dengan cara ini, lebih mudah menerangkan mengenai seks dan pembiakan manusia. Anda juga akan mengetahui jika mereka mempunyai apa-apa salah faham, ketakutan atau kebimbangan mengenai perkara berkenaan . Ibu bapa boleh membantu menerangkan salah faham kemudian. Menggunakan peluang yang ada Perbincangan mengenai seks ini boleh dilakukan ketika melakukan aktiviti bersama seperti ketika menonton bersama atau dalam lawatan ke zoo. Haiwan dalam zoo mungkin boleh dijadikan contoh membincangkan perkara berkaitan seksualiti. Gunakan peluang yang ada untuk berhubung dengan anak dan ia mungkin boleh disimpan untuk perbincangan seterusnya jika ada peluang dan ruang yang lain. Pembelajaran tentang seks tidak harus terhad kepada perbualan sekali saja tetapi ia harus menjadi satu proses berlaku yang mana banyak topik berkaitan dibincangkan sesuai dengan proses kematangan dan usia kanak-kanak. Maklumat berkaitan boleh dirujuk melalui laman web www.mypositifparenting.org |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |