Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Jul 2013 02:54 AM PDT KUCHING: Seorang wanita menghantuk kepala di dinding lokap sambil menjerit 'aku rindu anak aku' selepas dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuching, di sini, semalam, apabila mengaku salah mengabai sehingga menyebabkan kematian anaknya berusia sembilan bulan, awal bulan ini. Melissa Nawawi, 28, bertindak sedemikian kerana tertekan berikutan kehilangan anak bongsunya, Danish Firdaus, yang meninggal dunia pada usia sembilan bulan, selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS), 6 Julai lalu. Terdahulu ibu dua anak itu membuat pengakuan bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab menjaga serta menyediakan makanan berzat kepada Danish. Majistret Zulhairil Sulaiman menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan selepas berpuas hati terhadap pengakuan dibuat tertuduh. TERTUDUH didakwa gagal menjalankan tanggunjawab menyediakan makanan berzat terhadap anaknya hingga menyebabkan kematian. Dia didapati bersalah. FOTO Nadim Bokhari
Mengikut fakta kes, pengadu yang juga kakak tertuduh, Dalilah, 29, mendapati Danish lebam di muka, dada dan perut selepas tertuduh membawa bayi terbabit ke rumahnya di Batu 13, Jalan Kuching-Serian, pada jam 5.30 petang, 16 Jun lalu. Susulan itu, Danish dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) dan doktor menyaran kakak tertuduh membuat laporan polis kerana bayi itu diabaikan dan tidak diberikan makanan sesuai. Ketika itu, pengadu mengesyaki anak saudaranya didera ibu sendiri dan polis yang melancarkan gerakan memburu tertuduh sebelum menahan tertuduh di rumahnya dan direman 12 hari bagi membantu siasatan. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) a), Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan penjara 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/19 |
Posted: 18 Jul 2013 05:10 PM PDT SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam. Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia. Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat. Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |