Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Buaya besar tersadai di tebing sungai Posted: 25 Jul 2013 03:10 PM PDT KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai. "Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak. "Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada," katanya ketika ditemui petang semalam. Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.
"Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar," katanya. Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat. "Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini," katanya. "Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26 |
Posted: 25 Jul 2013 03:09 PM PDT Kuantan: "Saya mengambil keputusan berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga. Biarlah gaji setiap bulan kecil asalkan kerja halal," kata Mohd Nor Syukri Yusof, 17, yang pernah digelar 'hantu bungkus' dan 'Spiderman' kerana memakai topeng selepas sebahagian kulit mukanya melecur akibat disambar api ketika rumah mereka di Kampung Peramu, di sini, terbakar pada 2001. Selepas 13 tahun kejadian itu, kini kehidupan Mohd Nor Syukri tidak lagi dibelenggu ejekan kerana sering memakai topeng, sebaliknya masalah kewangan memaksa dia hidup berdikari. Adiknya, Mohd Nor Syafuan, 15, yang turut melecur dalam kejadian itu kini belajar di SK Saint Thomas, di sini dan menjadi harapan keluarga untuk mengubah nasib mereka selepas abangnya berhenti sekolah. Mohd Nor Syukri berkata, keputusan berhenti sekolah dibuat bukan kerana dia tidak minat belajar, tetapi disebabkan gangguan di telinga kiri yang sering berdenyut, sekali gus sukar untuk fokus pada pelajaran. MOHD Nor Syukri berbual dengan ibunya sambil melihat keratan akhbar mengenainya. PARUT di muka Mohd Nor.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |