Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
17 individu ditahan dalam operasi bersepadu di Tawau Posted: 02 Jul 2013 04:00 AM PDT TAWAU: Tujuh belas individu, termasuk empat pasangan kekasih, ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu selama empat jam yang bermula pukul 10 malam di beberapa lokasi di sini semalam. Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Azinun Sanarul, yang mengetuai operasi berkenaan, berkata empat pasangan kekasih berumur antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah selepas didapati berdua-duaan di dalam beberapa bilik penginapan tanpa hubungan sah sekitar pukul 12 tengah malam.
Beliau berkata anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen juga berjaya menahan sembilan individu yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta meragukan dalam operasi itu dan mereka dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk siasatan lanjut. Sementara itu, operasi dua premis ditutup serta-merta kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen manakala pengendali dua lagi premis diminta berurusan dengan pejabat MPT selepas didapati menyalah guna lesen serta melanggar Undang-Undang Kecil MPT.
|
Majikan hanya tanggung RM6,200 sebagai kos penggajian pembantu rumah Indonesia Posted: 02 Jul 2013 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini hanya perlu menanggung RM6,200 sebagai kos penggajian Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) atau pembantu rumah Indonesia daripada kadar baharu RM8,000, yang diumumkan semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia menjelaskan kadar baharu itu adalah termasuk RM1,800 yang boleh dibuat potongan gaji oleh majikan selama enam bulan.
"Ini bermakna kos yang perlu ditanggung majikan hanyalah RM6,200. Struktur kos yang diumumkan itu telah mengambilkira perbincangan bersama kerajaan Indonesia dan cadangan struktur kos yang dikemukakan oleh MRA (Malaysia Recruitment Agency) dan IRA (Indonesia Recruitment Agency) berjumlah RM8,500 hingga RM11,000,", menurut kenyataan itu. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.
"Kos ini tidak termasuk kos-kos lain yang dikenakan agensi pekerjaan di negara penerima berkenaan," katanya. Katanya Malaysia tidak mampu bersaing untuk menarik IRA supaya terus menghantar pembantu rumah warga Indonesia ke negara ini jika kerajaan masih mengekalkan struktur kos RM4,511 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) 2011. Katanya bagi tempoh 1 Dis 2011 hingga sekarang, jumlah pembantu rumah Indonesia yang dibawa masuk untuk bekerja di Malaysia hanya 290 orang berikutan beberapa faktor seperti struktur kos penggajian dan persaingan daripada negara penerima yang lain. Katanya keputusan kerajaan menghentikan pengeluaran Journey Performed Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober depan adalah langkah yang baik kerana boleh menjamin kos yang munasabah, penggantian, tapisan kesihatan, kompetensi pembantu rumah dan pematuhan standard perburuhan. "Diharapkan dengan keputusan kerajaan yang terkini, Malaysia akan menjadi destinasi pilihan oleh IRA untuk menghantar pembantu rumah bekerja," katanya. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |