Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Jul 2013 11:45 AM PDT Kuala Lumpur: Beberapa lelaki warga asing yang bekerja sebagai pembantu dan jurujual tanpa permit di bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman cuba menyamar sebagai pelanggan selepas premis itu diserbu Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL), kelmarin. Namun, taktik mereka tidak menjadi berikutan wajah mereka sudah dikenal pasti penguat kuasa berkenaan yang menjalankan intipan sejak seminggu lalu dalam Operasi Jaja yang dilakukan bagi membanteras aktiviti perniagaan membabitkan warga asing bekerja sebagai pembantu gerai dan jurujual termasuk pemilik yang menggaji mereka.
"Bagaimanapun, operasi itu bukan saja untuk menahan pekerja warga asing ini, malah turut menyasarkan majikan yang mengupah warga asing terbabit secara haram dan hasilnya, seorang lelaki Indonesia berusia 36 tahun dan berstatus Penduduk Tetap (PR) yang dipercayai menggaji pekerja asing tanpa pas sah turut ditahan.
WARGA asing yang ditahan kerana bekerja di bazar Ramadan tanpa permit sah. "Manakala, tiga lagi warga asing ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |