Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Jul 2013 11:54 AM PDT Sabak Bernam: Berikutan sikap pengguna yang kurang mengambil berat untuk memeriksa ketulenan sesuatu produk kesihatan dibeli, sebuah kedai yang membekalkan produk kesihatan kepada peruncit di daerah ini dikesan mengaut keuntungan berganda dengan menjual produk kesihatan palsu. Bagaimanapun, kegiatan peniaga berkenaan terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Penguat kuasa Farmasi Selangor menyerbu sebuah rumah kedai dan stor pengedaran ubat berkenaan di Taman Perdana, Sungai Besar, jam 11 pagi, semalam.
"Kami melakukan serbuan selepas melakukan siasatan selama sebulan hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal mendapati pengedar hanya menggunakan hologram palsu sebelum mengedarkannya kepada peruncit seterusnya barangan tiruan yang mengundang pelbagai risiko kesihatan itu sampai kepada pengguna," katanya.
PENGUAT kuasa Farmasi Selangor memeriksa produk kesihatan palsu yang dirampas di Taman Perdana, Sungai Besar, semalam. Serbuan membabitkan rampasan sebanyak 35 produk dan barangan kesihatan tidak berdaftar dan menggunakan hologram palsu bernilai RM160,000.
Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali bagi kesalahan individu dan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan membabitkan syarikat. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |