Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Kuala Besut lokasi pertama bomba bina PPRT untuk mangsa kebakaran
- Imigresen perketat kawalan pintu masuk
- 2 NGO buat laporan polis terhadap Jye Yee dan Vivian Lee
Kuala Besut lokasi pertama bomba bina PPRT untuk mangsa kebakaran Posted: 13 Jul 2013 03:23 AM PDT KUALA BESUT 13 Julai - Kampung Pok Kolok dalam Kampung Nail di sini dipilih sebagai lokasi pertama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mangsa kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan teknologi Sistem Pembinaan Berindustri (IBS). Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pembinaan rumah PPRT menggunakan kaedah IBS lebih mudah dan hanya mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan dengan kos RM30,000 seunit. "Pembinaan rumah ini bermula hari ini dan dijangka siap pada 23 Julai nanti. Ini akan menjadi permulaan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri membina rumah PPRT di bawah Strategi Lautan Biru," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak rumah mangsa kebakaran milik keluarga Ramli Jusoh yang akan dibina menerusi program itu menggunakan teknologi IBS, hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Md Salleh Sarbini serta calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. - BERNAMA |
Imigresen perketat kawalan pintu masuk Posted: 13 Jul 2013 03:17 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai - Jabatan Imigresen memperketat dan mempertingkatkan kawalan di semua pintu masuk negara susulan kejadian lebih 200 banduan meloloskan diri daripada Penjara Tanjung Gusta di Medan, Indonesia. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia dan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan tiada banduan berkenaan memasuki dan seterusnya menjadikan Malaysia tempat persembunyian mereka. "Kita akan memperketat kawalan di semua pintu masuk negara kerana mungkin ada banduan ini yang akan membuat dokumen palsu dan seterusnya memasuki Malaysia sebagai pelancong. "Kita harap pihak berkuasa Indonesia dapat memberi butiran peribadi banduan berkenaan supaya kita dapat menahan mereka sekiranya ada yang cuba memasuki negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama. Alias berkata, maklumat yang diperlukan termasuk gambar dan nombor pasport banduan terlibat, kerana ada dalam kalangan mereka pesalah keganasan. Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian kelmarin, kira-kira 240 banduan melarikan diri selepas merusuh dan membakar bangunan penjara kerana tidak puas hati dengan keadaan penjara. Insiden itu menyebabkan tiga tahanan dan dua kakitangan penjara terbunuh. Laporan sebuah akhbar memetik pejabat Kedutaan Malaysia di Indonesia mengesahkan empat rakyat Malaysia antara 2,600 banduan yang berada di penjara itu. |
2 NGO buat laporan polis terhadap Jye Yee dan Vivian Lee Posted: 13 Jul 2013 03:14 AM PDT JOHOR BAHARU 13 Julai - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan dua bekas penuntut National University of Singapore, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Pengerusi Usahanita Cawangan Kulaijaya Mazanah Mohammad Zain dan Timbalan Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Tanjung Puteri Fauziah Abdullah membuat laporan berkenaan di Balai Polis Tampoi, di sini. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan, Mazanah, 56, menyifatkan perbuatan pasangan itu sebagai menghina kesucian Islam dan tidak wajar dilakukan atas dasar menghormati masyarakat berbilang bangsa di negara ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |