Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Pemisah selatan Thai guna taktik bakar Posted: 02 Aug 2013 01:25 PM PDT Bangkok: Sebanyak 13 kejadian membakar melanda tiga wilayah di selatan Thailand selain beberapa serangan bom semalam menyebabkan seorang anggota keselamatan terbunuh. Kejadian berlaku di Yala, Pattani dan Songkla turut menyebabkan empat lagi cedera, kata jurucakap Ibu Pejabat Operasi Keselamatan Dalam Wilayah ke-4 Tentera, Kolonel Pramote Promin.
Serangan pertama berlaku pada 3 pagi semalam di Yala apabila penyerang membakar beberapa kilang, pokok getah dan menara tenaga, kata polis. Di daerah Yaha, sebutir bom meletup ketika sekumpulan renjer meronda menyebabkan ketua unit itu maut. Di Pattani, sebuah syarikat pengedaran motosikal dibakar selain kedai runcit di sebelah balai polis Khok Po dan sebuah kedai pakaian. Dua orang cedera kerana kebakaran itu dan 60 motorsikal rosak, kata polis. Di Songkla, sebuah gudang perabot dan beberapa rumah penduduk dibakar.
Paradon mengesyaki satu kumpulan di bawah BRN sebagai dalang serangan meskipun pergerakan itu berikrar memberhentikan keganasan sepanjang Ramadan yang bermula pada 10 Julai lalu. Keseluruhannya, bilangan serangan ketika Ramadan menurun 39 peratus dan angka korban juga turun 37 peratus berbanding Ramadan tahun lalu. Tetapi, masih ada kumpulan lain mahu cetus kekacauan supaya wujud perasaan saling tidak percaya, kata Pramote. Tentera Thai dalam keadaan berjaga-jaga kerana tempoh 10 hari terakhir Ramadan biasanya menyaksikan peningkatan serangan, kataya lagi. Kerajaan Thai sudah memulakan rundingan dengan BRN di Malaysia sejak beberapa bulan lalu bagi memulihkan keamanan di selatan Thai.
|
Empat kapal China ceroboh Senkaku Posted: 02 Aug 2013 01:19 PM PDT Tokyo: Empat kapal pengawal pantai China semalam memasuki wilayah perairan berhampiran pulau Senkaku yang dikawal Tokyo yang turut dituntut Beijing. Kapal terbabit memasuki perairan seluas 12 batu nautika kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan, kata Pengawal Pantai Jepun mengenai pencerobohan terbaru kapal kerajaan China yang berlarutan sejak beberapa bulan. Pertikaian pulau berkenaan disifatkan mampu membawa kepada konflik bersenjata antara gergasi Asia terbabit. Perbalahan kecil Pemerhati berkata kehadiran beberapa kapal rasmi, ada di antaranya lengkap bersenjata, meningkatkan lagi kemungkinan konfrontasi sejak berlakunya dan perbalahan kecil sekalipun boleh mencetuskan masalah dengan cepat. Media China melaporkan bahawa agensi pengawal pantai bersatu membabitkan pemantau marin, pengawal sedia ada di bawah polis - penguatkuasaan undang-undang dan polis anti maritim penyeludupan serta kastam. Beijing menafikan tuduhan itu sebaliknya mendakwa Tokyo sengaja mengancam China. Pulau yang menjadi pertikaian berada di kawasan yang kaya dengan perikanan dipercayai turut kaya dengan sumber mineral. Keluar bantahan rasmi Sementara itu, Korea Selatan mengeluarkan bantahan rasmi terhadap Jepun selepas Tokyo mengadakan kajian pendapat bertanyakan pandangan rakyatnya mengenai pulau yang menjadi pertikaian dua negara. Kajian umum membabitkan 3,000 penduduk itu dikeluarkan Khamis, menunjukkan bahawa enam daripada 10 penduduk Jepun berpendapat bahawa pulau di bawah kawalan Seoul di Laut Jepun (Laut Timur) adalah wilayah negara mereka. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |