{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Dimaki peminat

Posted: 25 Aug 2013 03:01 PM PDT

Ketika ini, laman sosial dan selebriti boleh dianggap sebagai isi dengan kuku. Kedua-duanya memang tidak dapat dipisahkan, malah menjadi medium paling mudah buat golongan terkenal itu mendekatkan diri dengan peminat.

Namun, ada ketikanya media sosial juga mampu menjadi medan pertengkaran, bukan saja antara peminat seseorang artis dengan pengikut tegar artis lain, bahkan antara selebriti bersama peminat juga.

Seperti yang terjadi pada pelakon Autumn Di Hatiku, Hanez Suraya, baru-baru ini. Gara-gara tidak melayan seorang peminat, dirinya diserang di Twitter miliknya oleh wanita itu sehingga terkeluar kata-kata kesat. Dan, tidak terhenti di situ, peminat berkenaan dikecam pula oleh peminat Hanez.

Peminat terbabit dikatakan 'naik hantu' apabila mesejnya tidak dibalas Hanez, malah dia mendakwa kononnya pelakon berusia 28 tahun itu hanya melayan pengikut lelaki.

"Ada peminat 'meroyan' sebab dia tengok Hanez membalas pesanan seorang lelaki, jadi dia ingat Hanez melayan mesej peminat lelaki saja. Dia tidak memeriksa terlebih dulu siapa orang itu, sebaliknya terus marah-marah sebab Hanez tidak membalas pesanan daripadanya.

"Kebetulan, Hanez ternampak dia menghantar kembali tweet (yang mengandungi perkataan kesat) itu, tetapi Hanez cuma membalasnya dengan perkataan 'bahasa jiwa bangsa'. Tak sangka pula peminat Hanez yang lain serang dia di Twitter. Ada yang cakap, imej peminat itu saja nampak baik tetapi bahasanya teruk. Apabila diserang seperti itu, dia terus menukar gambar profil," katanya.

Jadi pengajaran berguna
Tidak melenting atau melatah dengan 'luahan rasa' peminat sedemikian, sebaliknya Hanez lebih suka berdiam diri daripada memanjangkan cerita seperti itu. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu terbabit dalam pertelingkahan sebegitu.

Bahkan, dia tidak mahu dilihat atau dilabel sebagai artis yang suka melayan perkara remeh sehingga mengeluarkan perkataan tidak bernas atau beremosi.

"Hanez tidak layan sangat orang macam ini. Pada masa sama Hanez sendiri tidaklah sampai nak melenting, cuma sedikit kecewa saja. Begitupun Hanez buat tak layan saja sebab kalau layan nanti, lain pula jadinya.

"Orang macam ini sebenarnya inginkan perhatian saja. Apa yang berlaku biarlah menjadi pengajaran supaya Hanez lebih berhati-hati dan tahu macam mana nak berdepan dengan peminat sebegini kelak," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya Media Prima di Bandar Utama, baru-baru ini.

Serang balas secara baik

Menganggap kontroversi dan gosip bukan penyebab dirinya kian dikenali, sebaliknya Hanez mahu peminat memandangnya dari sudut bakat yang dimiliki.

"Tahun ini rezeki Hanez lebih baik berbanding beberapa tahun lalu. Kontroversi memang sedikit sebanyak membantu, tetapi setakat mana Hanez boleh tepis, Hanez cuba elakkan semua itu.

"Sewaktu Hanez dengan Awi (Awi Rafael) dulu pun, ada juga kena serang dengan peminat. Cuma ketika bersamanya, Hanez kena jaga hati Awi dan fikir dulu sebelum cakap apa-apa.

"Sekarang, apabila kena pada Hanez seorang, Hanez serang balik, tetapi tak adalah melawan sampai tahap melayan mahupun balas hingga meleret-leret. Kita cuma bagi kias-kias, bagi faham," katanya.

Cari insan setia

Selepas hubungannya dengan Awi berakhir, pelakon ini memilih untuk bersendirian seketika. Jika boleh, dia juga enggan lagi berkasih dengan golongan selebriti.

"Hanez seorang yang setia, sebab itu susah nak cari pasangan yang betul-betul sama prinsip. Hanez tidak kisah pasal rupa paras, janji dia seorang yang setia. Hanez juga sukakan lelaki romantik," katanya memberikan bayangan.

Mengenai keengganan memilih pasangan sesama artis, Hanez berkata, percintaan dengan insan sama bidang agak sukar akibat jadual kerja yang ketat.

Menurut Hanez, keluarganya juga tidak mendesak untuk dia segera berkahwin dan dirinya sendiri tidak mempunyai sasaran umur untuk menaiki pelamin.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat