{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Abdul Farid Alias dilantik Presiden, Ketua Eksekutif Maybank yang baru

Posted: 02 Aug 2013 02:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Global Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Abdul Farid Alias, dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif baru kumpulan perbankan terbesar tempatan itu.

Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, ketika mengumumkannya berkata, pelantikan Abdul Farid, 45, berkuat kuat hari ini.

Jawatan utama di Maybank itu dikosongkan bulan lalu berikutan pelantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi.

Abdul Farid, dilantik Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Global Maybank pada Julai 2010.

Beliau sebelum itu adalah Pengarah Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd.

Abdul Wahid dan Abdul Farid sebelum ini pernah berkhidmat di UEM Group yang mana Abdul Wahid adalah Pengarah Urusannya.

Abdul Farid memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam perbankan pelaburan dan pasaran modal selepas berkhidmat dalam beberapa bank perdagangan dan pelaburan seperti Merchant Bankers Bhd, Aseambankers Malaysia Bhd dan JPMorgan.

Najib harap hubungan Malaysia-China kekal kukuh

Posted: 02 Aug 2013 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap hubungan antara Malaysia dan China akan kekal kukuh untuk tahun-tahun akan datang, seperti mana hampir 40 tahun lalu.

"Hubungan antara Malaysia dan China kekal kukuh selepas hampir 40 tahun. Saya berharap kami akan menikmati perkara sama untuk 40 tahun akan datang," katanya dalam mesej di Twitter beliau, hari ini.

Menteri Luar China Wang Yi mengunjungi Najib di pejabatnya di Putrajaya semalam sempena lawatan seharinya ke negara ini.

Ini adalah lawatan pertama Wang Yi ke negara ini sejak memegang jawatan Menteri Luar pada Mac lalu. Lawatan itu menandakan keprihatinan China terhadap hubungannya dengan Malaysia, yang menjalin kerjasama perdagangan dan ekonomi sebagai aspek utama.

Tatkala Malaysia dan China bakal menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik pada 2014, lawatan Wang Yi menunjukkan komitmen kerajaan China untuk mengguna pakai pendekatan lebih luas dalam hubungannya dengan Malaysia secara khusus dan rantau ini secara amnya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat