Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 26 Aug 2013 04:02 PM PDT Disebabkan cetek pengetahuan mengenai nama dan jenis penyakit sebilangan ibu bapa terpaksa menerima padah apabila bayi yang tidak tahu melahirkan rasa sakit tiba-tiba maut hanya dalam tempoh 24 jam. Nama penyakit meningokokal, memang agak asing dan jarang didengar. Bagaimanapun natijah penyakit ini begitu cepat meragut nyawa penderita terutama kanak-kanak yang begitu kurang daya ketahanan diri terhadap penyakit.
Jangkitan penyakit ini juga boleh berlaku kepada sesiapa saja kerana ia mudah tersebar di kawasan yang sesak dan berhabuk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan dianggarkan 500,000 kes penyakit meningokokal dengan kira-kira 50,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia. Sebanyak lima hingga 10 peratus daripada pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas gejala atau simptomnya dikenal pasti. Justeru dengan banyak jenis penyakit dan sesetengah namanya agak asing membuatkan ibu bapa sukar memahami apakah penyakit berkenaan lantas mengambil sikap sambil lewa dan tidak untuk mengambil tahu. Petua kesihatan yang mudah untuk mengenali gejala penyakit membuatkan pengesanan awal dapat dijalankan segera. Baru-baru ini, bertempat di ibu kota, perasmian sejenis vaksin baru dan inovatif membolehkan tubuh bertindak melawan jangkitan meningokokal diadakan diisi dengan panduan mengesan gejala klasik penyakit itu.
Sekiranya anda atau anak ditumbuhi ruam sewajarnya berwaspada kerana itu adalah antara gejala awal dan mudah sebagai petunjuk menghidapi meningokokal, sekiranya lewat dirawat ia berkemungkinan boleh meragut nyawa. Katanya, untuk mengenal pasti ruam itu berbahaya atau sebaliknya ialah dengan mengambil segelas air kosong dan letakkan pada bahagian ruam seperti lengan, kemudian perhatikan, jika ruam bersifat rata saja ia mungkin ruam biasa. Jika ruam timbul jangan berlengah kerana antara gejala penyakit berbahaya ini. Kini keperluan vaksin perlu bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga untuk mengelak berjangkit kepada orang lain. Kenal pasti ruam Dr Musa berkata, ibu bapa perlu memastikan anak menikmati kehidupan yang bebas daripada sebarang gejala penyakit itu untuk mengelak risiko lebih berbahaya. Ini kerana sistem ketahanan badan bayi masih rendah dan tidak tahu bagaimana menunjukkan kesakitan sebaliknya hanya boleh dikesan oleh ibu bapa mereka. Paling menggerunkan, hampir setiap orang termasuk mereka yang sihat berisiko menghidapinya kerana bakteria ini mudah tersebar melalui udara apatah lagi mudah hadir dalam persekitaran sesak. Oleh itu, bagi mengelak dijangkiti, seseorang individu mestilah dilindungi dengan suntikan vaksin bagi membina antibodi yang kukuh, katanya. Mengulas lanjut, katanya, malah meningitis meningokokal boleh menyebabkan kerosakan otak yang teruk dan mengakibatkan kematian jika ia tidak dirawat segera. Walaupun penyakit didiagnosis awal dan rawatan sepatutnya sudah dimulakan. 24 jam kitaran maut Penyakit ini mudah untuk dijangkiti kerana bakteria boleh tersebar melalui udara atau sentuhan secara langsung dengan penghidapnya. Meningitis mudah berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Melalui salur pernafasan ia memasuki saluran darah dan akan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan akan terus ke otak seterusnya akan menyebabkan berlakunya meningitis. Tempoh pengeraman bakteria ini secara puratanya selama empat hari tetapi boleh berkisar antara dua hingga 10 hari. Oleh itu, gunakan masa yang ada dengan menjalankan rawatan dan diagnosis. Penyakit ini boleh membawa maut hanya dalam masa 24 jam. Namun begitu, dalam masa enam jam pertama, gejala awal penyakit ini tidak begitu spesifik cuma akan mengalami demam, muntah, hilang selera makan, kurang penyusuan (bagi bayi), sakit kepala, sakit tekak dan gelisah atau cepat marah. Gejala awal itu agak sukar untuk mengesan penyakit ini kerana tandanya hampir sama dengan penyakit lain. Selepas 13 hingga 15 jam akan berlaku ruam berdarah, sakit leher dan rasa tegang. Situasi itu dipanggil gejala klasik. Jika dalam tempoh 16 hingga 22 jam pula ia digelar gejala lewat dan pada tahap itu mangsa menghampiri kepada maut yang sebelumnya boleh menyebabkan mangsa merasa amat gelisah dan koma. Dengan gejala tahap dilalui, dalam tempoh 24 jam ia boleh meragut nyawa insan tersayang seperti bayi kerana mereka tidak tahu cara meluahkan rasa tidak selesa atau sakit. Pencegahan dengan vaksin Justeru, peka terhadap kesihatan umum, Sanofi Pasteur Malaysia melancarkan Menactra yang dipercayai sesuai dan membantu menentang penyakit berbahaya ini. Vaksin itu boleh diambil oleh bayi berusia sembilan bulan ke atas. Vaksin itu dikatakan berupaya menentang Meningokokal dan vaksin konjugat ini dihasilkan untuk mencegah penyakit terbabit di Malaysia. Vaksin Menactra menawarkan perlindungan terhadap empat daripada lima kumpulan paling biasa bakteria yang menyebabkan jangkitan meningokokus seperti A, C, Y dan W-135 pada bayi sembilan hingga 55 tahun. Ketua Vaksin Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Eric Mansion Sanofi Pasteur sudah menjadi perintis dan berpengalaman dalam pembangunan vaksin meningokokus lebih daripada empat dekat. Syarikat kami adalah yang pertama memperkenalkan vaksin meningokokus yang menawarkan perlindungan terhadap kumpulan A dan C pada awal 1970. Kami berbangga untuk meneruskan legasi kami berada di barisan hadapan dalam pencegahan penyakit ini menerusi pelancaran Menactra di Malaysia, katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |