{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chiku - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chiku - Google Blog Search


<b>felda chiku</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 02 Jul 2013 12:00 AM PDT

PAS Di Gugusan FELDA Chiku Berkubur Selepas Semua Ahli Sertai UMNO

GUA MUSANG – Pas Cawangan Chiku 7 berkubur selepas 20 ahlinya yang menggerakkan parti itu secara aktif di Gugusan Felda Chiku sejak tahun 1990 mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ahli UMNO dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Kesemua mereka membuat keputusan tersebut bersama ahli keluarga masing-masing selepas kecewa dengan pemimpin Pas yang tidak menghargai perjuangan mereka malah pemimpin tertinggi Pas didakwa langsung tidak pernah melawat ahlinya di situ.

Wakil mereka, Ayob Jaafar, 51, berkata, tingkah laku pemimpin Pas Kelantan itu berbeza dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah daripada BN yang bukan sahaja tinggal di kawasan berhampiran sebaliknya seorang yang sangat mesra dan berkhidmat untuk rakyat.

"Saya datang ke sini pada tahun 1989 dan menjadi penyokong kuat Pas ketika kali pertama mengundi setahun selepas itu lalu terus berjuang bersama Pas tetapi pemimpin atasan pula tidak melakukan kerja.

"Saya sokong Pas sebab Tok Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) tetapi lama-kelamaan saya tengok apa yang Pas lakukan semua tidak betul, malah mereka meniru apa sahaja yang UMNO lakukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Bikri Samad, 50, berkata, meskipun baru hendak menjadi ahli UMNO namun sejak beberapa tahun lalu dia bersama keluarga sudah jatuh hati dengan sikap pemimpin UMNO yang cakna kepada rakyat dan sentiasa memberi sokongan.

"Jadi kali ini saya akan mengisi borang untuk menjadi ahli UMNO supaya penduduk kampung lain percaya kerana memang selama ini saya sudah memilih UMNO dan menyokongnya," jelasnya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Rohani Yahya, 47, berkata, dia memilih menjadi ahli UMNO sebagai ucapan terima kasih kepada pelbagai bantuan yang diterimanya daripada Kerajaan Pusat.

"UMNO tidak pernah mengabaikan saya dalam apa sahaja perkara. Saya dapat bantuan kebajikan untuk ibu tunggal, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai lagi bantuan persekolahan untuk anak-anak.

"Kali ini sokongan saya kepada BN. Saya akan memberi undi kepada calon BN dalam pilihan raya nanti untuk membalas budi mereka," katanya.

Ahli Pas sejak 1989, Suhaibah Abdul Rahman, 43, berkata, dia kecewa dengan Kerajaan Pas Kelantan yang langsung tidak pernah memberi sebarang bantuan serta menjaga kebajikan keluarganya.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikan durian runtuh kepada semua peneroka dan banyak lagi. Ini semua saya hargai dan bersyukur kerana dapat membantu keluarga saya.

"Saya tidak pernah merasa sedikit pun bantuan daripada Pas Kelantan, tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun," ujarnya. – UTUSAN

Artikel disiar pada April 3, 2013 - 9:26 pm oleh Darlina Shasha

Peneroka <b>Felda</b> Gua Musang Dapat Duit Raya - MalaysianDigest

Posted: 29 Jul 2013 04:29 PM PDT

  
Tuesday, 30 July 2013 07:29

 3,114 peneroka terima bonus raya cecah RM 1 Juta/ Pic: www.felda.net.my 3,114 peneroka terima bonus raya cecah RM 1 Juta/ Pic: www.felda.net.myGUA MUSANG: Seramai 3,114 peneroka di 11 tanah rancangan Felda Wilayah Gua Musang menerima bayaran insentif Aidilfitri sebanyak RM300 seorang, membabitkan perbelanjaan hampir RM 1 Juta.

Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh Datuk Nozula Mat Diah berkata daripada jumlah itu, seramai 1,906 peneroka adalah dari tiga gugusan Felda sekitar Gua Musang manakala selebihnya iaitu 1,208 peneroka, dari gugusan Kemahang, Tanah Merah.
  
Peneroka yang tidak terbabit dengan tanam semula bersama Felda pula menerima insentif sebanyak RM150 seorang, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Aidilfitri di Masjid Tanah Rancangan Felda Chiku 1 di sini, hari ini.
  
Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang Hasrin Ismail dan Penolong Pengurus Besar Komuniti Felda Wilayah Gua Musang Kamasri Mamat.

Nozula yang juga Naib Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata peneroka di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara amat bertuah kerana mereka bukan sahaja mendapat insentif raya setiap tahun, malah banyak lagi insentif lain.
  
Ini termasuk bayaran dividen pegangan saham Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGVH) dan dividen Koperasi Peneroka Felda (KPF), katanya.
  
"Sebelum ini ,setiap keluarga peneroka Felda turut menerima durian runtuh sebanyak RM15,000 dan dianggap paling besar habuan diberikan agensi kerajaan pusat itu supaya mereka hidup lebih selesa," tambahnya.
  
Sehubungan itu, beliau berharap peneroka tidak terpedaya dengan dakyah pelbagai pihak tertentu yang cuba mencemarkan imej Felda.

-Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat