{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda ijok - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda ijok - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda ijok</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 12:00 AM PDT

Kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengurus tadbir Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan baik berjaya menyakinkan warga peneroka untuk berdiri teguh menyokong penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia.

Penyenaraian FGVH itu dijangka memberi ruang dan peluang kepada FELDA untuk bersaing di peringkat global, sekaligus turut menguntungkan warga peneroka hasil pembayaran dividen pada setiap tahun.

Generasi kedua peneroka Felda Ijok dekat Selama, Alang Yahya Razali, 59, berkata, warga Felda khususnya generasi muda jangan mudah terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa.

Alang Yahya Razali

Sebaliknya, mereka tegasnya, harus berfikir dengan matang dan melihat jauh ke hadapan transformasi yang ingin dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat martabat Felda ke persada dunia.

"Bagi mengiktiraf usaha dan penat lelah peneroka dalam membangunkan sosio-ekonomi negara, kerajaan baru-baru ini mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka di seluruh negara.

"Sebagai generasi kedua Felda, saya bersyukur kepada Tuhan dan ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi kekayaan yang dimiliki oleh Felda," katanya kepada Peraktoday.com baru-baru ini.

Pada tanggal 8 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh bernilai RM1.689 bilion untuk diagih-agihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Mengulas lanjut, Alang Yahya berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) wajib  diberi mandat untuk menerajui Malaysia pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, orang Melayu perlu sedar kedua-dua parti itu berjaya mengangkat martabat bangsa ke peringkat yang lebih tinggi.

"Jangan sokong pemimpin politik yang hanya menjatuhkan maruah dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Bagi saya, beliau layak digelar sebagai pengkhianat bangsa Melayu dan jika pemimpin sepertinya menguasai tampuk pemerintahan, saya bimbang masa depan negara menjadi tidak menentu dan rakyat pula akan hidup merempat," katanya lagi.

Bagi Zulkufli Salleh, 64, pemberian runtuh itu tidak disangka sama sekali meskipun beliau sudah 30 tahun menjadi peneroka Felda Ijok.

"Terima kasih kepada BN di atas pemberian durian runtuh RM5,000 kepada ketua keluarga peneroka dan saya berhasrat untuk menggunakan wang ini untuk mengerjakan haji buat kali kedua.

Zulkufli Salleh

"Pelbagai bantuan turut disediakan kepada warga peneroka oleh kerajaan BN sejak Felda ditubuhkan hasil idea Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak," katanya.

Tambahnya, keamanan negara yang dikecapi hari ini akan terjejas jika perhimpunan haram Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu berulang lagi pada masa depan.

"Perhimpunan yang jelas dibayangi sokongan parti pembangkang ini mencetuskan huru-hara hingga mengancam keselamatan rakyat dan negara ini," tegasnya lagi.

Salah seorang peneroka yang berbangsa Cina, Leow Thean Seng, 57, berkata, beliau mengikut bapanya, berpindah ke Felda Ijok ketika masih kanak-kanak.

Beliau tidak menafikan kehidupan peneroka di kawasan itu mengalami perubahan dari segi sosio-ekonomi hasil sokongan dan bantuan daripada kerajaan BN.

"Keprihatinan kerajaan BN dalam membela nasib peneroka tidak seharusnya dipertikaikan walaupun pihak pembangkang terus berusaha untuk menghasut warga Felda agar membenci kerajaan.

"Kami di sini turut menerima tempias pembangunan apabila Perdana Menteri ketika siri lawatan ke Parlimen Larut telah mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur yang ada di kawasan ini," katanya lagi.

karya ku : paridah ishak: SAMBUTAN RAYA DI KAMPUNG <b>FELDA</b>....

Posted: 29 Jul 2013 08:25 PM PDT

SURAM SUNGGUH SUASANANYA. RAMAI PENGHUNI TANAH RANCANGAN TELAH PULANG KE KAMPUNG ASAL MASING-MASING UNTUK BERAYA. BEBERAPA BUAH RUMAH SAJA KELIHATAN BERCAHAYA DITERANGI BARISAN PELITA PANJUT SEKELILING RUMAH DAN ANAK-ANAK KECIL BERLARIAN BERMAIN BUNGA API DI MALAM YANG HENING KERANA IBU BAPA MEREKA TIDAK MAMPU MEMBIAYAI KOS PULANG KE KAMPUNG ASAL NUN JAUH DI KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG, NEGERI SEMBILAN, JOHOR DLL NEGERI.








TAPI ITU GAMBARAN SUASANA AWAL 70-AN DULU. SEKADAR BERAYA ALA KADARNYA SAMBIL MENGENANGI KESERONOKAN BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN SENDIRI.

KINI TIADA LAGI CERITA GENERASI PERTAMA ATAU KEDUA YANG BERBONDONG PULANG KE NEGERI ASAL SEBALIKNYA MENJADI PENUNGGU SETIA ANAK-ANAK/CUCU PULANG BERAYA BERSAMA MEREKA SETELAH BERPULUH TAHUN BERMASTAUTIN DI TANAH FELDA.

SITUASINYA TIDAK LAGI SUNYI DAN HENING. PERKARANGAN RUMAH SARAT DENGAN KERETA ANAK-ANAK YANG PULANG. MALAM 7 LIKUR TDAK LAGI DISAMBUT DENGAN JAJARAN PELITA AYAN TAPI SINARAN KELAP-KELIP LAMPU LETRIK.

SURAU-SURAU BLOK DIPENUHI AHLI BLOK DAN KELUARGANYA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWEH PADA SETIAP MALAM. MASING-MASING TERASA RUGI SANGAT JIKALAU TIDAK BERUPAYA MELAKUKANNYA JIKALAU ADA GENDALANYA.

SERONOKNYA BERSEMBAHYANG RAYA DI MASJID YANG MELIMPAH MAKMUMNYA HINGGA KE RUANG LAMAN. RAMAI SUNGGUH ANAK-ANAK PENEROKA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MEREKA DI FELDA MENYAMBUT RAYA BERSAMA KELUARGA.

KUIH MUIH ATAU HIDANGAN YANG TERSEDIA TENTULAH BERANEKA KERANA MASYARAKAT FELDA TERDIRI DARIPADA GABUNGAN PELBAGAI NEGERI. MASING-MASING MEMBAWA TRADISI BUDAYA BERAYA YANG DICAMPUR GAUL DENGAN KOMPROMI DAN SIKAP MENERIMA SESUATU YANG BARU.


MEREKA YANG BERASAL DARI PERAK DAN NEGERI SEMBILAN DENGAN LEMANG DAN RENDANGNYA MESTI TERSEDIA DI MEJA.

ORANG KEDAH, PULAU PINANG, PERLIS PULA TENTU TIDAK AKAN LUPA KETUPAT PULUT DAN GULAI DAGINGNYA.

SEMENTARA PENEROKA YANG BERASAL DARI SELANGOR DAN JOHOR MESTI DENGAN LONTONG, LODEH, KETUPAT NASI DAN KUAH KACANGNYA.


NASI IMPIT, NASI DAGANG MENJADI KEGEMARAN MEREKA YANG BERASAL DARI TERENGGANU DAN KELANTAN PULA SEBAGAI HIDANGAN ISTIMEWA DI PAGI RAYA.

PENDUDUK ASAL NEGERI PAHANG PULA PASTI BERBANGGA DENGAN ANEKA KUIH-KUIH TRADISI YANG JARANG DITEMUI KECUALI DICARI. TETAPI MEREKA JUGA SIAP DENGAN LEMANG KETUPAT DLL SAJIAN UTAMA PAGI RAYA.

KINI TIDAK PERLU LAGI UNTUK BERKUNJUNG KE RUMAH PENEROKA YANG BERASAL DARI PERAK ATAU NEGERI SEMBILAN UNTUK MERASA LEMANG KERANA APA SAJA JENIS MAKANAN TRADISI YANG TERSAJI DI HARI RAYA TELAH DIKONGSI BERSAMA PENGETAHUANNYA.

JADI TIDAK HAIRAN MAKANAN ASAL NEGERI TERTENTU DISAJIKAN DI MANA-MANA SAJA RUMAH PENEROKA TANPA MENGIRA DARIPADA MANA NEGERI ASALNYA. SEMUANYA MENYATU MEMBENTUK MASYARAKAT YANG TOLERAN DAN SALING BERKERJASAMA.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat